#kerajaangagal80 — Call on all Malaysians to unite as one people to be disciplined, to avoid the 3Cs and practise the 3Ws, so that the MCO 3.0 is the last MCO in Malaysia in the war against Covid-19 pandemic and prove that we can learn from the United States and India to become a better performing nation after being a failure in Covid-19 pandemic


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I could not believe my eyes when I checked the world-o-meter table for the Covid-19 cases for each country yesterday.

The United States, which was the world’s worst nation in the Covid-19 pandemic for over a year as to have a cumulative total of over 34 million cases and over 600,000 fatalities, was recording a daily increase of over 100,000 new Covid-19 cases for three months and a daily fatality of over 2,000 deaths also for three long months.

It reached its daily peak of new Covid-19 cases on January 8, 2021 when it registered 304,248 cases and its daily peak of fatalities on 12th January 2021 when it registered 4,482 deaths.

Yesterday, the United States registered a daily increase of 7,750 cases — a drop of 97.5% from its peak of 304,248 cases on January 8, and a daily increase of 124 new
Covid-19 deaths — a drop of 97.3% from its peak of 4,482 deaths on 12th January 2021!

Even India, which took over United States’ place as the worst performing state in the Covid-19 pandemic in the last two months, is turning the corner as far as daily increase of new Covid-19 cases is concerned, although it daily Covid-19 fatalities are still high exceeding 3,000 deaths since April 27.

Yesterday, India reported a daily increase of 153,485 cases — a 63% drop from its peak of 414,433 new daily cases 24 days ago on May 6. India registered 3,129 Covid-19 deaths yesterday.

The United States is now the eighth country with the highest daily increase of new Covid-19 cases, while Malaysia is ranked No. 11.

Tomorrow, the full-lockdown of MCO 3.0 goes into force, and there is gloom and doom in Malaysia;

I call on all Malaysians to unite as one people to be disciplined, to avoid the 3Cs and practise the 3Ws — avoid Crowded places, Close-contact settings and Confined and enclosed spaces; while Wear a mask, Wash hands and heed the Warning to avoid close contact, practise proper cough etiquette, frequent disinfection and seek medical help if symptomatic — so that the MCO 3.0 is the last MCO in Malaysia in the war against Covid-19 pandemic and prove that we can learn from the United States and India to become a better performing nation after being a failure in Covid-19 pandemic.

However, I agree with former Cabinet Minister Rafidah Aziz and the president of the Federation of Private Medical Practitioners’ Associations (FPMPAM), Dr. Steven Chow that the acceleration of the ramping-up of the national vaccination rollout must be one the priorities, and the Minister co-ordinating vaccines, Khairy Jamaluddin, must get rid of his fixation with “mega” Covid-19 vaccination centres as the challenge is to get the vaccine to people especially in remote areas and not to get the people to the vaccine!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Kuala Lumpur on Monday, May 31, 2021)


#kerajaangagal80 — Seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan berdisiplin, mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W, supaya PKP 3.0 akan menjadi PKP terakhir di Malaysia dan membuktikan bahawa kita mampu mengambil teladan daripada Amerika Syarikat dan India untuk menjadi sebuah negara dengan prestasi yang lebih baik selepas melalui kegagalan membendung pandemik Covid-19

Sukar untuk saya percaya selepas melihat jadual world-o-meter kes Covid-19 untuk setiap negara semalam.

Amerika Syarikat, yang sebelum ini merupakan negara dengan prestasi terburuk dalam mengawal wabak Covid-19 sejak setahun lepas, selepas merekodkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 melebihi 34 juta dengan lebih 600,000 kematian, merekodkan kenaikan kes harian baharu Covid-19 melebihi 100,000 kes selama tiga bulan dan kematian harian melebihi 2,000 selama tiga bulan.

Amerika Syarikat mencapai puncak peningkatan harian kes baharu Covid-19 pada 8 Januari 2021 dengan 304,248 kes dan kemuncak kenaikan harian angka korban akibat wabak itu berlaku pada 12 Januari 2021 dengan 4,482 kematian.

Semalam, Amerika Syarikat merekodkan kenaikan harian sebanyak 7,750 kes — menurun sebanyak 97.5% dari puncak 304,248 kes pada 8 Januari, sementara 124 kematian baharu dicatatkan — menurun sebanyak 97.3% dari puncak 4,482 kematian pada 12 Januari 2021!

Malah India, yang mengatasi Amerika Syarikat sebagai negara terburuk dalam menangani pandemik Covid-19 dalam tempoh dua bulan lalu, menunjukkan prestasi yang semakin baik selepas merekodkan kenaikan kes baharu Covid-19 sebanyak 153,485 kes, meskipun kenaikan harian angka korban akibat Covid-19 masih tinggi mencecah paras 3,000 orang sejak 27 April.

Semalam, India melaporkan kenaikan kes harian sebanyak 153,485 kes — menurun 63% dari puncak kenaikan kes harian sebanyak 414,433 pada 24 hari lalu, 6 Mei. India merekodkan 3,128 kematian akibat Covid-19 semalam.

Amerika Syarikat kini merupakan negara kelapan dengan kenaikan harian kes baharu Covid-19 tertinggi, sementara Malaysia berada di kedudukan ke-11.

Esok, “full lockdown” PKP 3.0 akan mula dikuatkuasakan, dan suasana suram dan malapetaka semakin mencengkam di negara ini;

Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan berdisiplin, mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W. Elakkan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang tertutup (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation) serta mengamalkan 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn) — supaya PKP 3.0 akan menjadi PKP terakhir di Malaysia dan membuktikan bahawa kita mampu mengambil teladan daripada Amerika Syarikat dan India untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai prestasi yang lebih baik selepas melalui kegagalan membendung pandemik Covid-19

Bagaimanapun saya bersetuju dengan mantan Menteri Rafidah Aziz dan Presiden Persatuan Perubatan Persatuan Perubatan Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow Kim Weng bahawa kerajaan perlu memberikan keutamaan untuk mempercepatkan program imunisasi kebangsaan, dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin perlu melupakan rancangannya untuk mewujudkan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) mega kerana ia akan menyusahkan orang ramai terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar untuk mendapatkan vaksin.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin 31 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.