#kerajaangagal48 – Has Muhyiddin forgotten his objective nine years ago when he was Education Minister for Malaysia become a “wonder nation”?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Has the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin forgotten his objective nine years ago when he was Education Minister for Malaysia to become a “wonder nation”?

Otherwise, why was there no reference to this objective in his message in conjunction with the 50th Teachers’ Day celebration yesterday?

Can Muhyiddin declare whether his objective remain to make Malaysia a “wonder nation” or he has long given up on this objective?

In his Teachers’ Day message yesterday, Muhyiddin talked about everything from the concept of learning to be relevant at any time and place in line with the new normal instead of being confined within the four walls of a room to the globalisation of education – but there was not a single reference to what he said nine years ago to transform Malaysia into a “wonder nation” when he launched the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 in September 2012.

At that time, he wanted Malaysia to become a “wonder nation” and to make the quantum jump from the bottom third to top third of 2021 PISA (Programme for International Assessment) tests of OECD.

Muhyiddin should know of the saying “the proof is in the pudding”, as the ”wonder nation” is another of Muhyiddin’s many “pudding failures”.

What is more mortifying is that Muhyiddih paid RM20 million to foreigners to draft the Malaysian Education Blueprint 2013-2025 and the coinage of the phrase “wonder nation” for his launching speech.

A decade later, Malaysia has slipped further in human capital development to the extent that multinational companies (MNCs) are less keen to employ local engineers who had graduated from local public universities, preferring graduates from Philippines, Vietnam, Thailand and even Indonesia.

They say local graduate engineers fall below their requirement, viz:

i. they cannot perform their tasks well;

ii. they will need more training on the job (which will cost time and money);

iii. its more a nuisance to hire them, especially when engineers from nearby ASEAN countries can perform better.

We have also slipped in the world competitiveness ranking from No. 22 in 2019 to No. 27 in 2020. Our ranking in the 2021 world competitiveness report is likely to be even worse!

In fact, Malaysians have never felt so small, as recently Indonesian government even cited Malaysia in the same breath as India in its warning to Indonesians as the two nations not to be emulated in the mishandling of Covid-19 pandemic and that they should stay home and to take precautions on Covid-19 in the Hari Raya Aidilfitri holidays!

Can Malaysia turn around from this trajectory towards a kakistocracy and a failed state?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 17th May 2021)


#kerajaangagal48 — Adakah Muhyiddin telah lupa cita-cita beliau sembilan tahun yang lalu untuk Malaysia menjadi sebuah “negara hebat”?

Adakah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lupa kepada cita-cita beliau sembilan tahun yang lalu semasa beliau merupakan Menteri Pendidikan untuk negara kita menjadi sebuah “negara hebat”?

Jika tidak, mengapakah perkara ini tidak disebut beliau dalam perutusan sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan ke-50 semalam?

Bolehkah Muhyiddin menjelaskan sama ada cita-cita ini masih hidup atau sama ada beliau telah lama berputus asa dengannya?

Dalam perutusan Hari Guru beliau semalam, Muhyiddin berkata mengenai pelbagai perkara, daripada konsep pendidikan untuk sentiasa relevan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat dan tidak lagi terkongkong dengan empat dinding bilik darjah, selari dengan norma baharu kehidupan, kepada globalisasi pendidikan — namun beliau langsung tidak menyentuh mengenai apa yang dikatakan sembilan tahun lalu untuk mengubah Malaysia menjadi “negara hebat” semasa pelancaran Rancangan Tindakan Pendidikan 2013 – 2025 pada bulan September 2012.

Pada masa itu, beliau mahu Malaysia menjadi “negara hebat” dan melompat daripada golongan ketiga terbawah ujian PISA (Program Penilaian Antarabangsa) 2021 OECD kepada ketiga teratas.

Muhyiddin perlu sedar, buktinya perlulah dapat dilihat, dan “negara hebat” ini adalah satu lagi bukti kegagalan beliau.

Apa yang lebih memalukan akan hakikat di mana Muhyiddin telah membayar RM20 juta kepada pihak asing untuk datang dengan idea “negara hebat” dan merangka Rancangan Tindakan Pendidikan 2013 – 2025 beliau ini.

Sedekad kemudian, negara kita terus ketinggalan di belakang dari segi pembangunan modal insan sehinggakan syarikat-syarikat antarabangsa tidak berminat untuk mengupah jurutera keluaran universiti tempatan, sebaliknya memilih siswazah daripada Filipina, Vietnam, Thailand, dan juga Indonesia.

Mereka mengatakan jurutera siswazah tempatan tidak memenuhi keperluan mereka kerana:

i. Mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik;

ii. Mereka memerlukan lebih banyak latihan (yang memakan kos dan wang);

iii. Lebih menyusahkan untuk menggajikan mereka ini apabila terdapat jurutera daripada ASEAN yang boleh bekerja dengan lebih baik.

Kita juga telah terus terkebelakang dari segi daya saing di peringkat antarabangsa, dari tempat ke-22 pada tahun 2019 kepada tempat ke-27 pada tahun 2020. Kedudukan kita pada tahun 2021 dijangkakan akan menjadi lebih buruk!

Malah, rakyat Malaysia tidak pernah berasa semalu sekarang ini, sehingga baru-baru ini kerajaan Indonesia menggunakan negara kita bersama dengan India sebagai contoh negara yang gagal menguruskan wabak ini dengan baik dalam memberikan amaran kepada rakyatnya untuk terus kekal di rumah dan berjaga-jaga dengan wabak Covid-19 semasa tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri!

Bolehkah Malaysia mengubah hala tuju kakistokratik ini kepada yang lebih baik?

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 17 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.