Malacca in the seventies and eighties was the front-line state in the Malaysian First campaign – now the torch has come back to Malacca


(Versi BM)

Many thought I am a Malaccan. They are wrong.

I was born, bred and educated in Batu Pahat, Johore up to the end of my secondary education.

I first visited Malacca in April 1955 when I was in Form One and cycled with two classmates Tan Tik Seng and Allan Goh Chay Foo from Batu Pahat to Malacca during the April school holidays.

We visited the tourist sites in historical Malacca – the Stadthuy, St. Paul’s Hill, A’Famosa, Bukit China, Cheng Ho and Hang Tuah’s wells – but what interested us most was the first Afro-Asian Conference being held in Bandung on 18-25th April 1955.

This was our first preoccupation during our two-day 62-mile bicycle trip from Batu Pahat to Malacca (with an overnight stay in Muar) as Asian, African and Third-World leaders were meeting for the first time – giants like Chou En-lai, Nehru, Sukarno, Nasser, Tito and Nkrumah.

I did not realise that I was to spend 17 years later in Malacca as a Member of Parliament and 17 months in Muar at the Detention Centre as an Internal Security Act detainee

I was not supposed to stand for the Bandar Melaka parliamentary constituency in 1969. The parliamentary constituency I was preparing to contest was the Bukit Bintang parliamentary seat in Kuala Lumpur, but as we reached an electoral understanding with Parti Gerakan in 1969, which involved allocating the Bungsar seat to DAP and Bukit Bintang to Gerakan, I was slated to contest in Damansara against Michael Chen instead.

There was no surety beforehand that the DAP in the 1969 general election would win many seats as we were hoping to win one or two seats but prepared for the long political haul to propound our ideas that Malaysia is a plural society belonging to all Malaysians who have made it their home, and not to any one race or religion.

In the last-minute, it was felt that it might be more winnable for me to contest in Bandar Melaka parliamentary seat, and I was sent to Malacca to fly the DAP flag for a more just, democratic and better Malaysia.

So I came to Malacca as a total stranger with a few party comrades, who were also total strangers to Malacca, to fight our first general election battle together with Malacca leaders who were elected Malacca State Assemblymen, like Michael Khong Chye Huat (Kota Tengah), Bernard Sta Maria (Kota Timor), Ho Mong Yew (Kota Barat), Lim Yak Tye (Bukit Rambai) in the 1969 general election.

I was then 28 years ago but like all youths, we were full of idealism and prepared to take on the world – heedless “how high the sky, how deep the bowels of the earth”!

I was in Kota Kinabalu when the May 13, 1969 riots broke out in Kuala Lumpur. Although I was subsequently demonised as the cause of the May 13, 1969 riots, allegedly leading illegal processions through the streets of Kuala Lumpur and hurled anti-Malay insults, I was never in Kuala Lumpur after the 1969 general election.

If I had been guilty as alleged, the government of-the-day and the police would never have allowed me to forget.

I was probably the only MP in 1969 who had a legal victory procession and a legal victory rally in Malacca on May 12, 1969 for I was slated to fly to Sabah on the morning of 13th May 1969 as polling in Sabah was to be held a fortnight after the peninsular voting.

I was speaking at a mammoth public rally in Kota Kinabalu when someone informed from the backstage that trouble had broken out in Kuala Lumpur but I was not sure of the details.

The next morning on May 14, 1969 I was served with an expulsion order to leave Sabah by the then Sabah Chief Minister, Tun Mustapha, for disrespect to him at the Kota Kinabalu public rally.

I missed the flight out of Kota Kinabalu on May 14, and it was of fortunate for a group of Bajau horsemen who were fervent followers of Tun Mustapha had gone to the airport to “finish me” off after what I said of Tun Mustapha at the Kota Kinabalu public rally.

I flew out of Kota Kinabalu on May 15, but as Subang Airport was under curfew, I stopped in Singapore and stayed with C.V. Devan Nair for three nights.

Party leaders, friends and family members advised me not return as I was on the detention black-list. They advised me to stay away until the national crisis had blown over.

But I had no doubt that I had to return to Malaysia, for how can one expect to be a leader and a Member of Parliament when he is not prepared to return to share with the people their troubles and problems?

When curfew conditions at the Subang International Airport eased, I bought air ticket to fly home.

But I took the precaution to fly to Ipoh so that if I do not appear at the Ipoh airport, party leaders and family members would known I had been detained.

At the Subang airport, all passengers had to disembark for immigration check as we were coming in from a foreign country.

