#kerajaangagal16 – Musa Hassan should know that just because a wrong was committed in the past, it should not be allowed to continue and the simple truism that two wrongs do not make a right


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I do not know what the former Inspector-General of Police, Tan Sri Musa Hasan is trying to do or say.

He said there was nothing new in politicians interfering with police affairs as it has happened even during his tenure as Inspector-General of Police which disrupted police operations.

He told Utusan Malaysia:

“During my time, there were politicians who asked the police to release their gang members and there were also those who gave instructions to state police chiefs without my knowledge.

“These political interferences in investigations have occurred to the point it disrupted investigations.”

Musa Hassan had failed as Inspector-General of Police in not stopping such political interference with police functions, which explained why the Royal Malaysian Police failed to become an independent, professional and world-class police force under him as IGP from 2006 to 2010 and before 2006 when he was Deputy IGP.

If Musa had acted against such abuses and malpractices when he was Deputy IGP and IGP or at least spoken up like Hamid Bador had done, it would not have taken such a long time for the Malaysian Police to become an efficient, ethical, independent, professional and world-class police force.

Let Musa declare whether he agrees that it is a gross abuse of power and even unconstitutional for the Chairman of the Police Force Commission, who is the Home Minister Hamzah Zainuddin, to usurp the powers and duties of the IGP to decide on the appointment of senior police officers.

Musa Hassan should know that just because a wrong was committed in the past, it should not be allowed to continue and the simple truism that two wrongs do not make a right.

One reason why Malaysia cannot fulfil the Malaysian Dream of Malaysia as a world-class great nation and was in decline and regression in the last half a century, with one country after another overtaking us, was because top office-holders were oblivious to such simple truths.

Was Musa Hassan’s appointment as IGP had anything to do with such abuses of power and political interference?

I may be wrong, but Musa’s greatest achievement in his whole life was the unforgettable image he gave to Malaysians of a semen-stained mattress being carried in and out of court every day during Anwar Ibrahim’s first trumped-up trial for sodomy in 1998.

It is a special irony that during his time as IGP and Deputy IGP, we had a Prime Minister who started his premiership with flying colours, setting up a Royal Commission of Inquiry on Police Reforms, chaired by former Chief Justice, Tun Dzaiddin and with the former IGP, Tun Hanif Omar as deputy chairmen.

It was this Royal Commission which proposed in 2014 which recommended the establishment of an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).

If the IPCMC had been set up, A. Ganapathy would not have died in police custody, as the IPCMC was proposed to end deaths in police custody.

Now, Ganapathy’’s family lawyer K Ganesh said a reward RM10,000 for any information that leads to the arrest and conviction of those responsible for Ganapathy’s death, whether directly or indirectly.

The reward was being put up by an anonymous contributor who was allegedly once a victim of police brutality too.

Looking back, Musa cannot deny his major role in leading the police to oppose the IPCMC proposal, until it is still not implemented after 17 years.

The Pakatan Harapan Government was on the verge of setting up the IPCMC when it was toppled from power by the Sheraton Move conspiracy which ushered in an incompetent, backdoor, undemocratic, kakistocratic and illegitimate government.

Does Musa regret leading the police opposition to the IPCMC when he was Deputy IGP and later IGP for four years, as it would be a major step in transforming the Royal Malaysian Police into an independent, professional and world-class police force?

Does Musa agree that the entire Muhyiddin Cabinet should now read or re-read the Royal Commission Report on Police Reforms and its 125 recommendations which was presented to the Yang di Pertuan Agong on April 29, 2005?

Let us all be reminded of the following two findings of the Police Royal Commission:

· “Compliance with prescribed laws and human rights standards. Malaysian law generally complies with the fundamental freedoms enshrined in the Federal Constitution and police procedures laid down in the Inspector-General Standing Orders (IPSO) also generally conform to human rights requirements. However, the Commission’s findings are that there is extensive and consistent abuse of human rights in the implementation of these laws and standing orders by PDRM personnel. This has added to the erosion of integrity in the police service and further undermined the trust of the public in this important institution.” (p. 4)

· “The culture of impunity: Of growing concern around the world is the ‘culture of impunity’ within police forces and PDRM is not exempted. The combination of individual and systemic acts of corruption and a lack of transparency and oversight leads to a police culture held accountable by neither internal nor external checks.

