#kerajaangagal98 — Support for the convening of special Conference of Rulers on June 16 on Covid-19 pandemic as the worsening of the Covid-19 situation in Malaysia must be the concern of all Malaysians including the royalty


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The convening of a special Conference of Rulers on June 16 on the Covid-19 pandemic initiated by the Yang di Pertuan Agong deserves the support of all Malaysians, regardless of race, religion or politics, as the worsening Covid-19 situation in Malaysia must be the concern of all, including the royalty.

In the first year of the Covid-19 pandemic, all will agree that the worst countries in handling the Covid-19 pandemic were the United States, United Kingdom, Italy, France, Spain, Brazil and Mexico.

But if Malaysians are asked after five months of the emergency declared on January 11, 2021 to combat the Covid-19 pandemic what are the worst countries in the handling of the Covid-19 pandemic, they would think of Malaysia and India.

United States, Untied Kingdom, Italy, France and Spain have turned a corner and they could see light at the end of the tunnel.

United States, the worst state in 2020, with a cumulative total of 34.25 million cases, which saw a peak daily increase of 305,044 Covid-19 cases on January 8, 2021 and peak daily increase of 4,464 deaths on January 12, have fallen by 95.5% to 13,742 cases and by 91.2% to 392 deaths on June 8, 2021.

United Kingdom has also undergone a sharp drop in daily increase of new cases and deaths — falling 91% from the peak daily increase of 67,839 new cases on January 8, 2021 to 6,049 new cases on June 8, 2021 and falling by 99.3% from the peak daily increase of 1,823 deaths on January 20 to 13 deaths on June 8, 2021.

Italy, France and Spain have also seen a sharp drop in the region of 90% in daily increase of new Covid-19 cases and Covid-19 deaths.

Even India is seeing a sharp drop in daily cases and deaths — falling from peak daily increase of 414,433 new Covid-19 cases on May 6 to 87,345 cases on June 8 (a sharp drop of 79%) and peak daily increase of 4,525 Covid-19 deaths on May 18 to 2213 deaths on June 8 (another sharp drop of 51.1%).

Malaysia however is surging ahead, setting a new record for daily increase of new Covid-19 cases (9,020 cases on 29th May) and daily increase of new Covid-19 deaths (126 deaths on 2nd June) — with warning that Malaysia could see 13,000 cases daily by mid-June and a toll of 26,000 deaths by September.

The world’s worst pandemic leaders last year would be United States President
Donald Trump, Brazilian President Jair Bolsonaro and Mexican President Andres Manuel Lopex Obrador of Mexico.

This year, Donald Trump is no more, but the list would be joined by Indian Prime Minister Narendra Modi and Malaysian Prime Minister Muhyiddin Yassin.

Two further indications of Malaysia becoming the “sick man” in Asia are:

  • Malaysia was ranked No. 85 on Nov. 18, 2020 among nations with the most cumulative total of Covid-19 cases, but nearly seven months later, the country is ranked No. 39 — a jump of 46 places. Malaysia will be ranked No. 38 in a week’s time, overtaking Austria.
  • Malaysia is among the top ten countries with the most cases per million of population for the rolling average covering two weeks from 24th May to 6th June. The top ten countries are:
    1. Bahrain 2,307.1
    2. Uruguay 1,580.8
    3. Colombia 725.7
    4. Suriname 627.3
    5. Chile 558.2
    6. Kuwait 458.6
    7. Mongolia 440.8
    8. Malaysia 354.3
    9. Oman 316.2
    10. Namibia 244.9

Every loyal and patriotic Malaysian should be concerned about the worsening Covid-19 situation in Malaysia, when many countries with worse records in the past in the Covid-19 pandemic are turning a corner.

We have lost 3,536 lives to Covid-19 — how many of them are avoidable deaths if we had a better handling of the Covid-19 pandemic?’

This is why the Special Rulers’ Conference on the Covid-19 pandemic is most commendable and should be supported by all Malaysians.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 20th June 2021)


#kerajaangagal98 — Menyokong Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu yang akan bermesyuarat pada 16 Jun mengenai keadaan semasa Covid-19 kerana situasi penularan Covid-19 di Malaysia yang kian memburuk perlu mendapat perhatian semua rakyat Malaysia termasuk Raja-raja Melayu

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu yang akan diadakan pada 16 Jun bagi membincangkan keadaan semasa wabak Covid-19 yang dianjur oleh Yang di-Pertuan Agong wajar mendapat sokongan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau politik, kerana keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia semestinya memerlukan keprihatinan kita semua, termasuk Raja-raja Melayu.

