#kerajaangagal117 – Call for a one-year political moratorium which can be extended to two years where there is only one national priority – to win the war against the Covid-19 pandemic and to ensure that Covid-19 fatalities do not exceed 5,000 deaths


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

These are my personal views.

I have said that Malaysians can finally see the light at the end of the tunnel of the 18-month Covid-19 pandemic with the Conference of Rulers special meeting yesterday.

It now allows Malaysia, which has suddenly becoming one of the world’s top worst performing nations in the Covid-19 pandemic while countries which had hogged the world limelight in the first 12 months of the pandemic have turned a corner and doing quite well in the war against the Covid-19 pandemic, especially with their national vaccination rollouts, an opportunity to win the war against the Covid-19 pandemic.

The Conference of Rulers special meeting should be an occasion for the country to make a new start in the war against Covid-19 pandemic, which had caused devastating consequences to the life, economy and society of Malaysians, registering a cumulative total of 673,025 Covid-19 cases and 4,142 Covid-19 deaths.

Let me declare my personal position. I support Datuk Seri Anwar Ibrahim to become the Prime Minister of Malaysia because I think he is most experienced, competent and qualified to be the leader of a plural Malaysia.

But we have been in the midst of a constitutional impasse for more than year, where no person had been able to command a clear majority in Parliament while the country is faced with an existential threat by the Covid-19 pandemic.

I believe Tan Sri Muhyiddin Yassin, with the fortuitous incident changing his name on official documents to Mahiaddin Md Yasin, does not command any clear majority in Parliament.

But I think this is a secondary issue and unless there is one person which could demonstrate clearly and convincingly outside Parliament this clear-cut parliamentary majority for him to become the Prime Minister, this issue must be subordinated to the existential threat of the Covid-19 pandemic.

This new start for the nation has been provided by the Conference of Rulers special meeting yesterday and it should not be used by any political quarter to justify their position on the political situation in the country.

Let the two positions of the Conference of Rulers special meeting yesterday that Parliament and the State Assemblies should be convened as soon as possible and that there is no need for the emergency to extend beyond August 1 be the basis for a common “war mentality” to win the war against the Covid-19 pandemic.

Let us put aside our differences, whether political or otherwise, and single-mindedly win the war against the Covid-19 pandemic.

I therefore propose a one-year political moratorium which can be extended to two years where there is only one national priority – to win the war against the Covid-19 pandemic and to ensure that Covid-19 fatalities do not exceed 5,000 deaths.

I reiterate my call to the Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Parliament) Takiyuddin Hassan not to be obstinate or obstructive but to fully co-operate to convene Parliament and the various State Assemblies before August 1, 2021 as this is a clear-cut intention of the Yang di Pertuan Agong and the Rulers.

The stand of the Speaker, Azhar Azizan Harun, defending the timeline set by the Prime Minister for the convening of Parliament is most unfortunate and disappointing.

I call for an emergency Cabinet meeting to act on the decisions of the Conference of Rulers special meeting yesterday so that Parliament could comply with the Dewan Rakyat Standing Orders and convene on Monday, 19th July 2021.

Meanwhile the various Parliamentary Select Committees should be able to function effectively.

In fact, there should be a reform and new vision of the role that can be played by Parliament and the various parliamentary select committees to win the war against the Covid-19 pandemic.

Malaysians do not want any constitutional crisis in any form but a single-minded focus by every Malaysian, whether in the Executive or the Legislatures, to win the war against the Covid-19 pandemic – and this must remain the nation’s single-minded focus whether it takes one or two years.

Let Malaysians show the world that we can win the war against the Covid-19 pandemic and that we have the wartime mentality to unite against a common foe in the Covid-19 pandemic which is killing Malaysians every day and threatening to destroy the very fabric of the Malaysian nation.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 17th June 2021)

=======================

#kerajaangagal117 – Seruan untuk melaksanakan moratorium politik selama satu atau hingga dua tahun bagi membolehkan negara fokus kepada usaha untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 dan memastikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tidak melebihi paras 5,000 kes

Ini adalah pandangan peribadi saya.

Saya sebelum ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia akhirnya mula nampak cahaya di hujung terowong untuk keluar dari kemelut pandemik Covid-19 yang berpanjangan selama 18 bulan selepas Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan perbincangan khas semalam.