“A culture of impunity feeds on itself. When officers act in contravention of laws and regulations without fear or investigation or reprimand, the culture of impunity begins to develop. Each wrongdoing that is not investigated or punished or is supported by higher ranks within the police leadership, leads to the perception that such misconduct is permissible. (p. 122)”

Does Musa now support IGP Hamid Bador’s success in achieving a consensus among the police consenting to the formation of an IPCMC after a meeting of some 20 top police officers with the Governance, Integrity and Anti-Corruption Centre (GIACC) director-general Ab Kassim Mohamaed in May 2019?

Malaysia’s 13th IGP, Acryl Sani Abdullah Sani, will start his duties tomorrow. What is his stand on IPCMC?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 3rd May 2021)

=============================

#kerajaangagal16 – Musa Hassan sepatutnya lebih tahu, bahawa perkara yang salah tetap salah, walaupun ia berlaku sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan dan hukuman

Saya tidak faham apa yang cuba dilakukan atau diperkatakan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan.

Beliau berkata, tiada apa yang baharu berhubung pendedahan campur tangan ahli politik dalam pasukan polis kerana ia telah berlaku sejak dahulu lagi, malah ketika beliau menjadi Ketua Polis Negara (KPN).

Beliau memberitahu Utusan Malaysia: “Ketika zaman saya dahulu, ada orang politik yang suruh polis bebaskan geng mereka dan ada juga yang beri arahan kepada Ketua Polis Negeri tanpa pengetahuan saya.

“Campur tangan politik ini berlaku membabitkan operasi sehingga ia boleh menyebabkan proses siasatan terganggu.”

Musa Hassan telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Polis Negara untuk menghentikan campur tangan politik dalam pasukan polis, yang mana menjelaskan mengapa Pasukan Polis Diraja Malaysia telah gagal untuk menjadi sebuah pasukan polis yang bebas, profesional dan bertaraf dunia di bawah kepimpinan beliau sebagai KPN dari tahun 2006 sehingga 2010 dan sebelum 2006 semasa beliau menjawat jawatan Timbalan KPN.

Jika Musa bertindak terhadap penyalahgunaan kuasa seumpama itu semasa beliau menjadi Timbalan KPN atau KPN atau sekurang-kurangnya menyuarakan ketidakpuasan hati beliau seperti mana yang dilakukan Hamid Bador, mungkin pasukan polis tidak akan mengambil masa yang lama untuk berubah menjadi lebih cekap, beretika, bebas, profesional dan bertaraf dunia.

Adakah Musa akan mengisytiharkan sama ada beliau bersetuju dengan penyalagunaan kuasa seumpama itu dan sama ada beliau boleh menerima tindakan tidak berpelembagaan Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis merangkap Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin merampas kuasa dan tugas KPN dalam menentukan pelantikan pegawai kanan polis yang baharu?

Musa Hassan sepatutnya lebih tahu, bawah perkara yang salah tetap salah, walaupun ia berlaku sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan dan hukuman.

Salah satu sebab mengapa Malaysia tidak mampu mencapai Impian Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara hebat bertaraf dunia dan semakin mundur dalam tempoh setengah abad yang lalu, dengan semakin banyak negara memintas kita, adalah kerana pihak atasan tidak sedar akan hakikat itu.

Adakah campur tangan politik dan penyalahgunaan kuasa berlaku dalam pelantikan Musa Hassan sebagai KPN?

