For umpteenth time since last year, Muhyiddin Yassin had been talking about seeing light at the end of the tunnel in the Covid-19 pandemic – from when he was the eighth Prime Minister of Malaysia to yesterday when he was an ordinary MP in Parliament.
But the “light at the end of the tunnel” proved to be very flickering, and although Malaysia ranks 10th among countries with the highest full Covid-19 inoculation rate, we rank among the world’s top 20th country for the most cumulative total of Covid-19 cases and daily new Covid-19 cases, while having the highest daily Covid-19 death per million people in ASEAN and Asia (the Asian average is 0.31 compared to Malaysia’s 2.38 on November 9, 2021).
Fortuitously, after Muhyiddin spoke in Parliament, daily new Covid-19 cases yesterday surged from previous day of 5,402 cases to 6,243 cases – the highest in two weeks and much higher than the 2,232 daily new Covid-19 cases and four Covid-19 deaths recorded on January 11 this year when Muhyiddin declared an emergency purportedly to bring the Covid-19 pandemic in Malaysia under control!
How can there be light at the end of the tunnel when all forms of physical campaigning is banned in the Malacca general election in the name of Covid-19 pandemic?
Malaysians are paying a heavy price in cumulative totals of Covid-19 cases and Covid-19 deaths because of the Sheraton Move conspiracy in Feb. 2020 as it is clear that Malaysia cannot see light at the end of the tunnel with the pre-emergency situation on Covid-19 pandemic restored on polling day of the Malacca general election on November 20, 2021.
When Malacca voters go to poll on Nov. 20, Malaysia will have nearly three million cumulative total of Covid-19 cases and over 30,000 Covid-19 deaths, including 6,000 Brought-in-Dead (BID) Covid-19 deaths.
The voters of Malacca must show their disgust at the abysmal failure of the two backdoor, undemocratic and illegitimate governments after the Sheraton Move conspiracy in Feb. 2020 to bring the Covid-19 pandemic under control when they vote on Nov . 20, 2021.
Despite umpteenth times of talk of “light at the end of the tunnel” since last year, the total ban on any form physical campaigning in Malacca general election shows the light is not there.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 11th November 2021)
Walaupun berkali-kali bercakap mengenai “sinar cahaya di penghujung terowong” sejak tahun lepas, larangan menyeluruh terhadap sebarang bentuk aktiviti kempen secara fizikal menunjukkan yang “sinar cahaya” ini masih belum tiba
Sudah berkali-kali sejak tahun lepas, Muhyiddin Yassin telah berkata mengenai “sinar cahaya di penghujung terowong” dalam perjalanan negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini — sejak daripada semasa beliau merupakan Perdana Menteri kelapan sehingga semalam semasa beliau merupakan seorang Ahli Parlimen biasa.
Namun, “sinar cahaya di penghujung terowong” ini terbukti hanya berkelipan, dan walaupun Malaysia kini berada di tempat ke-10 dari segi negara yang mempunyai kadar vaksinasi lengkap tertinggi, kita masih berada dalam kalangan 20 negara teratas dengan jumlah kes terkumpul tertinggi dan juga kes baharu harian. Pada masa yang sama, kita juga mencatatkan antara kadar kematian harian per sejuta penduduk tertinggi di ASEAN dan Asia (purata Asia adalah 0.31 manakala Malaysia mencatatkan 2.38 pada 9 November 2021).
Kebetulan pula, selepas Muhyiddin bercakap di Parlimen, angka kes harian Covid-19 semalam meningkat, daripada 5,402 kes hari sebelumnya kepada 6,243 kes — kadar tertinggi dalam dua minggu yang lepas yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar 2,232 kes dan empat kematian akibat Covid-19 pada 11 Januari tahun ini semasa Muhyiddin mengumumkan darurat kononnya untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia!
Bagaimanakah “sinar cahaya di penghujung terowong” sudah dapat dilihat sekiranya semua bentuk kempen secara fizikal diharamkan di Melaka atas nama wabak Covid-19?
Rakyat Malaysia kini menanggung bala daripada konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, jelas sekali kita tidak akan dapat melihat “sinar cahaya di penghujung terowong kegelapan” pandemik ini dengan situasi seperti era sebelum darurat sebelum hari pengundian PRN Melaka pada 20 November 2021.
Apabila para pengundi keluar mengundi pada 20 November, Malaysia akan mencatatkan hampir tiga juta kes terkumpul dan lebih daripada 30,000 kematian akibat Covid-19, termasuklah 6,000 kes kematian dibawa ke hospital (BID).
Para pengundi di Melaka perlu menzahirkan perasaan meluat mereka terhadap kegagalan teruk dua kerajaan pintu belakang yang tidak demokratik dan tidak sah ini dalam mengawal penularan wabak Covid-19 selepas konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020.
Walaupun berkali-kali bercakap mengenai “sinar cahaya di penghujung terowong” sejak tahun lepas, larangan menyeluruh terhadap sebarang bentuk aktiviti kempen secara fizikal menunjukkan yang “sinar cahaya” ini masih belum tiba
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 11 November 2021)