Call on Malacca voters to look at the Covid-19 statistics in Malaysia when they cast their vote for the Malacca general election


(Versi BM)

I want to make a straightforward call today – to ask the Malacca voters to look at the Covid-19 statistics for Malaysia when they cast their vote for the Malacca general election on November 20, 2021.

The reason is simple: The Covid-19 pandemic, not only in Malacca but in Malaysia, affects every aspect of our life in the country – the economy, the job situation, schools and universities, travel, the private space of Malaysians whether in sports, recreation, social or family life.

It is unimaginable that Perikatan Nasional and Barisan Nasional leaders have their way that the Malacca general election could be divorced from the Covid-19 pandemic when the Malaccan economic and social scene is directly affected by the Covid-19 pandemic.

When Malacca general election is held on Nov. 20, Malaysia would have neared the cumulative totals of 2.6 million Covid-19 cases and 30,000 Covid-19 deaths – when South Korea, which has a larger population than Malaysia, is ranked No. 73 among nations with the most cumulative totals of 388,359 Covid-19 cases and 3,033 Covid-19 deaths.

Malaysia is now ranked No. 20 among nations in the world with the most cumulative totals of 2,528,821 Covid-19 cases and 29,535 Covid-19 deaths.

What is of grave concern is that in the last three days, the nation seems to have lost control of the surge of increase in daily new Covid-19 cases, with daily new Covid-19 cases rebounded to 5,403 cases on 9th November, 6,243 cases on 10th November and 6,323 cases yesterday.

In contrast, Indonesia recorded 436 daily new Covid-19 cases yesterday – its 28th consecutive day in triple-digit numbers – and 16 Covid-19 deaths, its 42nd consecutive day in double-digit Covifd-19 deaths as compared to Malaysia’s 6,323 daily new Covid-19 cases and 49 Covid-19 deaths yesterday.

Can anyone in the Health Ministry or the Ismail Sabri government explain why Malaysia is performing so poorly as compared to Indonesia in the Covid-19 pandemic – whether this a serious sign that after losing to Taiwan, South Korea, Singapore and Vietnam, we are losing out to Indonesia?

Indonesia fell as low as 242 daily new increase of Covid-19 cases on Nov. 8 and 11 Covid-19 deaths on Nov. 7, as compared to Malaysia never going below 4,343 daily new Covid-19 cases and 35 Covid-19 deaths both on Nov . 7, 2021.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, November 12, 2021)


Seruan kepada pengundi Melaka untuk melihat kepada statistik Covid-19 apabila mereka membuang undi dalam PRN Melaka

Saya ingin membuat satu seruan yang ringkas hari ini — untuk meminta pengundi Melaka melihat semula statistik Covid-19 di Malaysia apabila mereka membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November 2021.

Sebabnya mudah: Wabak Covid-19 ini memberikan kesan kepada semua aspek kehidupan kita, bukan sahaja di Melaka, tetapi di seluruh negara — ekonomi, peluang pekerjaan, persekolahan dan universiti, pergerakan, kehidupan peribadi rakyat sama ada dalam bidang sukan, rekreasi, sosial, atau kehidupan berkeluarga.

Tidak dapat dibayangkan apabila pemimpin Perikatan Nasional dan Barisan Nasional cuba untuk mengasingkan kesan pandemik Covid-19 ini daripada kempen mereka sedangkan ekonomi dan kehidupan sosial di Melaka terjejas secara terus akibat daripada wabak ini.

Apabila PRN Melaka berlangsung pada 20 November, negara kita bakal mencecah jumlah 2.6 juta kes terkumpul dan 30,000 kematian terkumpul akibat Covid-19 — sedangkan Korea Selatan, sebuah negara dengan jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding dengan Malaysia, berada di tempat ke-73 dari jumlah kes terkumpul dengan 388,359 kes dan 3,033 kematian akibat Covid-19.

Malaysia kini berada di tempat ke-20, dengan 2,528,821 kes dan 29,535 kematian akibat Covid-19.

Apa yang membimbangkan adalah dalam tiga hari yang lepas, negara kita kelihatan seperti telah hilang kawalan dengan peningkatan kes harian, dengan peningkatan kepada 5,403 kes pada 9 November, 6,243 kes pada 10 November, dan 6,323 kes semalam.

Sebaliknya, Indonesia mencatatkan rekod 436 kes sahaja semalam — hari ke-28 berturut-turut negara tersebut mencatatkan angka dalam julat tiga angka — dengan 16 kematian akibat Covid-19, hari ke-42 berturut-turut negara tersebut mencatatkan kematian dalam julat dua angka, berbanding dengan 6,323 kes dan 49 kematian di Malaysia semalam.

Bolehkah sesiapa di Kementerian Kesihatan atau dalam kerajaan Ismail Sabri menjelaskan mengapa Malaysia mencatatkan prestasi yang sebegitu buruk sekali berbanding dengan Indonesia dalam mengendalikan wabak ini — sama ada perkara ini adalah petanda serius yang selepas kalah dengan Taiwan, Korea Selatan, SIngapura, dan Vietnam, kini kita sedang kalah dengan Indonesia pula?

Indonesia mencatatkan kadar serendah 242 kes baharu pada 8 November dan kadar kematian serendah 11 korban pada 7 November berbanding dengan Malaysia yang tidak pernah lagi turun ke bawah paras 4,343 kes dan 35 kematian yang dicatatkan pada 7 November 2021.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 12 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.