Two questions asked by Malaysians: Will the Anwar Government last five years and will there be another Sheraton Move conspiracy to topple an elected government?


(Versi BM)

Two questions asked by Malaysians are:

  1. Will the Anwar Government last five years until the 16th General Election in 2027?
  2. Will there be another Sheraton Move conspiracy to topple an elected government to usher in a third backdoor government in Malaysia?

This is why I support the proposal by the Prime Minister, Anwar Ibrahim to have a vote of confidence motion in Parliament on December 19, 2022 as the PAS President, Hadi Awang is trying to create another Sheraton Move conspiracy to topple the Anwar Ibrahim premiership.

Hadi, who claimed he masterminded the Sheraton Move conspiracy which toppled the Pakatan Harapan government in Feb. 2020 after 22 months, is spreading new lies and falsehoods about the DAP in his diatribes accusing the DAP of promoting Islamophobia.

There is no need to over-react to Hadi’s new lies and falsehoods about the DAP but his lies and falsehoods about the DAP spreading Islamophobia cannot be ignored and be allowed to stand uncontested.

Islamophobia is a serious charge especially in the plural society like Malaysia and that is why I have challenged Hadi to substantiate or retract his allegation that DAP is promoting Islamophobia.

A bid by PAS Youth to substantiate the allegation that DAP is promoting Islamophobia is so ridiculous and laughable that it only highlights its ignorance of the meaning of Islamophobia.

What is Islamophobia? Wikipedia defines it as the fear of, hatred of, or prejudice against the religion of Islam or Muslims in general, especially when seen as a geopolitical force or a source of terrorism.

DAP leaders do not fear or hate or have any prejudice against Islam or Muslims in general.

In fact, in the first general election that DAP contested in 1969, DAP had Malay candidates, and two Malay State Assemblymen were elected — one in Perak and one in Negeri Sembilan.

Now, in the 15th General Election, we have three Malay Members of Parliament — Syahredzan Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong), and Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

We had previously three Malay MPs — Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Raub), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera), and Ahmad Nor (Bayan Baru).

We have had Malay State Assemblymen in Johore, Malacca, Negri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, and Penang.

How can Hadi allege that DAP is promoting Islamophobia?

DAP National Chairman, Lim Guan Eng is the only political leader in Malaysia who had crossed ethnic and religious lines to sacrifice his political future and position as Member of Parliament, and even went to jail, in the defence of honour and dignity of an underaged Malay girl, when he was a MP for Kota Melaka in the nineties.

Is this Islamophobia?

When I was a Member of Parliament, I visited Egypt, Jordan, Turkey, and Indonesia, met Muslim leaders like Rached Ghannouchi, President of Ennahdha Party, Tunisia to learn about Islam which I regard as one of the great religions of the world.

Is this Islamophobia?

I know that in the 15th General Election, there are Malay voters who did not vote for DAP because they believed that I was the cause of May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur, although I was in Kota Kinabalu on that day and was never in Kuala Lumpur after the May 10, 1969 General Election.

This is why after the 15th General Election on Nov. 19, 2022, I proposed that all political coalitions and parties agree that Malaysia should be the first nation in the world to deal with the bane of the information era — the toxic politics of lies, fear, hate, race, and religion?

This proposal is now even valid and urgent.

Will PAS under Hadi’s leadership make a commitment to distance itself from the divisive and toxic politics of lies, fear, hate, race, and religion?

We must not allow the divisive and toxic politics of lies, fear, hate, race, and religion to distract Malaysians from the greatest issue before them — how to regain Malaysia’s original dream to be a “beacon of light in a difficult and distracted world” as Malaysia has fallen to a second-rate mediocre nation after six decades, and we do not want to be a third-rate failed, divided, and kleptocratic state by Malaysia’s Centennial.

But we must first acknowledge that Malaysia had failed in nation-building after six decades and resolve that we do not want to end up as a third-rate failed, divided, and kleptocratic state after 100 years of Malaysian nation-building.

I was not a candidate in the 15th General Election, but I have been to eight states and clocked some 15,000 kilometres in the two weeks of the election campaign, and everywhere I went, I did not come across any anti-Malay, anti-Chinese, anti-Indian, anti-Dayak, anti-Kadazan or anti-Muslim, anti-Buddhist, anti-Hindu, anti-Christianity sentiment on the ground, confirming that Malaysians are the most tolerant and sensitive of people.

