#kerajaangagal36 – I would have suggested that Form V student Ain Husniza Saiful Nizam should be nominated Senator to articulate the voice of youths in Senate if this is not barred by the Malaysian Constitution which requires a Senator to be at least 30 years old


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I would have suggested that Form V student Ain Husniza Saiful Nizam should be nominated Senator to articulate the voice of youths in Senate if this is not barred by the Malaysian Constitution which requires a Senator to be at least 30 years old.

The Malaysian Constitution in this regard needs to be amended to keep abreast with changing times but this is another story.

It is indeed shocking that there are plans afoot to expel Ain Husniza from her school, SMK Puncak Alam. If this is allowed, it would be to the infamy and ignominy of the Education Minister, Radzi Jidin and the Prime Minister, Muhyiddin Yassin.

Have they heard of Greta Thunberg?

For Muhyddin and Radzi’s information, Thunberg is a 18-year-old Swedish environmental activist who is internationally known for challenging world leaders to take immediate action for climate change mitigation.

This is what Wikipedia said about Thunberg:

“Thunberg’s activism started after persuading her parents to adopt several lifestyle choices to reduce their own carbon footprint. In August 2018, at age 15, she started spending her school days outside the Swedish Parliament to call for stronger action on climate change by holding up a sign reading Skolstrejk för klimatet (School strike for climate).

“Soon other students engaged in similar protests in their own communities. Together they organised a school climate strike movement under the name Fridays for Future.

“After Thunberg addressed the 2018 United Nations Climate Change Conference, student strikes took place every week somewhere in the world. In 2019, there were multiple coordinated multi-city protests involving over a million students each.

“To avoid flying, Thunberg sailed to North America where she attended the 2019 UN Climate Action Summit. Her speech there, in which she exclaimed ‘how dare you’, was widely taken up by the press and incorporated into music.

“Her sudden rise to world fame has made her both a leader and a target for critics, especially due to her age. Her influence on the world stage has been described by The Guardian and other newspapers as the ‘Greta effect’.

“She received numerous honours and awards, including an honorary Fellowship of the Royal Scottish Geographical Society, inclusion in Time’s 100 most influential people, being the youngest Time Person of the Year, inclusion in the Forbes list of The World’s 100 Most Powerful Women (2019), and three consecutive nominations for the Nobel Peace Prize (2019–2021).”

Could Malaysia produce a Greta Thunberg?

The answer is in the negative if Ain Husniza is expelled for speaking up against injustices and wrongs perpetrated against students and campaigning to make schools a safe place for students.

Radzi has already failed miserably in failing to exercise leadership in both cases of period spot checks and lewd ,jokes by teachers in class for the past three weeks.

If Ain Husniza is expelled, it would be a grave dishonour to Radzi and the Prime Minister as the government would have failed to provide children with quality education in a safe environment of learning that actively promotes values of respect for all persons and non-violence.

Already, Ain Husniza’s case has been complicated by repulsive comments on the Facebook purportedly by her own principal, describing her as “anak setan”.

I had wanted to suggest that Ain Husniza should be nominated a Senator so that she could inform the Senate and the nation about the aspirations of the young people in Malaysia until I am reminded of Article 47 (a) of the Malaysian Constitution which requires a Senator to be “not less than 30 years old”.

According to available statistics, over 43% or about 14 million Malaysians are below 25 years of age. It would be good for the Senate and the nation to hear from
Ain Husniza on the aspirations and concerns of Malaysians below 25 years.

It is a most ludicrous situation that a 18-year-old Malaysian can stand for election as a Member of Parliament in the Dewan Rakyat, and to cast his or her vote in general elections, but if below 30 years of age, he or she cannot be a member of the Senate.

President Biden has just appointed 18-year-old climate change activist Jerome Foster II, to be a member of his White House Environmental Justice Advisory Council, a move which the media has hailed as ”From protestor to climate policy maker”.

It is time that we give Malaysian youths of today not only more voice, but more influence and power in public policy formulation and implementation – and the last thing that should happen is the expulsion of Ain Husniza for speaking up against lewd jokes by teachers in class!

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 11th May 2021)

===========================

#kerajaangagal36 — Saya akan mencadangkan supaya pelajar Tingkatan 5 Ain Husniza Saiful Nizam dicalonkan sebagai Senator untuk mewakili suara golongan belia di Dewan Negara sekiranya perkara ini tidak dihalang oleh Perlembagaan Malaysia yang memerlukan seorang Senator untuk berumur sekurang-kurangnya 30 tahun

Saya akan mencadangkan supaya pelajar Tingkatan 5 Ain Husniza Saiful Nizam dicalonkan sebagai Senator untuk mewakili suara golongan belia di Dewan Negara sekiranya perkara ini tidak dihalang oleh Perlembagaan Malaysia yang memerlukan seorang Senator untuk berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

Dalam perkara ini, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk mengikuti perubahan zaman, tetapi perkara ini adalah cerita lain yang memerlukan masanya sendiri.

Amat mengejutkan bahawa terdapat rancangan untuk membuang Ain Husniza dari sekolahnya, SMK Puncak Alam. Sekiranya perkara ini berlaku,ia adalah satu perkara yang amat memalukan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Adakah mereka pernah mendengar tentang Greta Thunberg?