There was an immigration officer with two armed police personnel checking the passengers who formed a queue at one end of the tarmac.

When it was my turn, I asked whether they were looking for me. They looked at me, checked my passport and ushered me into a waiting police car – marking the beginning of my first detention under Internal Security Act.

I never regretted returning home to face ISA arrest. It was my duty as a newly-elected Member of Parliament and a DAP leader.

I was appointed the DAP Secretary-General when I was in Muar detention Centre during my first ISA arrest.

I was 28 years and I served as DAP Secretary-General for 30 years until 1999.

In the seventies and eighties, Malacca was the front-line state in the Malaysian First campaign. In the next two decades, the torch of the front-line state passed to Penang, Perak, Selangor and Johore.

Now the torch of Malaysian First has come back to Malacca in the Malacca general election on November 20, 2021.

In the next seven days, I will write about my years in Malacca.

(First of eight articles by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on “My years in Malacca” on Thursday, 11th November 2021)


Dalam era 70-an dan 80-an, Melaka adalah negeri peneraju dalam kempen “Malaysian First” — kini obor itu kembali ke Melaka

Ramai yang fikir saya orang Melaka. Mereka silap.

Saya dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di Batu Pahat, Johor sehingga tamat sekolah menengah.

Saya pertama kali melawat Melaka pada bulan April 1955 semasa saya di Tingkatan Satu dengan berbasikal bersama dua rakan sekelas saya, Tan Tik Seng dan Allan Goh Chay Foo dari Batu Pahat ke Melaka semasa cuti sekolah April.

Kami melawat tapak bersejarah yang menjadi tarikan pelancongan di Melaka — Stadthuys, Bukit St. Paul, A’Famosa, Bukit Cina, telaga Cheng Ho dan Hang Tuah — namun, apa yang paling menarik perhatian kami adalah Mesyuarat Afro-Asia pertama yang diadakan di Bandung pada 18 hingga 25 April 1955.

Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian kami sepanjang berbasikal sejauh 62 batu selama dua hari dari Batu Pahat ke Melaka (bermalam sehari di Muar) ketika pemimpin-pemimpin Asia, Afrika dan negara-negara Dunia Ketiga bertemu buat kali pertama — tokoh-tokoh besar seperti Chou En-lai, Nehru, Sukarno, Nasser, Tito dan Nkrumah.

Saya tidak menyangka yang saya akan meluangkan masa selama 17 tahun di Melaka sebagai Ahli Parlimen dan selama 17 bulan di Muar ketika ditahan di Pusat Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Saya sepatutnya tidak bertanding di kawasan Parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969, kawasan Parlimen yang saya bersedia untuk bertanding adalah kerusi Parlimen Bukit Bintang di Kuala Lumpur, namun memandangkan kami mencapai persefahaman dengan Parti Gerakan pada 1969, yang membabitkan peruntukan kerusi Bangsar kepada DAP dan Bukit Bintang kepada Gerakan, saya dikhabarkan akan bertanding di Damansara, menentang Michael Chen.

Tiada kepastian yang jelas sama ada DAP akan menang banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum 1969 kerana kami hanya berharap untuk menang satu atau dua kerusi tetapi bersedia untuk berjuang dalam jangka masa panjang bagi membawa idea sebuah Malaysia yang majmuk yang menjadi milik semua rakyat Malaysia, bukan hanya satu kaum atau agama.

Pada saat-saat akhir, saya berasa mempunyai peluang yang cerah untuk menang jika saya bertanding di kerusi Parlimen Bandar Melaka, dan saya dihantar ke Melaka untuk mengibarkan panji DAP untuk memperjuangkan Malaysia yang adil, demokratik dan lebih baik.

Jadi saya bertandang ke Melaka sebagai orang luar yang mempunyai hanya beberapa rakan dalam parti, yang juga dianggap orang luar di Melaka, sama-sama berjuang dalam pilihan raya umum pertama yang disertai kami bersama dengan pemimpin Melaka yang telah dilantik sebagai Adun Melaka, seperti like Michael Khong Chye Huat (Kota Tengah), Bernard Sta Maria (Kota Timor), Ho Mong Yew (Kota Barat) pada Pilihan Raya Umum 1969.

Saya berusia 28 tahun ketika itu, tetapi seperti mana semua anak muda yang berkobar-kobar, jiwa kami dipenuhi dengan idealisme dan bersedia untuk menawan dunia — tak endah “berapa tinggi petala langit, berapa dalam kerak bumi”!

