Invitation to Malaysians from Perlis to Johore, as well as in Sabah and Sarawak, to cite an instance of anti-Malay or anti-Islam act of the Penang-led State Government in the 14 years from 2008 to 2022


(Versi BM)

I remember September 1995, one of the darkest periods of DAP history, when the people of Bagan stood up and gave democracy a new lease of life at a time when democracy was in peril and DAP was in trauma after a dismal electoral setback in the 9th General Election, giving the DAP by-election candidate, Lim Hock Seng, a 11,802-vote majority, 100 times the majority which DAP secured four months earlier in the April 1995 general election.

Twenty-seven years later, in the November 19, 2022 15th Malaysian Parliamentary general election, the people of Bagan again stood up and re-elected Lim
Guan Eng as the MP for Bagan with a 55,797-vote majority — with the three other contending candidates from MCA, Gerakan, and Pejuang all losing their deposits.

I was not a candidate in the 15th General Election but I have been to eight states and clocked some 15,000 kilometres in the two weeks of the election campaign, and everywhere I went, I did not come across any anti-Malay, anti-Chinese, anti-Indian, anti-Dayak, anti-Kadazan or anti-Muslim, anti-Buddhist, anti-Hindu, anti-Christianity sentiment on the ground, confirming that Malaysians are the most tolerant and sensitive of people.

But during the 15th general election, there were political parties and personalities who wanted Malaysians to believe that the Malays and Islam were under threat and faced extinction.

Why was this so? Who wanted to threaten the Malays or wipe out Islam?

Penang had been under a DAP-led government for 14 years from 2008 to 2022.

I invite Malaysians from Perlis to Johore, as well as in Sabah and Sarawak, to cite an instance of anti-Malay or anti-Islam act of the DAP-led Penang State Government from 2008 to 2022 to put it right?

I await the answer for I also want to know what were the anti-Malay or anti-Islam acts of the DAP-led Penang State Government in the 14 years from 2008 to 2022.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the DAP Bagan thanksgiving dinner in Bagan on Sunday, 11th December 2022 at 9.30 pm)


Jemputan kepada rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor, dan juga dari Sabah dan Sarawak, untuk memberikan contoh tindakan anti-Melayu atau anti-Islam yang pernah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam 14 tahun sejak dari tahun 2008 sehingga tahun 2022

Saya masih ingat September 1995 — yang merupakan tempoh yang gelap dalam sejarah DAP — apabila rakyat di Bagan bangkit dan memberikan demokrasi harapan baharu ketika mana proses demokrasi sedang menderita dan DAP sedang berhadapan dengan trauma selepas kekalahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-9, dengan memberikan calon pilihan raya kecil DAP, Lim Hock Seng, kemenangan dengan majoriti 11,802 undi, 100 kali jumlah majoriti yang diraih DAP empat sebelum itu dalam Pilihan Raya Umum April 1995.

27 tahun kemudian, dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022, rakyat Bagan sekali lagi bangkit dan mengundi Lim Guan Eng sebagai Ahli Parlimen Bagan dengan majoriti 55,797 undi — dengan tiga lagi calon lain dari MCA, Gerakan, dan Pejuang kehilangan deposit mereka.

Saya bukanlah seorang calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15, tetapi saya telah ke lapan negeri dan mencatatkan perjalanan kira-kira 15,000 kilometer dalam tempoh berkempen selama dua minggu. Ke mana-mana sahaja yang saya pergi, saya tidak melihat apa-apa sentimen anti Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan atau sentimen anti Islam, Buddha, Hindu, atau Kristian, mengesahkan yang rakyat Malaysia sebenarnya memang sebuah masyarakat yang bertoleransi dan sensitif.

Tetapi, dalam tempoh berkempen PRU-15 ini, terdapat parti-parti politik dan tokoh-tokoh yang mahu rakyat Malaysia untuk berfikiran yang orang Melayu dan orang Islam sedang terancam dan bakal terhapus.

Mengapakah begini? Siapakah yang mengancam orang Melayu atau ingin menghapuskan Islam?

Pulau Pinang telah berada di bawah kerajaan negeri pimpinan DAP untuk 14 tahun dari tahun 2008 sehingga 2022.

Saya menjemput mana-mana rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor, dan juga kepada mereka yang dari Sabah atau Sarawak, untuk memberikan satu contoh tindakan anti Melayu atau Islam yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP dari tahun 2008 sehingga tahun 2022 ini supaya ia dapat diperbetulkan.

Saya juga akan menanti jawapannya kerana saya juga ingin tahu sekiranya ada tindakan yang bersifat anti Melayu atau Islam oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP selama 14 tahun yang lepas ini.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di majlis makan malam penghargaan parlimen DAP Bagan pada jam 9:30 malam, hari Ahad, 11 Disember 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.