Can the Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) succeed when the government is not prepared to admit that Malaysia has become one of the worst performing nations in the world in the Covid-19 pandemic?


(Versi BM)

The Prime Minister Ismail Sabri today launched the Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) to help the Malaysian Family face and cope with the endemic phase of Covid-19 pandemic by cultivating a healthy lifestyle and promoting environmental sustainability.

The ANMS agenda is for a period of 10 years, from 2021 to 2030 and the implementation is to be divided into two terms; the first from 2021 until 2025, and the second from 2026 and will end in 2030.

Can the ANMS succeed when the government is not prepared too admit that Malaysia has become one of the worst performing nations in the world in the Covid-19 pandemic and the political parties in government are doing their utmost to prevent the Covid-19 pandemic from becoming one of the top issues in the Malacca state general election on Nov. 20, 2021?

In fact, the contrary is taking place.

Yesterday, the Perikatan Nasional and Bersatu President, Muhyiddin Yassin spoke for the umpteenth time about “the light at the end of the tunnel” in the Covid-19 pandemic when he spoke on the 2022 Budget in Parliament – and Muhyiddin had been speaking since last year about “light at the end of the tunnel” in the Covid-19 pandemic from his capacity as Prime Minister to no more a Prime Minister.

But the “light at the end of the tunnel” proved to be very fickle, as although Malaysia ranks 10th among countries with the highest full Covid-19 inoculation rate, we rank among the world’s top 20th country for the most cumulative total of Covid-19 cases and daily new Covid-19 cases, while having the highest daily Covid-19 deaths per million people in ASEAN and Asia (the Asian average is 0.31 compared to Malaysia’s 2.38 on November 9, 2021).

Fortuitously, after Muhyiddin spoke in Parliament yesterday, daily new Covid-19 cases yesterday surged from previous day of 5,402 cases to 6,243 cases – the highest in two weeks and much higher than the 2,232 daily new Covid-19 cases and four Covid-19 deaths recorded on January 11 this year when Muhyiddin declared an emergency purportedly to bring the Covid-19 pandemic in Malaysia under control!

How can Muhyiddin be talking about “light at the end of tunnel” when the Election Commission has virtually banned all forms of physical campaigning in the Malacca general election in the name of Covid-19 pandemic?

When the voters of Malacca go to the poll on November 20, there would be a cumulative total of nearly three million cases in Malaysia with over 30,000 Covid-19 deaths including 6,000 Brought-in-Dead (BID) Covid-19 deaths – most unimaginable figures.

What is shocking is that Perikatan Nasional (PN) and Barisan Nasional (BN) are conspiring to put Malacca into denial, by ensuring that the three million Covid-19 cases and 30,000 Covid-19 deaths in Malaysia are not top issues in the Malacca general election.

Malaysians are paying a heavy price in cumulative totals of Covid-19 cases and Covid-19 deaths because of the Sheraton Move conspiracy in Feb. 2020, which toppled a democratically-elected Pakatan Harapan government after 22 months and ushered in backdoor, undemocratic and illegitimate governments.

I believe that whatever its faults, the Pakatan Harapan government would have kept the Covid-19 cases and deaths very low, like South Korea, which today ranks No. 73 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases – 388,351 cases and 3,033 Covid-19 deaths.

In contrast, Covid-19 pandemic statistics are still on the very high side with cumulative totals of 2,522,498 Covid-19 cases and 29,486 Covid-19 deaths.

The voters of Malacca must show their disgust and rejection of the abysmal failure of the two backdoor, undemocratic and illegitimate governments after the Sheraton Move conspiracy in Feb. 2020 to bring the Covid-19 pandemic under control when they vote on Nov. 20, 2021.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, November 11, 2021)


Mampukah Agenda Nasional Malaysia Sihat ini berjaya, sedangkan kerajaan sendiri tidak bersedia untuk mengakui bahawa Malaysia telah menjadi salah sebuah negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam menangani penularan wabak Covid-19?

Perdana Menteri, Ismail Sabri hari ini melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi mempersiapkan Keluarga Malaysia dalam mendepani dan mengharungi fasa endemik Covid-19 bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran.

