Court of Appeal judgement reinforces hope that it is possible to get rid of kleptocracy and for Malaysia to become a world-class great nation before 2057 but this is through a “Malaysian First” people’s movement but not through Ismail Sabri’s “Keluarga Malaysia” concept


(Versi BM)

There is a deep sigh of national relief when it is known the Court of Appeal has unanimously rejected the appeal of former Prime Minister, Najib Razak against his conviction and sentence to 12 years’ jail and RM210 million fine for seven charges linked to the RM42 million of SRC International Sdn. Bhd. funds.

In delivering the ruling, Justice Abdul Karim Abdul Jalil said the Court of Appeal agreed with trial judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali’s finding that Najib had personal interest for the cabinet to approve a government guarantee for a RM4 billion loan from Retirement Fund Inc to SRC International.

He ruled that Najib’s action in relation to the RM4 billion loan to SRC was not for national interest but for personal benefit.

“There’s no national interest when RM42 million was transferred into Najib’s accounts. Only a national embarrassment,” said Karim as he read out the unanimous decision.

However, we must be mindful that there is constituency of Malaysians who were rooting for Najib’s conviction to be quashed so that a full-blown campaign can be launched for Najib to become the 10th Prime Minister of Malaysia in the 15th General Election.

A lot of preparation have been made for this campaign of misinformation, lies and falsehood on the social media, including the buying over of online and printed media personalities to launch an unprecedented demonization against Najib’s “opponents”.

Now this campaign for Najib become the 10th Prime Minister has been jammed but there will still be attempts to resuscitate it.

Fortuitously, yesterday’s was the First 100 Days for Ismail Sabri’s Cabinet although Ismail Sabri’s own First 100 Days as the ninth Prime Minister of Malaysia fell nine days earlier on Nov. 29, 2021.

If I am asked to mark the First 100 Days of Ismail Sabri’s Cabinet, I will give a failure grade, although it never fell to the level of a “failed government” as in the Muhyiddin administration.

The Court of Appeal judgment this morning is a bright star in the dark firmament, restoring the people’s faith not only in the rule of law and the independence of the judiciary, but also of hope that it is possible to get rid of kleptoctracy and successfully fight corruption in Malaysia.

But this must be through a “Malaysian First” people’s movement but not through Prime Minister’s Ismail Sabri’s “Keluarga Malaysia” concept.

The Court of Appeal decision gives hope that a Malaysian First Movement for the country to become a world-class great nation which is not overtaken by one nation after another through the decades, whether in international competitiveness, good governance or an effective and efficient government, before Malaysia’s Centennial in 2057 – to get out of the trajectory of decline – is not an impossible dream and vision.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on 8th December 2021)


Keputusan Mahkamah Rayuan menguatkan harapan yang kita masih mampu membuang kleptokrasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat yang bertaraf dunia sebelum tahun 2057, dengan konsep “Utamakan Malaysia”, bukannya konsep “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri

Terdapat hembusan nafas lega di seluruh negara apabila mendapat tahu yang Mahkamah Rayuan telah sebulat suara menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, ke atas sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas tujuh tuduhan berkenaan dana RM42 SRC International Sdn Bhd.

Dalam menyampaikan keputusan tersebut, Hakim Abdul Karim Abdul Jalil mengatakan yang Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendapati Najib mempunyai kepentingan peribadi untuk Kabinet meluluskan jaminan kerajaan untuk pinjaman bernilai RM4 billion daripada Kumpulan Wang Persaraan kepada SRC International.

Beliau memutuskan yang tindakan Najib terhadap pinjaman RM4 billion kepada SRC tersebut bukanlah untuk kepentingan negara, sebaliknya untuk kepentingan peribadi.

“Tidak ada kepentingan negara yang terlibat apabila RM42 juta dipindahkan ke akaun Najib. Hanya perkara yang memalukan negara,” kata Karim semasa membacakan keputusan sebulat suara tersebut.

Tetapi, kita perlu sentiasa sedar, ada sesetengah rakyat Malaysia yang terus menerus mahu melihat sabitan Najib ini dibatalkan, supaya suatu kempen besar-besaran untuk Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dapat dilancarkan.

Pelbagai persediaan telah dibuat untuk kempen penipuan, fitnah, dan berita palsu ini di media sosial, termasuklah pembelian personaliti media sosial dan media cetak untuk melancarkan kempen momokan terhadap “lawan” Najib.

Kini, kempen untuk menjadikan Najib Perdana Menteri ke-10 ini telah disekat, tetapi masih akan ada usaha untuk menghidupkannya.

Kebetulan pula, semalam adalah hari ke-100 Kabinet Ismail Sabri, walaupun hari ke-100 Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri telah berlalu awal lagi pada 29 November 2021.

Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah untuk 100 Hari Pertama Kabinet Ismail Sabri ini, saya akan berikan markah gagal, walaupun kerajaan ini tidaklah gagal seteruk “kerajaan gagal” Muhyiddin sebelum ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan pagi ini adalah sinar cahaya yang cerah dalam langit yang kelam, memulihkan kepercayaan rakyat bukan sahaja terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, tetapi juga mengembalikan harapan bahawa kita masih mampu untuk membuang kleptokrasi dan melawan rasuah dengan jayanya di Malaysia.

Tetapi, perkara ini perlulah dicapai dengan gerakan rakyat untuk “Utamakan Malaysia” dan bukannya konsep “Keluarga Malaysia” Ismail Sabri.

Keputusan Mahkamah Rayuan ini memberikan harapan bahawa gerakan “Utamakan Malaysia” untuk negara kita menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang tidak terus menerus ditinggalkan di belakang negara-negara lain, sama ada dari segi daya saing antarabangsa, tadbir urus yang baik, atau kerajaan yang berkesan dan efektif sebelum ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057 — untuk kita semua keluar dari trajektori kegagalan — ini bukanlah satu impian atau visi yang mustahil untuk dicapai.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 8 Disember 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.