#kerajaangagal97 — Learn from China and the United States on how to bring vaccine to the people rather than bring people to the vaccine to accelerate and complete the Malaysian national vaccination rollout by Malaysia Day on Sept. 16, 2021


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia must learn from China and the United States on how to accelerate and complete the national vaccination rollout by Malaysia Day on Sept. 16, 2021 by bringing vaccine to the people rather than people to the vaccine.

The Minister co-ordinating vaccines Khairy Jamaluddin has said that Malaysia breached its target of administering 150,000 daily Covid-19 vaccinations yesterday, comprising 105,722 for first doses and the remaining 45,587 receiving their second doses.

This is commendable but the national vaccination rollout is still too slow and tardy as only 3.5% of the population had been fully vaccinated and 7.7% of the population given one dose three-and-a-half months after the launch of the national immunization campaign in Malaysia.

Malaysia must learn from China and the United States on how to accelerate and complete the national vaccination rollout by Malaysia Day on Sept. 16, 2021.

In China, almost 800 million doses of Covid-19 vaccine had been administered for
China’s 1.4 billion population at the present daily rate of some 19 million doses administered a day.

Around the world, about 2.2 billion doses had been given, which means that China’s 800 million doses represent more than a third of the global shots.

China’s vaccination programme got off to a slow start but has picked up pace, and China is now inoculating people more than six times as fast as the United States did at its mid-April peak.

In Beijing, almost 80% of those age 18 and over have received one dose of a Covid-19 vaccine, bringing the Chinese capital close to the coveted goal of achieving herd immunity — but this is no surety that one is safe, as under the Covid-19 pandemic, no one is safe unless all are safe.

In the United States, President Biden has declared June a “national month of action” on the coronavirus pandemic, urging Americans to get vaccinated and emphasizing the proven safety of the shots.

Biden has set a goal of getting at least one shot into the arms of 70 per cent of the country’s adults by July Fourth.

As part of this effort, the White House unveiled an array of incentives, including free food delivery, baseball tickets, Xboxes and chances to win cruise tickets, groceries for a year and free airline tickets.

In China, different cities and institutions have also deployed different tactics including freebies to encourage vaccination.

The National Immunisation Programme (NIP) should be brave and creative to encourage maximum vaccination, as United Kingdom, which has one of the world’s highest vaccination rates, is a good example where its Covid-19 deaths have dropped to zero one day last week and to one new death case yesterday.

The NIP should create and invent news ways and methods in line with the principle to bring vaccine to the people rather than to bring the people to the vaccine to ensure the highest rate of vaccination against the coronavirus.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 9th June 2021)


#kerajaangagal97 — Belajar daripada China dan Amerika Syarikat tentang bagaimana untuk membawa vaksin kepada rakyat dan bukannya membawa rakyat kepada vaksin, untuk mempercepatkan pelaksanaan program imunisasi kebangsaaan menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021

Malaysia perlu belajar daripada China dan Amerika Syarikat tentang bagaimana untuk membawa vaksin kepada rakyat dan bukannya membawa rakyat kepada vaksin, untuk mempercepatkan pelaksanaan program imunisasi kebangsaaan menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021.

Menteri Koordinasi Vaksin Khairy Jamaluddin telah mengatakan yang Malaysia telah melepasi sasaran mengedarkan 150,000 dos vaksin semalam, dengan 105,722 dos pertama dan 45,587 dos kedua diberikan semalam.

Perkara ini patut dipuji, tetapi kadar vaksinasi kita masih terlalu perlahan memandangkan hanya 3.5% populasi kita telah menerima vaksinasi penuh manakala hanya 7.7% populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, selepas tiga bulan setengah program vaksinasi kita bermula.

Kita perlu belajar daripada Amerika Syarikat dan China tentang bagaimana kita dapat mempercepatkan program vaksinasi ini supaya ia dapat dilengkapkan menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021.

Di China, hampir 800 juta dos vaksin Covid-19 telah diedarkan kepada populasi negara tersebut yang berjumlah 1.4 bilion orang, pada kadar 19 juta dos sehari.

Di seluruh dunia, kira-kira 2.2 bilion dos telah diedarkan, ini bermakna, 800 juta dos di China ini merangkumi kira-kira sepertiga jumlah dos yang telah diedarkan di seluruh dunia.

Program vaksinasi di China bermula perlahan tetapi kini telah memecut pantas dan China kini sedang mengedarkan vaksin pada kadar enam kali ganda lebih laju berbanding dengan Amerika Syarikat pada pertengahan bulan April.

Di Beijing, hampir 80% mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, membawa ibu negara China tersebut semakin dekat dengan imuniti kelompok — tetapi perkara ini bukanlah jaminan keselamatan kepada semua orang kerana dengan wabak ini, tidak ada sesiapa pun yang selamat melainkan semua orang selamat daripadanya.

Di Amerika Syarikat, Presiden Biden telah mengisytiharkan bulan Jun sebagai “bulan tindakan kebangsaan” ke atas wabak koronavirus ini, menggesa rakyat Amerika untuk pergi mendapatkan suntikan vaksin dan menekankan keselamatan suntikan ini.

Biden telah menetapkan sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus populasi dewasa di AS telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan menjelang 4 Julai.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Rumah Putih telah mengumumkan pelbagai bentuk insentif, termasuklah penghantaran makanan secara percuma, tiket sukan bola keranjang, peranti permainan Xbox, dan peluang untuk memenangi tiket pelayaran, bekalan barang runcit selama setahun, dan tiket penerbangan percuma.

Di China, pelbagai bandar dan institusi juga telah menggunakan pelbagai cara, termasuklah memberikan saguhati untuk menggalakkan vaksinasi.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) patut bersifat berani dan kreatif untuk menggalakkan penerimaan vaksinasi seluas mungkin. Kita dapat lihat United Kingdom, yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi di dunia, sebagai satu contoh baik di mana kadar kematian akibat wabak Covid-19 telah turun kepada sifar pada satu hari di minggu lepas, dan negara tersebut hanya mencatatkan satu kematian semalam.

PICK patut mencipta cara baharu yang selari dengan prinsip membawa vaksin kepada rakyat, dan bukannya menyuruh rakyat mencari vaksin, untuk memastikan kita dapat menyaksikan kadar vaksinasi yang tinggi terhadap koronavirus ini.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 9 Jun 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.