Agenda ANMS dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, iaitu mulai 2021 hingga 2030. Pelaksanaannya dibahagikan kepada dua penggal; iaitu penggal pertama bermula pada 2021 sehingga 2025, dan penggal kedua pula bermula pada 2026 dan akan berakhir pada 2030.

Mampukah agenda ANMS ini berjaya, sedangkan kerajaan sendiri tidak bersedia untuk mengakui bahawa Malaysia telah menjadi salah sebuah negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam menangani penularan wabak Covid-19, malah parti-parti politik dalam kerajaan dilihat bermati-matian mahu menghalang isu wabak Covid-19 daripada menjadi isu utama yang dibincangkan dalam pilihan raya negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November 2021?

Sebaliknya pula yang berlaku.

Semalam, Presiden Bersatu dan Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin untuk sekian kalinya bercakap mengenai “sinar cahaya di penghujung terowong” dalam perjalanan negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini semasa menyampaikan perbahasan Belanjawan 2022 di Parlimen — dan Muhyiddin telah memperkatakan mengenai perkara yang sama sejak beliau menjadi Perdana Menteri sehinggalah beliau hilang jawatan itu.

Namun, “sinar cahaya di penghujung terowong” ini terbukti hanya berkelipan, dan walaupun Malaysia kini berada di tempat ke-10 dari segi negara yang mempunyai kadar vaksinasi lengkap tertinggi, kita masih berada dalam kalangan 20 negara teratas dengan jumlah kes terkumpul tertinggi dan juga kes baharu harian. Pada masa yang sama, kita juga mencatatkan antara kadar kematian harian per sejuta penduduk tertinggi di ASEAN dan Asia (purata Asia adalah 0.31 manakala Malaysia mencatatkan 2.38 pada 9 November 2021).

Kebetulan pula, selepas Muhyiddin berucap di Parlimen, angka kes harian Covid-19 semalam meningkat, daripada 5,402 kes hari sebelumnya kepada 6,243 kes — kadar tertinggi dalam dua minggu yang lepas yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar 2,232 kes dan empat kematian akibat Covid-19 pada 11 Januari tahun ini semasa Muhyiddin mengumumkan darurat kononnya untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia!

Bagaimanakah “sinar cahaya di penghujung terowong” sudah dapat dilihat sekiranya semua bentuk kempen secara fizikal diharamkan di Melaka atas nama wabak Covid-19?

Apabila para pengundi keluar mengundi pada 20 November, Malaysia akan mencatatkan hampir tiga juta kes terkumpul dan lebih daripada 30,000 kematian akibat Covid-19, termasuklah 6,000 kes kematian dibawa ke hospital (BID).

Apa yang lebih mengejutkan, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional seolah-olah mahu menutup isu penularan wabak Covid-19 dalam PRN Melaka kali ini, sekali gus mahu memastikan isu tiga juta kes Covid-19 dan 30,000 korban akibat wabak itu tidak menjadi isu utama yang dibincangkan dalam PRN tersebut.

Rakyat Malaysia kini menanggung bala kes jangkitan dan korban akibat Covid-19 yang tinggi akibat daripada konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, yang menggulingkan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang sah yang dipilih rakyat dan membawa masuk kerajaan pintu belakang, tidak demokratik dan tidak sah.

Saya yakin apa jua kekurangannya, kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan angka jangkitan dan korban Covid-19 kekal rendah, seperti Korea Utara, yang hari ni berada di kedudukan ke-73 antara negara dengan kes keseluruhan Covid-19 tertinggi — 388,351 kes dan 3,033 korban.

Sebaliknya, kita masih merekodkan jumlah kes keseluruhan Covid-19 dan kematian akibat wabak itu yang begitu tinggi iaitu masing-masing berjumlah 2,522,498 dan 29,486.

Pengundi di Melaka harus menolak dua kerajaan gagal pintu belakang yang tidak demokratik dan tidak sah yang terbentuk susulan konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2020 bagi mengawal penularan wabak Covid-19 semasa mereka membuang undi pada 20 November 2021.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 11 November 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.