Pada tahun pertama wabak Covid-19 mengganas, kita semua bersetuju bahawa negara-negara terburuk dalam menangani wabak Covid-19 adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis, Sepanyol, Brazil dan Mexico.

Tetapi jika rakyat Malaysia ditanya selepas lima bulan darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 untuk memerangi wabak Covid-19 tentang negara manakah yang mempunyai prestasi terburuk dalam menangani wabak Covid-19, mereka akan memikirkan Malaysia dan India.

Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis dan Sepanyol kini menunjukkan tanda-tanda akan pulih daripada gelombang wabak berkenaan.

Amerika Syarikat, negara yang paling teruk dilanda Covid-19 pada 2020, dengan jumlah kumulatif sebanyak 34.25 juta kes, yang menyaksikan peningkatan harian tertinggi sebanyak 305,044 kes pada 8 Januari 2021 dan puncak peningkatan kes kematian harian sebanyak 4,464 pada 12 Januari, telah menurun sebanyak 95.5% kepada 13,742 kes dan sebanyak 91.2% kepada 392 kematian pada 8 Jun 2021.

United Kingdom juga mengalami penurunan mendadak dalam peningkatan kes dan kematian baru setiap hari — menurun 91% dari kenaikan harian tertinggi 67,839 kes pada 8 Januari 2021 kepada 6,049 kes baru pada 8 Jun 2021 dan menurun sebanyak 99.3% dari puncak peningkatan harian sebanyak 1,823 kematian pada 20 Januari kepada 13 kematian pada 8 Jun 2021.

Itali, Perancis dan Sepanyol juga menyaksikan penurunan mendadak sekitar 90% dalam peningkatan kes baharu harian Covid-19 dan kematian akibat virus itu.

Malah India menyaksikan penurunan mendadak dalam kes dan kematian harian — jatuh dari puncak peningkatan kes harian sebanyak 414,433 kes pada 6 Mei kepada 87,345 kes pada 8 Jun (penurunan mendadak 79%) dan puncak peningkatan kes kematian harian sebanyak 4,525 pada 18 Mei kepada 2,213 kes kematian pada 8 Jun (penurunan ketara sebanyak 51.1%).

Malaysia bagaimanapun mencatatkan lonjakan kes, menetapkan rekod baru untuk peningkatan kes baharu harian Covid-19 (9,020 kes pada 29 Mei) dan peningkatan kes kematian baharu harian Covid-19 (126 kematian pada 2 Jun) — dengan amaran bahawa Malaysia diramal bakal mnecapai 13,000 kes setiap hari pada pertengahan Jun dan jumlah kematian 26,000 menjelang September.

Pemimpin paling buruk dalam menangani wabak Covid-19 tahun lalu adalah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Presiden Brazil Jair Bolsonaro dan Presiden Mexico Andres Manuel Lopex Obrador.

Tahun ini, Donald Trump sudah terkeluar dari senarai itu, dan digantikan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin.

Dua petunjuk mengapa Malaysia adalah negara terburuk di Asia:

  • Malaysia berada di kedudukan ke-85 pada 18 November 2020 antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi, namun kedudukan itu merosot tujuh bulan kemudian, negara kita kini berada di kedudukan ke-39 – naik 46 tangga. Malaysia dijangka akan berada di kedudukan ke-38 dalam tempoh seminggu untuk mengatasi Austria.
  • Malaysia adalah antara sepuluh negara teratas dengan jumlah kes per sejuta penduduk tertinggi selama dua minggu dari 24 Mei hingga 6 Jun. Sepuluh negara teratas adalah:
    1. Bahrain 2,307.1
    2. Uruguay 1,580.8
    3. Colombia 725.7
    4. Suriname 627.3
    5. Chile 558.2
    6. Kuwait 458.6
    7. Mongolia 440.8
    8. Malaysia 354.3
    9. Oman 316.2
    10. Namibia 244.9

Setiap rakyat Malaysia yang setia dan patriotik harus prihatin dengan keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia, ketika banyak negara yang sebelum ini teruk dilanda wabak itu kini menunjukkan tanda-tanda pulih.

Kita telah kehilangan 3,536 nyawa akibat Covid-19 — berapa banyak daripadanya adalah kematian yang dapat dielakkan sekiranya kita dapat menangani wabak Covid-19 dengan lebih baik?

Inilah sebabnya mengapa mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang akan diadakan bagi membincangkan situasi wabak Covid-19 di negara ini adalah suatu tindakan terpuji dan harus disokong oleh semua rakyat Malaysia.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 20 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.