Why Indonesia can reduce its daily new Covid-19 cases by over 96% in two months from 56,757 cases on 15th July to 1,932 cases yesterday, but Malaysia cannot do the same?


(Versi BM)

This is one of the many questions which the new Health Minister, Khairy Jamaluddin, should answer- Why Indonesia can reduce its daily new Covid-19 cases by over 96% in two months, from 56,757 cases on 15th July to 1,932 cases yesterday, Malaysia cannot do the same?

On 15th July, Malaysia’s daily new Covid-19 cases was registered as 13,215 cases. For the last two months, far from reducing the daily new Covid-19 caseload by over 96% – which means Malaysia returning to triple-digit numbers of less than 528 daily new Covid-19 cases – daily new Covid-19 cases had never gone below 14,000 cases.

Yesterday’s new daily Covid-19 cases in Malaysia of 14,345 cases was in fact the lowest recorded since 26th July when daily new Covid-19 cases for Malaysia were recorded as 14,516 cases. We have still to go below 13,215 cases registered on 15th July while Indonesia has reduced its daily new Covid-19 caseload by over 96%!

Khairy should not avoid these questions, as they are going to follow him in the next few weeks.

When will Malaysia’s daily new Covid19 cases (i) fall below 10,000 cases ; (ii) fall below 1,000 cases and Malaysia return to the three-digit daily increase of new cases; (iii) when Malaysia will return to double-digit daily increase of new Covid-18 cases?

Has Khairy any answer to these three questions?

Malaysia’s daily Covid-19 deaths are still abnormally high yesterday (the fourth week of Khairy’s new role as Health Minister) with 92 Brought-In-Dead (BID) Covid-19 deaths.

Khairy should explain why he had so far failed to reduce the BID Covid-19 deaths, as the number of BID death cases in his three weeks as Health Minister is very much more than the last three weeks of the previous Minister of Health.

Furthermore, Khairy should also explain why Malaysia is continuing to overtake countries in cumulative total of Covid-19 cases, instead of losing to more countries – as Malaysia under his stewardship as Health Minister will overtake three other countries by the end of this week and be ranked No. 20 among countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases.

In fact, the BID Covid-18 figures in the last seven dare are about three times the data in the first week of August. Why is this?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 21st September 2021)


Mengapa Indonesia boleh mengurangkan kes harian baharu Covid-19 mereka sebanyak lebih 96% dalam masa dua bulan — dari 56,757 kes pada 15 Julai kepada 1,932 kes semalam, tetapi Malaysia tidak berjaya melakukan perkara yang serupa?

Ini adalah salah satu daripada banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin — mengapa Indonesia boleh mengurangkan kes harian baharu Covid-19 sebanyak lebih 96% dalam masa dua bulan — dari 56,757 kes pada 15 Julai kepada 1,932 kes semalam, tetapi Malaysia tidak dapat melakukan perkara yang sama?

Pada 15 Julai, kes harian baharu Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,215 kes. Sepanjang dua bulan lalu, daripada mengurangkan jumlah kes harian baharu Covid-19 sebanyak lebih 96% seperti Indonesia — bermakna Malaysia kembali mencatatkan kes dalam lingkungan julat tiga angka dengan 528 kes baharu — sebaliknya, kes harian baharu Covid-19 di negara ini tidak pernah turun ke bawah paras 14,000 kes.

Semalam, kes harian baharu di Malaysia adalah sebanyak 14,345, jumlah terendah yang direkodkan sejak 26 Julai (14,516 kes). Kita mencatatkan 13,215 kes jangkitan baharu pada 15 Julai sedangkan Indonesia telah mengurangkan kes harian baharu Covid-19 mereka sebanyak lebih 96%!

Khairy tidak seharusnya mengelak untuk menjawab persoalan-persoalan ini, kerana ia akan menghantui beliau untuk tempoh beberapa minggu akan datang.

Bilakah kes harian baharu Covid-19 di Malaysia (i) akan turun ke bawah paras 10,000 kes; (ii) turun ke bawah paras 1,000 kes dan Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes tiga angka; (iii) bilakah Malaysia akan kembali mencatatkan jumlah kes dua angka?

Sudahkan Khairy menjawab ketiga-tiga persoalan ini?

Jumlah kes kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan di negara ini semalam masih tinggi (minggu keempat Khairy memegang jawatan Menteri Kesihatan) dengan 92 daripadanya adalah kes kematian akibat Covid-19 yang dibawa ke hospital (BID).

Khairy harus menjelaskan mengapa beliau setakat ini masih gagal mengurangkan angka kes BID, kerana jumlah kes BID dalam tempoh tiga minggu beliau menjadi Menteri Kesihatan jauh lebih tinggi berbanding tempoh tiga minggu terakhir Menteri Kesihatan sebelumnya.

Tambahan lagi, Khairy juga harus menjelaskan mengapa Malaysia terus mengatasi banyak negara dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi, dan tidak menunjukkan prestasi yang lebih baik — kerana Malaysia di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kesihatan bakal mengatasi tiga negara lain pada akhir minggu ini dan berada di kedudukan ke-20 dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi di dunia.

Malah, jumlah kes BID sepanjang tujuh hari yang lalu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah kes yang direkodkan pada minggu pertama bulan Ogos. Mengapa perkara ini berlaku?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 21 September 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.