Ini memberikan Malaysia — yang secara tiba-tiba menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk di dunia dalam mengawal penularan wabak Covid-19 sementara negara-negara yang menunjukkan prestasi terburuk dalam tempoh 12 bulan pertama wabak itu mengganas, kini telah berubah dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam mengendalikan perang menentang pandemik Covid-19, terutamanya dalam program pemberian vaksin yang dijalankan mereka — sebuah peluang untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19.

Izinkan saya menyatakan pendirian peribadi saya. Saya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana saya fikir beliau merupakan pemimpin yang paling berpengalaman, cekap dan berkelayakan untuk menjadi memimpin Malaysia yang merupakan sebuah negara yang majmuk.

Pun begitu, kita terjerat dalam kebuntuan perlembagaan selama lebih satu tahun, di mana tiada individu yang mempunyai majoriti yang mencukupi di Parlimen di tengah-tengah situasi negara ketika ini berdepan dengan ancaman eksistensial ekoran penularan pandemik Covid-19 yang berpanjangan.

Saya percaya yang Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mana menukar namanya pada dokumen rasmi menjadi Mahiaddin Md Yasin, juga tidak mempunyai majoriti yang jelas di Parlimen.

Tetapi saya fikir ini adalah masalah yang tidak begitu penting dan melainkan ada individu yang dapat membuktikan bahawa dia mempunyai majoriti yang jelas dan menyakinkan untuk menjadi Perdana Menteri, isu ini mesti diketepikan bagi memberi tumpuan kepada usaha untuk menguruskan ancaman eksistensial yang terpaksa dihadapi negara ekoran penularan wabak Covid-19.

Permulaan baharu bagi negara ini telah dibuka seluas-luasnya susulan keputusan daripada perbincangan khas yang dijalankan Majlis Raja-Raja Melayu semalam dan tiada mana-mana entiti politik yang boleh menggunakan keputusan itu untuk menjustifikasikan kedudukannya dalam situasi politik dalam negara ketika ini.

Jadikan kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan hasil Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu semalam iaitu Parlimen serta Dewan Undangan Negeri harus bersidang secepat mungkin dan bahawa tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos, menjadi asas kepada “mentaliti perang” untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19.

Marilah kita mengetepikan sebarang perbezaan yang timbul di antara kita, sama ada dari segi pegangan politik atau sebagainya, untuk sepenuh hati memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

Saja justeru mencadangkan supaya moratorium politik dilaksanakan selama satu tahun — yang boleh dilanjutkan kepada dua tahun — bagi membolehkan negara fokus kepada usaha untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 dan memastikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 tidak melebihi paras 5,000 kes

Saya mengulangi gesaan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan untuk tidak bersikap keras kepala atau menjadi batu penghalang dengan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk mengadakan sidang Parlimen dan DUN sebelum 1 Ogos 2021 kerana ini adalah hasrat jelas yang datang daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sendiri.

Pendirian Speaker, Azhar Azizan Harun yang mempertahankan garis masa yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri untuk memanggil sidang Parlimen adalah satu perkara yang amat malang dan mengecewakan.

Saya menggesa supaya diadakan mesyuarat Kabinet tergempar bagi membincangkan mengenai keputusan yang dibuat hasil daripada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu semalam supaya Parlimen dapat mematuhi Perintah Tetap Dewan Rakyat dan bersidang pada hari Isnin, 19 Julai 2021.

Sementara itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu dibenarkan berfungsi dengan berkesan.

Malah, perlu wujud pembaharuan dan visi baharu berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

Rakyat Malaysia tidak ingin melihat krisis perlembagaan berlaku dalam apa jua bentuk, tetapi mahu setiap rakyat Malaysia, termasuk yang berjawatan dalam Eksekutif dan Badan Perundangan untuk tetap fokus dalam mencapai matlamat untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 – dan ini harus menjadi fokus utama negara, tidak kira dalam tempoh setahun atau dua tahun.

Benarkan semua rakyat Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita mampu memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 dan kita mempunyai mentaliti seolah-olah negara sedang beperang serta bersatu menentang musuh bersama yang membunuh rakyat Malaysia setiap hari dan mengancam untuk memusnahkan fabrik sosial masyarakat Malaysia.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 17 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.