#kerajaangagal16 – In failing to establish a RCI on IGP Hamid Bador’s serious allegations about corruption and interference with police independence and professionalism, is Muhyiddin a worse Prime Minister than Abdullah Badawi who set up a RCI on Lingam Tapes with regard to illegal fixing of judicial appointments?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Inspector-General of Police, Tan Sri Ahmad Hamid Bador is ending his tenure as the No. 1 Policeman in the country on Tuesday with more than a flourish as his farewell press conference on Friday outlined what prevented the Royal Police Force from being an independent, professional and world-class police force and what afflicted the Malaysian society, viz:

1. Political intervention in the police force.

2. Political interference in the Police Force Commission.

3. Corruption in the civil service and the political arena.

4. “Unintelligent Ministers” who asked to loosen roadblocks during MCO and CMCOs.

5. Malaysia’s descent into a kakistocracy.

Hamid Bador’s farewell press conference on Friday reminds Malaysians of the “It looks like me, it sounds like me, but it is not me” Lingam Tapes episode in 2007 which led to the establishment of a Royal Commission of Inquiry into the fixing of judges for appointments and promotions.

In failing to establish a RCI on IGP Hamid Bador’s serious allegations about corruption and interference with police independence and professionalism, is Muhyiddin a worse Prime Minister than Abdullah Badawi who set up a RCI on Lingam Tapes with regard to illegal intervention into the judicial appointment process?

What is holding back Muhyiddin from doing what is right and proper for the country, when he should know national interests demand such a RCI being formed immediately?

Is the bloated Muhyiddin Cabinet just a Cabinet of yes-men and self-seekers who dare not decide on a RCI on the IGP’s many serious allegations?

Two days have passed and Muhyiddin has kept his silence on the issue.

When will he speak on the IGP’s shocking exposes?

On the Covid-19 pandemic front, the country heaved a sigh of relief when it was reported that the daily increase of new Covid-19 cases have fallen below the three-thousand mark to 2,881 cases – after three straight days exceeding the 3,000-mark.

But is Malaysia out of danger from a fourth Covid-19 wave which even the Yang di Pertuan Agong is worried about?

The Malaysian authorities must devise defty and creatively new ways and means whereby human beings can live with Covid-19 virus, as from all accounts, the Covid-19 virus is going to be around for at least one or two years – even if we succeed in accelerating the national vaccination process, which unfortunately, is not the case.

Nations have realised the great cost to the economy and social life if we use blunt instruments like national lockdowns, which will kill virus as well as economies involving human lives.

India is indeed a bad example. On Friday, India became the first country which had surpassed 400,000 cases in a single day.

That brought the country’s total Covid-19 caseload to more than 19 million since the pandemic began, and marks the 10th consecutive day of more than 300,000 daily cases, and the new Covid-19 caseload yesterday (Saturday) is still a crippling 392,562 new cases and 3,638 deaths. India’s total Covid-19 fatality now stands at 215,523, the fourth nation with the most Covid-19 fatalities, after USA (590,525 deaths), Brazil (404,287 deaths on Friday) and Mexico (216,907 deaths).

Yesterday, I asked why is Malaysia looking at India, which is undergoing the horrors and devastation of the new Covid wave with shortage of oxygen for the whole country while New Delhi runs out of wood for cremations, when Malaysia should aim to become like nations in East Asia, ASEAN and Pacific with better performance in combatting the Covid-19 virus, like Thailand, Vietnam, Australia, New Zealand or even Singapore.

I am not surprised that there had been no reply from any government Minister, as it describes a country lurching towards a kakistocracy.

Now, intensive care unit beds for Covid-19 patients at public hospitals in the Klang Valley are nearing full capacity, with 88 percent of the 152 ICU beds available for Covid-19 patients occupied.

Clearly, the emergency and the suspension of Parliament since January 12 have failed to combat the Covid-19 pandemic in Malaysia.

Will the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin advise the Yang di Pertuan Agong to end the emergency and to immediately convene Parliament to spearhead an “all-of-government” and “whole-of-society” national mobilisation in the war against the Covid-19 pandemic in Malaysia?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, May 2, 2021)

==========================

#kerajaangagal16 — Dengan kegagalan untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat dakwaan berat KPN Hamid Bador mengenai masalah rasuah dan kacau tangan dalam kebebasan dan profesionalisme pasukan Polis, adakah Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang lebih buruk daripada Abdullah Badawi yang menubuhkan RCI untuk menyiasat Pita Rakaman Lingam mengenai penetapan haram pelantikan kehakiman?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai pegawai polis nombor satu negara pada hari Selasa selepas menyatakan pada hari Jumaat lepas, perkara-perkara yang telah menghalang Polis DiRaja Malaysia daripada menjadi satu pasukan polis yang bebas, profesional, dan bertaraf dunia, iaitu:

1. Campur tangan politik dalam pasukan polis

2. Campur tangan politik dalam Suruhanjaya Pasukan Polis.

3. Rasuah dalam perkhidmatan awam dan gelanggan politik.

4. “Menteri tidak bijak” yang meminta supaya sekatan jalan raya dilonggarkan semasa PKP dan PKPB.

