#kerajaangagal67 – Khairy should approve the two million doses of Covid-19 vaccine to Penang to give Yong Chee Kong a chance to redeem himself and deliver on his claim


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The minister-in-charge of Covid-19 vaccination, Khairy Jamaluddin should approve the two million doses of Covid-19 vaccine to Penang to give businessman Yong Chee Kong a chance to redeem himself and deliver on his claim.

Yesterday, Yong clarified that the formal letter on behalf of him to the Penang state government pledging to donate two million doses of Covid-19 vaccine was written by a staff member from his company and not by Penang DAP as he had said earlier and he made an apology over the matter.

Yong said that if he could get the approval letter from the government for the two million doses of Covid-19 vaccine, his “boss” was still willing to donate the vaccines to the people of Penang.

Let us cut the story short – give Yong a chance to redeem himself to deliver on his undertaking of getting two million doses of Covid-19 vaccine for the people of Penang, as he reiterated that that the donation was a “genuine offer” by his “boss” based in Hong Kong and “If we get the approval letter (from the government), we are still willing to donate the vaccines to the people of Penang”.

If Yong can do so, all the police reports against him could be dropped.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 25th May 2021)

==========================

#kerajaangagal67 — Khairy patut luluskan dua juta dos vaksin Covid-19 yang ingin disumbangkan oleh Yong Chee Kong kepada Pulau Pinang untuk membolehkan beliau memenuhi tawarannya sebelum ini

Menteri yang bertanggungjawab ke atas vaksinasi Covid-19, Khairy Jamaluddin perlu memberikan kelulusan kepada dua juta dos vaksin Covid-19 yang ingin disumbangkan oleh ahli perniagaan Yong Chee Kong kepada Pulau Pinang bagi membolehkan beliau menebus maruahnya semula dan memenuhi tawarannya sebelum ini.

Semalam, Yong menjelaskan bahawa surat rasmi yang ditulis bagi pihak beliau kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menawarkan untuk mendermakan dua juta dos vaksin Covid-19 tersebut ditulis oleh seorang kakitangan syarikat beliau, bukannya oleh DAP Pulau Pinang seperti yang dikatakannya sebelum ini, dan beliau memohon maaf mengenai kesilapan tersebut.

Yong berkata yang sekiranya beliau boleh mendapatkan surat kelulusan daripada kerajaan untuk dua juta dos vaksin Covid-19 ini, “bos” beliau masih terbuka untuk mendermakan vaksin tersebut kepada rakyat Pulau Pinang.

Janganlah kita panjangkan lagi perkara ini — berikan ruang kepada Yong untuk menebus maruah beliau dengan membolehkan beliau untuk memenuhi tawaran dua juta dos vaksin kepada rakyat Pulau Pinang ini, memandangkan beliau telah menekankan bahawa sumbangan ini adalah “tawaran tulen” daripada “bos” beliau yang berada di Hong Kong, dan “sekiranya kami dapat surat kelulusan (daripada kerajaan), kami masih terbuka untuk menyampaikan sumbangan ini kepada rakyat Pulau Pinang”.

Sekiranya Yong berjaya mengotakan tawaran ini, semua laporan polis terhadap beliau patut digugurkan.

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 25 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.