Challenge to DAP and PH to do better in the state general election next year than the 15th Parliamentary general election


(Versi BM)

I am happy to be here tonight for quadruple celebrations:

Firstly, to Ramkarpal Singh for his stunning 63,112 vote-majority and re-election as the MP for Bukit Gelugor.

Secondly, again to Ramkarpal Singh for being appointed the Deputy Minister for Law in the Prime Minister’s Department.

Thirdly, for Lim Hui Ying, who is with us tonight, for her appointment as Deputy Education Minister.

Law and educational reforms are important subjects if we are to stop the national decline in the last six decades and regain our position as a first-rate world-class nation.

There is a fourth reason for celebration tonight: I congratulate Penang DAP for the great victories in the 15th General Election where four of the seven DAP-Pakatan Harapan (PH) candidates won their seats with all their opposing candidates losing their deposits. The four candidates with the margin of victory are

  1. Tanjong — Lim Hui Ying — 84.8% of the voter turnout.
  2. Bukit Gelugor — Ramkarpal Singh — 82.7% of the vote.
  3. Bagan — Lim Guan Eng — 81.3% of the vote.
  4. Bukit Bendera — Syerleena Abdul Rashid — 78.9% of the vote.

While celebration is in order tonight, I must remind all DAP and PH leaders, members and supporters that the new political struggle to make Malaysia great again has only started.

The Penang state general election will be held next year, and I challenge DAP and PH to do better in the Penang state polls next year.

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the DAP Bukit Gelugor parliamentary seat thanksgiving dinner held at the Hang Chiang High School Hall, Penang on Sunday, 11th December 2022 at 8 pm)


Cabaran kepada DAP dan PH untuk mencatat pencapaian yang lebih baik dalam pilihan raya negeri tahun hadapan berbanding dengan Pilihan Raya Umum ke-15

Saya gembira untuk bersama meraikan empat perkara malam ini.

Pertamanya, untuk meraikan RamKarpal Singh di atas kemenangan semulanya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, dengan majoriti sebanyak 63,112 undi.

Kedua, sekali lagi untuk RamKarpal Singh, atas pelantikannya menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.

Ketiga, untuk Lim Hui Ying, yang bersama kita pada malam ini, atas pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Reformasi undang-undang dan pendidikan adalah perkara yang amat penting sekiranya kita ingin menghentikan kemunduran yang dihadapi negara dalam enam dekad yang lepas, dan sekiranya kita mahu mendapatkan semula kedudukan negara sebagai sebuah negara hebat yang bertaraf dunia.

Ada sebab keempat juga yang patut diraikan malam ini: Saya ingin mengucapkan tahniah kepada DAP Pulau Pinang di atas kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15, di mana empat dari tujuh calon DAP-Pakatan Harapan (PH) telah menang besar sehingga calon lawan mereka hilang deposit. Empat orang calon ini adalah:

  1. Tanjong – Lim Hui Ying – meraih 84.8% undi yang dibuang
  2. Bukit Gelugor – Ramkarpal Singh – 82.7% undi
  3. Bagan – Lim Guan Eng – 81.3% undi
  4. Bukit Bendera – Syerleena Abdul Rashid – 78.9% undi

Walaupun kita perlu meraikan kemenangan ini, saya juga ingin mengingatkan semua pemimpin, ahli-ahli, dan penyokong DAP dan PH yang perjuangan politik untuk menjadikan Malaysia hebat semula baru sahaja bermula.

Pilihan raya negeri Pulau Pinang bakal diadakan pada tahun hadapan, dan saya cabar DAP dan PH untuk mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam pilihan raya ini pada tahun hadapan.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di majlis makan malam penghargaan parlimen DAP Bukit Gelugor yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Hang Chiang, Pulau Pinang, pada jam 8 malam, hari Ahad, 11 Disember 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.