But during elections, there are political parties and personalities who want Malaysians to believe that the Malays, Chinese, Indians, Dayaks, Kadazans, or Islam, Buddhism, Hinduism, Christianity are under threat and face extinction.

Why is this so? Who want to threaten the Malays, Chinese, Indians, Dayaks, Kadazans, or wipe out Islam, Buddhism, Hinduism, and Christianity in Malaysia?

I always believe that Malaysia can be a great plural nation because Malaysia stand at the confluence of four great civilisations ⁠— Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western ⁠— and if we can leverage on the values and virtues of these four great civilisations, Malaysia can be a great nation, better than the countries in the Middle East, China, India, and Indonesia.

What is stopping Malaysia from benefiting from our strategic position as the confluence of four great civilisations?

Let Malaysia be the first nation in the world to deal with the bane of the information era — the divisive and toxic politics of lies, fear, hate, race, and religion.

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 1st December 2022)


Dua persoalan yang ditanya oleh rakyat Malaysia: Adakah Kerajaan Anwar akan bertahan selama lima tahun dan adakah akan ada satu lagi konspirasi Langkah Sheraton untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih?

Dua persoalan yang ditanya oleh rakyat Malaysia adalah:

  1. Adakah Kerajaan Anwar akan bertahan selama lima tahun sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027?
  2. Akan adakah satu lagi konspirasi seperti Langkah Sheraton untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat untuk membawa masuk kerajaan pintu belakang yang ketiga di Malaysia?

Kerana inilah saya menyokong cadangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, untuk mengadakan undi percaya di Parlimen pada 19 Disember 2022, memandangkan Presiden PAS, Hadi Awang, sedang mencuba untuk mewujudkan satu lagi konspirasi Langkah Sheraton untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Hadi — yang mengatakan dirinya sebagai dalang di sebalik konspirasi Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada bulan Februari 2020 selepas hanya 22 bulan kini sedang — kini sedang menyebarkan penipuan dan fitnah baharu mengenai DAP dengan menuduh DAP sebagai mempromosikan Islamofobia.

Tidak ada keperluan untuk memberikan reaksi keterlaluan terhadap penipuan dan fitnah-fitnah Hadi mengenai DAP ini, tetapi penipuan dan fitnahnya yang menuduh DAP sebagai mempromosikan Islamofobia ini tidak boleh dibiarkan tidak dicabar.

Islamofobia adalah satu tuduhan yang berat, terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia, dan kerana inilah saya telah mencabar Hadi untuk mengemukakan bukti atau menarik semua tuduhannya ini.

Satu cubaan oleh Pemuda PAS untuk memberikan bukti yang DAP mempromosikan Islamofobia ini amatlah tidak masuk akal dan melucukan kerana ia hanya menunjukkan kegagalan mereka untuk memahami maksud Islamofobia.

Apakah itu Islamofobia? Wikipedia menjelaskan Islamofobia sebagai ketakutan, kebencian, atau prejudis terhadap agama Islam atau orang Islam secara amnya, terutamanya apabila dilihat sebagai sebuah kuasa geopolitik atau sumber keganasan.

Para pemimpin DAP tidak takut, benci, atau mempunyai apa-apa prejudis terhadap agama atau orang Islam.

Malah, dalam pilihan raya umum yang ditandingi DAP pada tahun 1969, DAP telah meletakkan calon Melayu, dan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu telah dipilih — seorang di Perak dan seorang di Negri Sembilan.

Kini, dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kita ada tiga orang Ahli Parlimen Melayu — Syahredzan Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong), dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

Sebelum ini, DAP mempunyai orang Ahli Parlimen Melayu — Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Raub), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera), dan Ahmad Nor (Bayan Baru).

Kita juga ada ADUN Melayu di Johor, Melaka, Negri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, dan Pulau Pinang.

Bagaimanakah Hadi boleh menuduh DAP mempromosikan Islamofobia?

