#kerajaangagal53 – Worst day in the 17-month Covid-19 pandemic, crashing through the 2,000-mark for fatalities and bringing forward the day the half-million mark for cumulative total of Covid-19 cases will be reached by May 22 while United States, the world’s worst nation with most Covid-19 cases, declared it was winning the “war against the virus”


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Yesterday was the worst day for Malaysia in the 17-month Covid-19 pandemic, crashing through the 2,000-mark for Covid-19 fatalities and bringing forward the day when the half-million mark for cumulative total of Covid-19 cases will be reached by May 22 while United States, the worst nation with the most Covid-19 cases and fatalities, declared it was winning the “war against the virus”.

Why is the United States “winning the war against Covid-19” while we in Malaysia are losing the war?

For the eighth consecutive day, Malaysia’s daily increase of new Covid-19 cases exceeded that of Indonesia, with Malaysia reporting 6,075 cases while Indonesia reported 4,871 cases yesterday.

Even India has fallen from the peak of 414,433 cases on May 6 to 274,030 on May 19 – a sharp drop of 34% in a matter of a fortnight.

Malaysia’s daily increase of new Covid-19 cases yesterday crashed through two barriers in one go, the 5,000-mark and the 6,000-mark, establishing a new record for daily increase of new Covid-19 cases.

Are we going to fulfil the forecast of the Health Ministry’s revised modelling last Wednesday of more than 8,000 new Covid-19 cases a day by June?

Yesterday in the United States, Covid-19 cases were down in all 50 US states for the first time since the pandemic began, causing the senior White House Covid-19 adviser, Andy Slavitt to declare that America was “winning the war on the virus.”

“And we need you to help us finish the job,” he added.

But the truth is that, despite the drop in cases, the pandemic is far from over. Not around the world, and not in the US. The virus is still killing around 600 people in the US and 12,458 people in the world every day, based on the average numbers for the past week, according to Johns Hopkins University data.

But the unprecedentedly large number of Covid-19 cases and deaths have debunked any claim of success of the strategy in the war against Covid-19 pandemic, as they further confirm the utter failure of the war strategy against the Covid-19 pandemic and the emergency declared on January 12, 2021.

Yesterday, the Finance Minister, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz asked the people to place their trust in the government managing the RM5 billion funds from National Trust Fund (Kwan) which the government had tapped to cover the Covid-19 vaccination programme.

What Tengku Zafrul and the bloated Cabinet should realise is that the Muhyiddin government had dissipated whatever public trust and confidence the people had in it in the early days of the Sheraton Move conspiracy, which ushered in a backdoor, undemocratic and illegitimate government, because of the Muhyiddin government’s numerous Covid-19 SOP flip-flops and double standards as well as rank abuses of power and kakistocracy.

Otherwise, the wisecracks of a wag “MCO – Making Confusing Orders; CMCO – Continue Making Confusing Orders; EMCO – Even More Confusing Orders; RMCO – Repeatedly Making Confusing Orders” will not have become such a rage on the social media.

What has added insult to injury is that the National Immunisation Plan is so slow and tardy, slower than Indonesia, as after three months of the vaccination rollout, only 2.4% of Malaysians had been fully vaccinated while only 3.9% of Malaysians had received one dose of the vaccine.

The most important thing to win the war against Covid-19 pandemic is to restore the people’s trust and confidence in the strategy in the war against the Covid-19 pandemic as public trust and confidence in the Muhyiddin government has become such a scarce commodity.

I have made two suggestions to deal with the unprecedented deficit in public trust and confidence in Muhyiddin government in the war against Covid-19i pandemic:

Firstly, convene Parliament to establish a parliamentary united front in the war against Covid-19 pandemic where there will be no “no-confidence” motion and to spearhead a “whole-of-society” national mobilisation of Malaysians to restore the country to normalcy; and

Secondly, end all SOP flip-flops and double standards, including an end to all police investigations into the groups of youths who gathered in front of Parliament on
April 30 protesting against the suspension of Parliament and the group of youths who held a protest in Parit Raja, Batu Pahat on May 12 and unfurled a large banner with the words “#kerajaangagal”.

Also end all repression and harassment of journalists, protest leader and various other critics of the government.

Is Muhyiddin capable of a new start in the war against the Covid-19 pandemic?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 20th May 2021)

============================

#kerajaangagal53 – Hari terburuk dalam 17 bulan pandemik Covid-19, menembusi angka 2,000 untuk kematian dan mengejar angka setengah juta kes Covid-19 terkumpul yang mungkin akan dicapai pada 22 Mei sementara Amerika Syarikat, negara terburuk di dunia dengan kes Covid-19 terbanyak, mengisytiharkan bahawa mereka telah menang dalam “perang melawan virus”

Semalam adalah hari terburuk dalam 17 bulan pandemik Covid-19, menembusi angka 2,000 untuk kematian dan mengejar angka setengah juta kes Covid-19 terkumpul yang mungkin akan dicapai pada 22 Mei sementara Amerika Syarikat, negara terburuk di dunia dengan kes Covid-19 terbanyak, mengisytiharkan bahawa mereka telah menang dalam “perang melawan virus”.

