(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The Prime Minister’s chief private secretary Marzuki Mohamad’s memorandum to all civil servants to utilise the Prime Minister’s legal name, Mahiaddin Md Yasin for all government documents raises the question whether Muhyiddin also known as Mahiaddin needs to take a new oath of office before the Yang di Pertuan Agong to be Prime Minister of Malaysia.
It also raises the questions whether Muhyiddin also known as Mahiaddin had been properly sworn in as Member of Parliament for Pagoh and Johore State Assemblyman for Gambir.
May be the Attorney-General, Tan Sri Idrus Harun can clarify.
He should also clarify why corrective action was only taken some two-and-half months after the Shah Alam High Court quashed a prevention detention order signed by Muhyiddin using his name Muhyiddin when he was Home Minister.
(Media Statement (3) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 16th June 2021)
=======================
#kerajaangagal115 — Adakah Mahiaddin perlu mengangkat sumpah sekali lagi di hadapan Yang di Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan adakah beliau telah mengangkat sumpah dengan tepat sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir?
Memorandum Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Marzuki Mohamah, kepada semua penjawat awam untuk menggunakan nama sah Perdana Menteri, Mahiaddin Bin Md Yasin untuk semua dokumen kerajaan menimbulkan persoalan sama ada Muhyiddin, yang juga dikenali sebagai Mahiaddin, perlu mengangkat sumpah semula di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Perkara ini juga menimbulkan persoalan sama ada Muhyiddin, yang juga dikenali sebagai Mahiaddin, telah mengangkat sumpah secara betul sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir.
Mungkin Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun boleh memberikan penjelasan.
Beliau juga perlu menjelaskan, mengapa tindakan pembetulan ini hanya diambil dua bulan setengah selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak perintah tahanan pencegahan yang ditandatangani dengan nama Muhyiddin semasa beliau merupakan Menteri Dalam Negeri.
(Kenyataan Media (3) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 16 Jun 2021)