Untuk makluman Muhyddin dan Radzi, Thunberg adalah seorang aktivis alam sekitar Sweden berusia 18 tahun yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana mencabar pemimpin dunia untuk mengambil tindakan segera untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

Inilah yang dikatakan oleh Wikipedia mengenai Thunberg:

“Aktivisme Thunberg bermula selepas beliau meyakinkan orang tuanya untuk mengubah beberapa pilihan gaya hidup untuk mengurangkan kesan karbon mereka sendiri. Pada bulan Ogos 2018, pada usia 15 tahun, beliau mula meluangkan hari persekolahannya di luar Parlimen Sweden untuk menggesa tindakan yang lebih proaktif terhadap perubahan iklim dengan mengangkat tanda membaca Skolstrejk för klimatet (Mogok sekolah untuk iklim).

“Tidak lama kemudian pelajar lain turut melakukan tunjuk perasaan yang serupa di komuniti mereka sendiri. Bersama-sama mereka menganjurkan gerakan mogok iklim sekolah dengan nama Fridays for Future.

“Selepas Thunberg memberikan ucapan pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018, mogok pelajar berlaku setiap minggu di sesuatu tempat di dunia. Pada tahun 2019, terdapat banyak tunjuk perasaan di pelbagai bandar yang diselaraskan yang melibatkan lebih dari satu juta pelajar.

“Untuk mengelakkan perjalanan melalui kapal terbang, Thunberg berlayar ke Amerika Utara di mana beliau menghadiri Sidang Kemuncak Tindakan Iklim PBB 2019. Pidatonya di sana, diterima baik oleh media malah dimasukkan ke dalam muzik.

“Kemunculannya secara tiba-tiba menjadi terkenal di dunia telah menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin dan juga sasaran pengkritik, terutamanya kerana usianya. Pengaruhnya di pentas dunia telah digambarkan oleh The Guardian dan akhbar lain sebagai ‘kesan Greta’.

“Beliau telah menerima banyak penghormatan dan penghargaan, termasuklah dilantik sebagai Felo Kehormat Royal Scottish Geographical Society, tergolong dalam 100 individu paling berpengaruh Time, menjadi Time Person of the Year termuda tahun ini, tergolong dalam senarai 100 Wanita Paling Berpengaruh di Dunia Forbes (2019 , dan tiga pencalonan berturut-turut untuk Hadiah Nobel Keamanan (2019–2021). ”

Bolehkah Malaysia menghasilkan Greta Thunberg kita?

Jawapannya adalah tidak, jika Ain Husniza diusir kerana bersuara menentang ketidakadilan dan kesalahan yang dilakukan terhadap pelajar dan berkempen untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk pelajar.

Radzi telah gagal dengan teruk untuk menunjukkan kepimpinan dalam kedua-dua kes pemeriksaan mengejut kitaran haid dan lawak lucah yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah yang timbul dalam tiga minggu yang lepas ini.

Sekiranya Ain Husniza dibuang sekolah, perkara ini akan menjadi satu penghinaan besar terhadap Radzi dan Perdana Menteri kerana kegagalan mereka untuk memastikan para pelajar menerima pendidikan yang berkualiti dalam suasana yang selamat yang menggalakkan nilai-nilai saling menghormati kepada semua insan.

Sekarang pun, kes Ain Husniza telah ditambah berat dengan komen menjijikkan di Facebook terhadapnya, yang didakwa datang daripada pengetua sekolah beliau sendiri yang menggambarkan beliau sebagai “anak setan”.

Saya ingin mencadangkan agar Ain Husniza dicalonkan sebagai Senator supaya beliau dapat menyampaikan aspirasi golongan muda dalam negara kepada Dewan Negara dan seluruh negara, namun saya teringat kepada Perkara 47(a) Perlembagaan yang memerlukan Senator untuk berusia “tidak kurang dari 30 tahun”.

Menurut statistik yang ada, lebih daripada 43% atau sekitar 14 juta rakyat Malaysia berumur di bawah 25 tahun. Adalah baik bagi Dewan Negara dan negara kita untuk mendengari aspirasi dan kebimbangan golongan muda dalam negara.

Menjadi satu keadaan yang sangat tidak masuk akal apabila seorang rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun boleh bertanding sebagai calon Ahli Dewan Rakyat, dan mengundi, tetapi sekiranya beliau berusia di bawah 30 tahun, beliau tidak layak menjadi Ahli Dewan Negara.

Presiden Biden baru saja melantik aktivis perubahan iklim berusia 18 tahun, Jerome Foster II, untuk menjadi anggota Majlis Penasihat Keadilan Alam Sekitar kerajaannya, suatu langkah yang disambut oleh media sebagai “dari seorang penunjuk perasaan kepada perangka dasar iklim”.

Sudah tiba masanya kita memberi belia di Malaysia hari ini bukan hanya lebih banyak ruang bersuara, tetapi lebih banyak pengaruh dan kekuatan dalam perumusan dan pelaksanaan dasar awam — dan perkara terakhir yang perlu berlaku adalah pengusiran Ain Husniza dari sekolah beliau kerana bersuara melawan lawak lucah oleh guru dalam bilik darjah!

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 11 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.