CSR MOU between Ismail Sabri and PH leaders not sure to fail but any failure must not stem from PH


(Versi BM)

Let me clarify what I had said at the zoom meeting with DAP Selangor leaders on Sunday: the confidence-supply-reform (CSR) memorandum of understanding (MOU) signed between the Prime Minister, Ismail Sabri and the Pakatan Harapan (PH) leaders last Monday is not sure to fail but any failure must not stem from the Pakatan Harapan.

There are those who thought that I had said that the CSR MOU is sure to fail. I did not say that.

But many are expecting the CSR MOU to fail but we in DAP and PH want the CSR MOU to succeed, for its success will usher in a new political landscape for Malaysia.

But the CSR MOU can only succeed if both sides of the MOU co-operate to make it a success, as only one side cannot ensure its success.

The CSR MOU has many enemies.

The Utusan Malaysia interview by the new UMNO Parliamentary Whip, Tajuddin Abdul Rahman that without the CSR MOU, Ismail Sabri could end up as a “30-day Prime Minister” is one good example.

It is time that everyone in Malaysia make the Covid-19 pandemic the No. 1 issue that must be resolved, for we cannot afford to have two million Covid-19 cases and over 22,000 Covid-19 deaths, with more to come in the future.

In the face of the existential threat of Covid-19 pandemic, every other problem must take second place – as what is left if Malaysia is destroyed by the Covid-19 pandemic?

Instead of becoming one of the best-performing nations in the Covid-19 pandemic, we have in the last 21 months become one of the world’s worst-performing states:

· losing out to China (which is ranked No. 109 while Malaysia is ranked No. 21 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases);

· losing out to Indonesia in both yesterday’s daily new Covid-19 cases (Malaysia’s 14,345 cases vs Indonesia’s 1,932 cases) and daily Covid-19 deaths (Malaysia’s 301 vs Indonesia’s 166 Covid-19 deaths);

· losing out to India yesterday in daily Covid-19 deaths (262 deaths in India vs 301 in Malaysia).

Pakatan Harapan entered into the CSR MOU not because we want to ensure that Ismail Sabri does not become a 30-day Prime Minister – as this is not within our capability and Anwar Ibrahim does not have majority support in Parliament to become Prime Minister – but to lead Malaysians in having a political ceasefire and moratorium so that we can concentrate every ounce of our energy on resolving the Covid-19 pandemic and reset institutional and parliamentary reforms to make Malaysia a world-class great nation.

This is why we must explain the CSR MOU to all Malaysians and why they have a vested interest to ensure the success of the CSR MOU.

We must make the CSR MOU the MOU of the people of Malaysia, regardless of race, religion, region or politics.

If the CSR MOU fails, it is not because of the failure of the PH parties and leaders to fulfil their commitment, but because of the inability of Ismail Sabri to create a consensus to make the CSR MOU work.

The deplorable incident in Parliament yesterday where a senior minister blocked the Parliamentary Speaker, Azhar Azizan Harun, from inviting the DAP MP for Teluk Intan Nga Kor Ming from chairing yesterday’s afternoon meeting is the result of Ismail Sabri’s inability to create consensus within his Cabinet in line with the CSR MoU.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the zoom meeting with DAP leaders in East Coast and Northern states on Monday, 20th September 2021 at 9.30 pm)


MOU CSR di antara Ismail Sabri dan pemimpin PH belum tentu akan gagal, yang pasti kegagalan tidak boleh datang daripada PH

Izinkan untuk saya jelaskan apa yang saya telah nyatakan dalam mesyuarat zoom dengan pemimpin DAP Selangor pada hari Ahad: memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (MOU CSR) yang ditandatangani di antara pihak Perdana Menteri Ismail Sabri dan pemimpin Pakatan Harapan pada hari Isnin lepas belum tentu akan gagal, tetapi sebarang kegagalan memorandum persefahaman ini tidak boleh disebabkan oleh Pakatan Harapan.