Mungkin saya salah, namun perlu diingat bahawa pencapaian terbaik Musa sepanjang hayatnya adalah meninggalkan imej yang terpahat erat di ingatan rakyat Malaysia apabila tilam dengan tompokan air mani diusung keluar masuk mahkamah sebagai bahan bukti dalam kes liwat pertama yang dihadapi Anwar Ibrahim pada 1998.

Ironinya, Ketika beliau menjadi KPN dan Timbalan PKN, kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang memulakan tugasnya dengan begitu cemerlang sekali; menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pembaharuan Polis, yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin dengan bekas KPN, Tun Hanif Omar sebagai timbalannya.

Suruhanjaya inilah yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) pada 2014.

Jika IPCMC ditubuhkan lama dahulu, sudah tentu A. Ganapathy tidak mati ketika berada dalam tahanan polis, kerana salah satu sebab penubuhan IPCMC adalah bertujuan untuk membendung kes seumpama itu.

Kini, peguam keluarga Ganapathy, K Ganesh mengumumkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian mendiang.

Ganjaran itu ditawarkan oleh penyumbang tidak bernama yang mengakui turut pernah menjadi mangsa keganasan polis.

Jika dilihat balik, Musa sebenarnya tidak boleh menafikan hakikat bahawa beliau memainkan peranan dalam menolak cadangan penubuhan IPCMC yang masih tidak dilaksanakan sehingga hari ini sejak 17 tahun lalu.

Kerajaan Pakatan Harapan semakin hampir untuk menubuhkan IPCMC sebelum ia digulingkan oleh Langkah Sheraton yang membentuk sebuah kerajaan tidak sah, kakistokrasi, tidak demokratik dan caca-marba.

Adakah Musa menyesal dengan keputusannya menolak IPCMC semasa beliau menjadi Timbalan KPN dan KPN selama empat tahun, kerana badan itu sudah tentu dapat menjadikan Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang bebas, profesional dan bertaraf dunia.

Adakah Musa bersetuju bahawa Kabinet Muhyiddin harus membaca atau membaca semula laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pembaharuan Polis dan 125 cadangannya yang mana telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 29 April 2005?

Berikut adalah antara dapatan Suruhanjaya Pasukan Polis:

· “Mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan hak asasi manusia. Undang-undang Malaysia secara amnya mematuhi kebebasan asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan prosedur polis yang ditetapkan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IPSO) juga pada umumnya memenuhi syarat hak asasi manusia. Namun, penemuan Suruhanjaya adalah bahawa terdapat penyalahgunaan hak asasi manusia secara meluas dan konsisten dalam pelaksanaan undang-undang ini dan perintah tetap oleh anggota PDRM. Ini telah menambah penghakisan integriti dalam perkhidmatan polis dan semakin merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi penting ini” (hlm.4)

· “Budaya impuniti (bebas daripada hukuman): Kebimbangan yang semakin meningkat di seluruh dunia adalah ‘budaya impuniti’ dalam pasukan polis dan PDRM tidak terkecuali. Gabungan perlakuan rasuah individu dan sistemik dan kurangnya ketelusan dan pengawasan menyebabkan budaya polis terlepas daripada pemantauan di peringkat dalaman dan juga luaran.

“Budaya impuniti memakan diri. Apabila pegawai bertindak melanggar undang-undang dan peraturan tanpa rasa takut atau disiasat atau dikenakan teguran, budaya impuni mulai berkembang. Setiap kesalahan yang tidak disiasat atau dihukum atau disokong oleh pegawai yang lebih tinggi dalam kepemimpinan polis, mewujudkan persepsi bahawa kesalahan tersebut adalah dibenarkan. (hlm. 122)”

Adakah Musa akan menyokong kejayaan mantan KPN Hamid Badar dalam mendapatkan persetujuan pasukan polis untuk membentuk IPCMC dalam mesyuarat bersama 20 pegawai kanan polis dan ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Mei 2019?

KPN ke-13, Acryl Sani Abdullah Sani, akan memulakan tugasnya esok. Apakah agaknya pendirian beliau berhubung IPCMC?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 3 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.