Mengapa Amerika Syarikat isytihar “kemenangan dalam perang melawan Covid-19” sedangkan kita di Malaysia tewas?

Untuk hari kelapan berturut-turut, peningkatan harian kes baharu Covid-19 di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Indonesia, dengan Malaysia melaporkan 6,075 kes sementara Indonesia melaporkan 4,871 kes semalam.

Bahkan India telah mencatatkan penurunan daripada 414,433 kes pada 6 Mei kepada 274,030 pada 19 Mei – penurunan mendadak sebanyak 34% dalam masa dua minggu.

Peningkatan harian kes baharu Covid-19 di Malaysia semalam melintasi dua jumlah besar sekaligus, iaitu 5,000 dan 6,000 kes, mencipta rekod baru bagi kes baharu Covid-19.

Adakah ramalan Kementerian Kesihatan pada hari Rabu lalu bahawa kita akan merekodkan lebih 8,000 kes Covid-19 pada bulan Jun akan benar-benar menjadi kenyataan?

Semalam di Amerika Syarikat, kes Covid-19 mencatatkan penururan di semua 50 negeri di negara itu untuk pertama kalinya sejak wabak itu tercetus, menatijahkan kenyataan oleh penasihat kanan White House Covid-19, Andy Slavitt yang mengisytiharkan bahawa Amerika telah “memenangi perang terhadap virus tersebut.”

“Dan kami memerlukan anda untuk membantu kami menyelesaikan tugas ini,” tambahnya.

Pun begitu, walaupun berlaku penurunan kes, pandemik masih belum reda. Tidak di seluruh dunia, bahkan tidak di AS. Virus ini masih membunuh sekitar 600 orang di AS dan 12,458 orang di dunia setiap hari, berdasarkan jumlah purata selama seminggu terakhir, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Tetapi sejumlah besar kes dan kematian Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya telah menunjukkan kegagalan kerajaan dalam menerapkan strategi yang tepat dalam perang melawan pandemik Covid-19, kerana mereka akhirnya mengakui kegagalan mereka dan disusuli dengan pengisytiharan darurat pada 12 Januari 2021.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meminta rakyat untuk menaruh kepercayaan kepada kerajaan dalam menguruskan dana RM5 bilion dari Tabung Amanah Negara (Kwan) yang telah digunakan oleh kerajaan untuk membiayai program vaksinasi Covid-19.

Apa yang harus disedari oleh Tengku Zafrul dan Kabinet adalah bahawa kerajaan Muhyiddin telah hilang kepercayaan dan keyakinan masyarakat ketika awal-awal konspirasi Langkah Sheraton digerakkan, yang seterusnya membentuk sebuah kerajaan pintu belakang, tidak demokratik dan tidak sah, dengan pelbagai dasar flip-flop dan dwistandard dalam pelaksanaan SOP Covid-19 selain penyalahgunaan kuasa dan kakistokrasi.

Jika tidak, pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPD tentu tidak akan menimbulkan kemarahan netizen di media sosial yang dengan kreatif menjadikan pengumuman pelaksanaan perintah tersebut sebagai bahan jenaka.

Menambah garam ke luka, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bergerak sangat lambat dan perlahan berbanding Indonesia, kerana setelah tiga bulan pelancaran program pemberian vaksin, hanya 2.4% rakyat Malaysia telah divaksinasi sepenuhnya sementara hanya 3.9% rakyat Malaysia yang menerima satu dos vaksin.

Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan kerajaan untuk berjaya dalam perang melawan pandemik Covid-19 adalah dengan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap strategi yang diterapkan kerajaan dalam perang melawan pandemik Covid-19 kerana kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap kerajaan Muhyiddin telah merosot dengan begitu ketara.

Saya telah memberikan dua cadangan untuk menangani defisit kepercayaan dan keyakinan masyarakat yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap kerajaan Muhyiddin dalam perang melawan pandemik Covid-19:

Pertama, mengadakan sidang Parlimen untuk menjadikan Parlimen sebagai barisan hadapan dalam perang melawan pandemik Covid-19 di mana tidak akan ada gerakan “undi tidak percaya” di Parlimen dan untuk menerajui gerakan nasional dalam menerapkan strategi “keseluruhan masyarakat” supaya negara dapat kembali kepada keadaan sedia kala; dan

Kedua, menamatkan semua dasar flip-flop dan dwistandard dalam pelaksanaan SOP, termasuk menghentikan semua siasatan polis terhadap kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan Parlimen pada 30 April bagi memprotes penggantungan Parlimen dan kumpulan anak muda yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Parit Raja, Batu Pahat pada 12 Mei dan mengangkat sepanduk besar dengan tulisan “#kerajaangagal”.

Tamatkan juga semua penindasan dan gangguan terhadap wartawan, pemimpin protes dan pengkritik kerajaan.

Adakah Muhyiddin mampu mengorak langkah baharu dalam perang melawan pandemik Covid-19?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 20 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.