Ada mereka yang ingat saya telah mengatakan yang MOU CSR ini pastinya akan gagal. Saya tidak katakan sebegitu.

Tetapi, pada masa yang sama, ramai yang menjangkakan kegagalan MOU CSR ini, tetapi di DAP dan PH, kami mahu melihat MOU ini berjaya kerana ia berpotensi membawa landskap politik baharu untuk Malaysia.

Tetapi perkara ini hanya boleh berjaya sekiranya kedua-dua belah pihak dapat bekerjasama untuk menjayakannya, usaha sebelah pihak sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kejayaan memorandum persefahaman ini.

MOU CSR ini telah pun mempunyai ramai musuh.

Wawancara Utusan Malaysia dengan Whip Parlimen UMNO, Tajuddin Abdul Rahman, mengatakan tanpa MOU CSR ini, Ismail Sabri akan menjadi “Perdana Menteri 30 Hari” menjadi satu contoh yang baik perkara ini.

Masanya telah tiba untuk semua orang di Malaysia menjadikan wabak Covid-19 di negara kita ini sebagai keutamaan nombor 1 kita semua yang perlu diselesaikan segera. Kita tidak mampu untuk terus mencatatkan dua juta kes dengan lebih daripada 22,000 kematian akibat wabak Covid-19 dengan pertambahan angka-angka ini secara berterusan di masa hadapan.

Berhadapan dengan ancaman terhadap kehidupan kita semua yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini, semua masalah-masalah lain perlulah diketepikan buat sementara waktu — jika tidak, apa sahaja yang masih akan ada sekiranya Malaysia dimusnahkan oleh wabak Covid-19?

Daripada menjadi salah satu negara dengan prestasi terbaik menguruskan Covid-19, dalam 21 bulan yang lepas, kita mencatatkan sejarah sebagai negara dengan prestasi terburuk di dunia:

– Kita kalah dengan China (yang berada di tempat ke-109 sedangkan Malaysia berada di tempat ke-21 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia);

– kita kalah dengan Indonesia dari segi kes baharu (Indonesia mencatatkan 1,932 kes manakala Malaysia mencatatkan 14,345 kes semalam) dan juga kes kematian harian akibat Covid-19 (Indonesia mencatatkan 166 kematian berbanding dengan 301 kematian di Malaysia);

– kita kalah dengan lebih banyak kematian akibat Covid-19 berbanding dengan India semalam (262 kematian di India, 301 kematian di Malaysia).

Pakatan Harapan bersetuju untuk menandatangani MOU CSR ini bukan kerana kita mahu mengelakkan Ismail Sabri daripada menjadi Perdana Menteri 30 Hari — kerana perkara ini bukanlah satu kemungkinan untuk kita dan Anwar Ibrahim juga tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri — tetapi untuk memimpin Malaysia dalam melaksanakan gencatan dan moratorium politik supaya kita dapat tumpukan semua usaha kita kepada melawan Covid-19 dan menetapkan semula negara kita ke arah menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dengan melaksanakan reformasi parlimen dan institusi negara.

Kerana inilah kita perlu menjelaskan mengapa MOU CSR ini dipersetujui kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan atau latar belakang politik.

Sekiranya MOU CSR ini gagal, ia tidak boleh gagal kerana kegagalan parti-parti dan para pemimpin PH untuk memenuhi komitmen mereka, sebaliknya kerana kegagalan Ismail Sabri untuk membentuk suatu konsensus untuk menjayakan MOU CSR ini.

Kejadian buruk di Parlimen di mana seorang Menteri Kanan menyekat Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, daripada menjemput Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming, daripada mempengerusikan persidangan tengahari semalam adalah salah satu contoh kegagalan Ismail Sabri untuk membentuk konsensus yang selari dengan memorandum persefahaman ini dalam Kabinet beliau.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang kepada Pemimpin DAP di Negeri-negeri Utara dan Pantai Timur pada hari Isnin, 20 September 2021 pada jam 9:30 malam)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.