5. Malaysia menjadi sebuah kakistokrasi.

Majlis sidang media perpisahan Hamid Bador pada hari Jumaat mengingatkan kita semua kepada episod pita rakaman Lingam “Nampak macam saya, bunyi macam saya, tapi bukan saya” pada tahun 2007 yang membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pelantikan dan kenaikan pangkat hakim.

Dengan gagal untuk menubuhkan RCI mengenai dakwaan Hamid Bador tentang masalah rasuah dan campur tangan politik dalam pasukan polis, adakah Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang lebih teruk daripada Abdullah Badawi, yang menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal pita rakaman Lingam?

Apakah yang menghalang Muhyiddin daripada melakukan perkara yang betul dan berpatutan untuk negara kita, apabila beliau sendiri tahu yang penubuhan RCI ini adalah untuk kepentingan negara?

Adakah Kabinet gergasi Muhyiddin ini hanya penuh dengan pak turut yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri yang tidak berani untuk membangkitkan isu RCI mengenai pelbagai dakwaan-dakwaan berat KPN ini?

Dua hari telah berlalu dan Muhyiddin masih diam seribu bahasa mengenai perkara ini.

Bilakah beliau akan bersuara mengenai pendedahan mengejut oleh KPN ini?

Dari segi wabak Covid-19 pula, seluruh negara menghembus nafas lega apabila kadar kenaikan kes baharu semalam dilaporkan turun di bawah kadar 2,881 kes — selepas tiga hari berturut-turut berada di atas 3,000 kes.

Namun, adakah Malaysia kini telah terselamat daripada kemungkinan berhadapan dengan gelombang keempat wabak ini yang telah merisaukan Baginda Yang di Pertuan Agong sendiri?

Pihak berkuasa di Malaysia perlu merangka cara dan strategi baharu yang kreatif untuk membolehkan kita semua hidup bersama dengan virus ini dengan selamat kerana wabak ini akan terus bersama dengan kita untuk setahun dua yang akan datang — walaupun jika kita berjaya menjayakan program imunisasi Covid-19 kebangsaan, yang malangnya tidak berlaku.

Negara-negara di seluruh dunia telah menyedari kos besar terhadap ekonomi dan kehidupan sosial sekiranya kita menggunakan alat-alat seperti sekatan pergerakan di seluruh negara yang bakal membunuh penularan virus dan juga ekonomi manusia.

India adalah satu contoh yang buruk. Pada hari Jumaat, India menjadi negara pertama yang mencatatkan lebih 400,000 kes baharu.

Kejadian ini menjadi jumlah kes terkumpul di negara tersebut untuk bertambah kepada lebih daripada 19 juta sejak daripada permulaan wabak ini, dan menandakan hari kesepuluh berturut-turut dengan peningkatan atas 300,000 kes sehari di India. Kadar kes baharu di India semalam masih lagi tinggi dengan 392,562 kes dan 3,638 kematian. Jumlah korban nyawa di India adalah 215,523, negara keempat dengan kematian tertinggi selepas Amerika Syarikat (590,525 kematian), Brazil (404.287 kematian), dan Mexico (216,907 kematian).

Semalam, saya menanyakan, mengapa Malaysia melihat kepada India yang sedang berhadapan dengan kemusnahan dengan gelombang baharu Covid-19 dengan kekurangan bekalan oksigen di seluruh negara sedangkan New Delhi pula mengalami kekurangan kayu api untuk pembakaran jenazah, sedangkan Malaysia perlu berazam untuk menjadi seperti negara-negara Asia Timur, ASEAN, dan kawasan Pasifik yang mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam melawan wabak Covid-19 seperti Thailand, Vietnam, Australia, New Zealand, atau Singapura.

Saya tidak terkejut apabila saya tidak mendapat apa-apa maklum balas daripada mana-mana menteri kerajaan, menandakan yang kita sedang terjunam ke arah kakistokrasi.

Kini, katil di unit rawatan rapi untuk pesakit Covid-19 di Lembah Klang telah menghampiri kapasiti penuh, dengan 88 peratus daripada 152 katil ICU digunakan.

Jelas sekali darurat dan penggantungan Parlimen sejak 12 Januari telah gagal untuk menghalang penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Adakah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk menamatkan darurat dan memanggil Parlimen bersidang untuk menggerakkan usaha melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 2 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.