#kerajaangagal114 – Were MPs given priority for vaccination not to enable them to perform their constitutional role of check-and-balance of the Executive to ensure good governance but to provide the excuse for Ministers and Deputy Ministers to be vaccinated?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Under the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin’s National Recovery Plan, Parliament is scheduled to meet in September or October when the country enters Phase Three of the government’s Covid-19 exit plan, when there is an average of less than 2,000 Covid-19 cases daily, sufficient ICU capacity and up to 40 percent of the population fully vaccinated.

Two questions come to mind: Firstly, were MPs given priority for vaccination not to enable them to perform their constitutional role to perform check-and-balance role of the Executive to ensure that there is good governance, effective and efficient government and the rule of law but to provide the excuse for Ministers and Deputy Ministers to be vaccinated?

If it is the latter, then it is the height of contempt for the people and we have a gaggle of Ministers who will never put national interests above personal interests, and nothing can be expected from this bloated Cabinet in the national interest.

Malaysians must save the country from the machinations of this gaggle of Ministers who are prepared to give Members of Parliament the “collateral benefit” of priority of vaccination so that questions would not be asked when Ministers also receive priority for vaccination.

The Minister in the Prime Minister’s Department in charge of Special Functions, Redzuan Md Yusof, had stated publicly that it is crucial to reconvene Parliament as soon as possible.

The Foreign Minister and a PM-aspirant, Hishammmudin Hussein, has said that Parliament should reconvene but it should not be used as a tool to gain political power.

But what is their use of the duo making these points in public if they are not prepared to convince the Cabinet to take a decision to convene Parliament immediately?

The second question is how the National Recovery Plan on Parliament convening in September or October during Phase Three square with the repeated stand of the powerful Home Minister, Hamzah Zainuddin, that Parliament will only reconvene after herd immunity is achieved – and herd immunity will not be achieved in the Third Phase of the Perikatan Nasional National Recovery Plan?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 16th June 2021)

====================

#kerajaangagal114 — Adakah Ahli-ahli Parlimen diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin bukan untuk membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab berpelembagaan mereka untuk menyemak imbang bidang Eksekutif, sebaliknya hanya sebagai alasan untuk Menteri dan Timbalan Menteri menerima vaksin

Di bawah Rancangan Pemulihan Negara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Parlimen dijadualkan untuk bersidang pada bukan September atau Oktober semasa negara berada dalam Fasa Ketiga Rancangan Pemulihan Negara ini, di mana negara mencatatkan secara purata kurang daripada 2,000 kes baharu setiap hari, terdapat kapasiti unit rawatan rapi yang mencukupi, dan sehingga 40% peratus populasi telah menerima vaksin.

Dua persoalan timbul: Pertamanya, adakah Ahli-ahli Parlimen diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin bukan untuk membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab berpelembagaan mereka untuk menyemak imbang bidang Eksekutif supaya terdapatnya tadbir urus yang baik, kerajaan yang berkesan dan efisyen, dan kedaulatan undang-undang, sebaliknya hanya sebagai alasan untuk Menteri dan Timbalan Menteri menerima vaksin?

Sekiranya Ahli-ahli Parlimen ini diberikan vaksin hanya sebagai alasan supaya para Menteri dan Timbalan Menteri dapat menerima vaksin secepat mungkin, maka ia adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kita mempunyai sekelompok Menteri yang hanya akan meletakkan kepentingan peribadi di atas kepentingan kepentingan negara, dan kita tidak akan mendapati apa-apa manfaat daripada Kabinet gergasi ini untuk negara kita.

Rakyat Malaysia perlu menyelamatkan negara daripada Menteri-menteri yang sanggup memberikan Ahli-ahli Parlimen keutamaan dalam mendapatkan vaksin supaya mereka tidak dipersoalkan apabila menerima vaksin dengan lebih awal.

Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Redzuan Md Yusof, telah mengatakan secara terbuka yang penting untuk Parlimen bersidang semula secepat mungkin.

Menteri Luar Negeri yang juga bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Hishamuddin Hussein, juga telah mengatakan yang Parlimen patut bersidang tetapi ia tidak patut dijadikan alat untuk mendapatkan kuasa politik.

Tetapi apakah gunanya mereka berdua ini bercakap secara terbuka sebegini sekiranya mereka tidak bersedia untuk meyakinkan Kabinet untuk memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secara segera?

Persoalan kedua pula adalah, apakah status kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, yang mengatakan Parlimen hanya akan dibuka selepas imuniti kelompok dicapai sedangkan Rancangan Pemulihan Kebangsaan ini mengatakan yang Parlimen akan bersidang pada bulan September atau Oktober semasa Fasa Ketiga rancangan ini — dan negara kita tidak dijangkakan akan mencapai imuniti kelompok dalam tempoh tersebut?

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 16 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.