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, adalah satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang pernah mengorbankan masa hadapan kerjaya politiknya sebagai Ahli Parlimen, malah ke penjara, dengan melintasi garisan etnik, untuk mempertahankan maruah seorang gadis Melayu bawah umur, ketika dia merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka pada tahun 90-an.

Adakah ini Islamofobia?

Semasa saya merupakan Ahli Parlimen, saya telah melawat Mesir, Jordan, Turkiye, dan Indonesia, berjumpa dengan para pemimpin Islam seperti Rached Ghannouchi, Presiden Parti Ennahdha di Tunisia untuk belajar mengenai Islam yang saya lihat sebagai salah satu agama hebat dunia.

Adakah ini Islamofobia?

Saya tahu dalam Pilihan Raya Umum ke-15, ada pengundi Melayu yang tidak mengundi DAP kerana mereka percaya yang sayalah punca rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, walaupun saya pada ketika itu berada di Kota Kinabalu dan bukannya Kuala Lumpur selepas selesainya Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969.

Kerana inilah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022, saya mencadangkan supaya semua gabungan dan parti-parti politik untuk menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang mengambil tindakan terhadap masalah terbesar dalam era maklumat — politik toksik penipuan, fitnah, kebencian, perkauman, dan keagamaan.

Cadangan ini kini semakin mendesak dan diperlukan.

Adakah PAS, di bawah pimpinan Hadi, akan membuat komitmen untuk menjauhkan parti tersebut dari politik toksik penipuan, fitnah, kebencian, perkauman, dan keagamaan yang memecah belahkan masyarakat ini?

Kita tidak boleh biarkan politik toksik ini untuk mengalihkan perhatian negara dari isu besar yang berada di hadapan kita sekarang — bagaimana untuk mencapai semula impian kita untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” memandangkan Malaysia telah jatuh ke tempat negara-negara biasa selepas enam dekad dan kita tidak mahu negara yang tercinta ini menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara.

Tetapi kita perlulah pertamanya, mengakui yang kita telah gagal dalam usaha membina negara selepas enam dekad dan berazam untuk tidak berakhir sebagai sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik selepas 100 tahun usaha membina negara.

Saya bukanlah seorang calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15, tetapi saya telah ke lapan buah negeri dan mencatatkan kira-kira 15,000 kilometer perjalanan dalam dua minggu tempoh berkempen, dan ke mana-mana sahaja yang saya pergi, saya tidak melihat sentimen anti Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Islam, Buddha, Hindu, atau Kristian di lapangan, mengesahkan kepercayaan saya bahawa rakyat Malaysia adalah suatu masyarakat yang amatlah bertoleransi dan sensitif.

Tetapi, semasa tempoh berkempen, ada parti-parti politik dan watak-watak tertentu yang mahu rakyat Malaysia untuk merasakan seakan-akan orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Islam, Buddha, Hindu, atau Kristian semuanya terancam dan bakal terhapus.

Mengapakah begini? Siapakah yang cuba untuk mengancam kewujudan kita semua di Malaysia?

Saya sentiasa percaya yang Malaysia boleh menjadi sebuah negara majmuk hebat kerana kita berada di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — dan sekiranya kita dapat menggunakan nilai-nilai terbaik dari keempat-empat tamadun hebat ini, kita mampu untuk menjadi sebuah negara hebat, yang jauh lebih hebat berbanding dengan negara-negara di Timur Tengah, China, India, atau Indonesia.

Apakah yang menyekat kita dari memanfaatkan kedudukan strategik kita sebagai titik pertemuan empat tamadun hebat dunia?

Marilah kita jadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menyelesaikan masalah terbesar era maklumat — dengan menyelesaikan masalah politik toksik penipuan, kebencian, fitnah, perkauman, dan keagamaan.

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Khamis, 1 Disember 2022)

  1. #1 by tmc on Sunday, 4 December 2022 - 2:43 pm

    AI’s cabinet has 3 losers (MPs), now with the appointment of the Parliament Speaker, he can get back on track with the voters with appointing the former Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof who did an excellent job for all in the Dewan Negara before being supplanted by you-know-who. It will also send a strong message of no judicial interference by the unity govt. So get on with it, Monday is the last day to submit Ariff’s name.

You must be logged in to post a comment.