Saya berada di Kota Kinabalu semasa rusuhan 13 Mei 1969 tercetus di Kuala Lumpur. Meskipun saya berkali-kali dimomokkan sebagai dalang rusuhan 13 Mei 1969, dituduh kononnya mengetuai perarakan haram di sepanjang jalan Kuala Lumpur dan kononnya menghamburkan kata-kata nista berbaur anti-Melayu, hakikatnya saya tidak berada di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Umum 1969.

Jika saya benar-benar bersalah seperti yang didakwa, kerajaan hari ini dan pihak polis sudah tentu tidak akan membiarkan saya.

Saya mungkin satu-satunya ahli Parlimen pada 1969 yang menyertai perarakan dan perhimpunan kemenangan yang sah di Melaka pada 12 Mei 1969 kerana saya dijadualkan untuk berlepas ke Sabah pada pagi 13 Mei 1969 kerana hari mengundi di Sabah akan diadakan dua minggu selepas hari pengundian di semenanjung.

Saya berucap di perhimpunan awam di Kota Kinabalu ketika saya diberitahu oleh seseorang dari pentas belakang bahawa masalah sedang tercetus di Kuala Lumpur tetapi saya tidak pasti tentang butir-butirnya.

Keesokan paginya pada 14 Mei 1969, saya diberikan arahan pengusiran untuk meninggalkan Sabah oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mustapha, kerana kononnya menghina beliau di perhimpunan awam dekat Kota Kinabalu.

Saya terlepas penerbangan dari Kota Kinabalu pada 14 Mei, dan sekumpulan penunggang kuda dari suku Bajau yang merupakan pengikut rapat Tun Mustapha telah pergi ke lapangan terbang untuk memberi tekanan terhadap saya selepas apa yang saya perkatakan tentang Tun Mustapha di perhimpunan awam di Kota Kinabalu.

Saya berlepas dari Kota Kinabalu pada 15 Mei, tetapi memandangkan Lapangan Terbang Subang berada di bawah perintah berkurung, saya singgah ke Singapura dan bermalam bersama C.V Devan Nair selama tiga malam.

Pemimpin parti, teman-teman dan ahli keluarga menasihati saya untuk tidak pulang ke tanah air kerana berisiko akan ditahan. Mereka menasihati saya untuk mengasingkan diri sehingga krisis ini reda.

Namun, saya tiada teragak-agak untuk pulang ke Malaysia, kerana bagaimana seseorang boleh menjadi pemimpin dan Ahli Parlimen kalau mereka tidak bersedia untuk berkongsi keresahan dan masalah dengan rakyat.

Selepas Lapangan Terbang Subang dibuka semula, saya membeli tiket untuk pulang ke tanah air.

Namun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan berlepas ke Ipoh kerana jika saya tidak muncul di lapangan terbang Ipoh, pemimpin parti dan ahli keluarga secara tidak langsung akan mendapat petanda bahawa saya telah ditahan.

Di lapangan terbang Subang, semua penumpang turun untuk diperiksa oleh pihak berkuasa imigresen memandangkan kami berlepas dari negara asing.

Terdapat seorang pegawai imigresen dan dua pegawai polis bersenjata memeriksa penumpang yang beratur di hujung landasan terbang.

Apabila tiba waktu saya untuk diperiksa, saya bertanya sama ada mereka sedang mencari saya. Mereka memandang tepat ke arah saya, memeriksa passport saya dan membawa saya ke kereta polis yang sedang menunggu tidak jauh dari situ — menandakan penahanan pertama saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Saya tidak pernah menyesal pulang ke tanah air untuk berdepan dengan penahanan di bawah ISA. Menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen yang baru dipilih dan seorang pemimpin DAP.

Saya dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP semasa saya ditahan di Pusat Tahanan Muar semasa saya pertama kali ditahan di bawah ISA.

Saya berusia 28 tahun ketika itu dan saya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun sehingga 1999.

Dalam tahun 70-an dan 80-an, Melaka ada negeri peneraju dalam kempen “Malaysian First”. Dua dekad selepas itu, obor negeri peneraju itu bergilir-gilir diserahkan kepada Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.

Kini obor “Malaysian First” itu kembali ke Melaka dalam pilihan raya negeri Melaka pada 20 November 2021.

Sepanjang tujuh hari akan datang, saya akan menulis tentang tahun-tahun saya di Melaka.

(Artikel pertama daripada lapan artikel oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang tentang “Tahun-tahun saya di Melaka” dikeluarkan pada hari Khamis, 11 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.