#kerajaangagal116 – Malaysians have finally seen light at the end of tunnel of the Covid-19 pandemic with the Conference of Rulers special meeting yesterday


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysians have finally seen light at the end of the tunnel of the 18-month Covid-19 pandemic with the Conference of Rulers special meeting yesterday.

It has ended the various speculations and theories including those with dubious constitutional basis and legitimacy on how the country is to negotiate the constitutional impasse where no person seems to command a clear majority in Parliament while the country is faced with an existential threat by the Covid-19 pandemic – with Malaysia suddenly becoming one of the world’s top worst performing nations in the Covid-19 pandemic while countries which had hogged the world limelight in the first 12 months of the pandemic have turned a corner and doing quite well in the war against the Covid-19 pandemic, especially with their national vaccination rollouts.

Malaysians now have only one issue in mind – how to win the war against the Covid-19 pandemic and its devastating effect on the life, economy and society in Malaysia, especially to end the string of unnecessary and avoidable Covid-19 deaths, which have reached 4,142 cases of fatalities yesterday, hitting three-digit figures in four days in June.

Malaysians do not want any constitutional crisis in any form but a single-minded focus by every Malaysian, whether in the Executive or the Legislatures, to win the war against the Covid-19 pandemic – and this must remain the nation’s single-minded focus whether it takes one or two years.

The Conference of Rulers special meeting yesterday has set a good example which must be followed in word and spirit by all Malaysians. Let us put aside our differences, whether political or otherwise, and single-mindedly win the war against the Covid-19 pandemic.

The stand of the Yang di Pertuan Agong and the Rulers that Parliament and the various State Assemblies should be convened as soon as possible should be endorsed by all Malaysians.

I call on the Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Parliament) Takiyuddin Hassan not to be obstinate or obstructive but to fully co-operate to convene Parliament and the various State Assemblies before August 1, 2021 as this is a clear-cut intention of the Yang di Pertuan Agong and the Rulers.

Let Malaysians show the world that we can win the war against the Covid-19 pandemic and that we have the wartime mentality to unite against a common foe in the Covid-19 pandemic which is killing Malaysians every day and threatening to destroy the very fabric of the Malaysian nation.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 17th June 2021)

=========================

#kerajaangagal116 — Rakyat Malaysia akhirnya mula nampak cahaya di hujung terowong untuk keluar dari kemelut pandemik Covid-19 yang berpanjangan selama 18 bulan selepas Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan perbincangan khas semalam

Rakyat Malaysia akhirnya mula nampak cahaya di hujung terowong untuk keluar dari kemelut pandemik Covid-19 yang berlarutan selama 18 bulan selepas Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan perbincangan khas semalam

Perkara ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi dan teori termasuk teori-teori yang tidak mempunyai asas perlembagaan dan kesahihan yang meragukan tentang bagaimana negara akan menyelesaikan kebuntuan dari sudut perlembagaan apabila tidak ada pihak yang dilihat mempunyai majoriti yang jelas di Parlimen sementara negara menghadapi ancaman eksistensial akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang berpanjangan – dengan Malaysia secara tiba-tiba menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam mengawal penularan wabak Covid-19 sementara negara-negara yang menunjukkan prestasi terburuk dalam tempoh 12 bulan pertama wabak itu mengganas, kini telah berubah dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam mengendalikan perang menentang pandemik Covid-19, terutamanya dalam program pemberian vaksin yang dijalankan mereka.

Rakyat Malaysia kini berdepan satu-satunya isu iaitu bagaimana untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 dan menangani kesan yang ditinggalkan wabak tersebut terhadap kehidupan, ekonomi dan masyarakat di Malaysia, terutama untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa daripada terus terkorban akibat Covid-19, yang kini telah mencecah 4,142 kes kematian semalam, mencapai julat tiga angka dalam tempoh empat hari dalam bulan Jun.

Rakyat Malaysia tidak ingin melihat krisis perlembagaan berlaku dalam apa jua bentuk, tetapi mahu setiap rakyat Malaysia, termasuk yang berjawatan dalam Eksekutif dan Badan Perundangan untuk tetap fokus dalam mencapai matlamat untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 – dan ini harus menjadi fokus utama negara, tidak kira dalam tempoh setahun atau dua tahun.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu semalam telah menunjukkan teladan yang baik yang mesti diikuti oleh semua rakyat Malaysia. Marilah kita mengetepikan sebarang perbezaan yang timbul di antara kita, sama ada dari segi pegangan politik atau sebagainya, untuk sepenuh hati memenangkan perang melawan pandemik Covid-19.

Pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang menitahkan bahawa sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri perlu diadakan secepat mungkin harus disokong oleh semua rakyat Malaysia.

Saya menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan untuk tidak bersikap keras kepala atau menjadi batu penghalang dengan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mengadakan sidang Parlimen dan DUN sebelum 1 Ogos 2021 kerana ini adalah hasrat jelas yang datang daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sendiri.

Benarkan semua rakyat Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 dan kita mempunyai mentaliti seolah-olah negara sedang beperang serta bersatu menentang musuh bersama yang membunuh rakyat Malaysia setiap hari dan mengancam untuk memusnahkan bangsa Malaysia.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 17 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.