The lessons from the 22-month Pakatan Harapan government


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Pakatan Harapan must learn the lessons from the 22-month Pakatan Harapan Government whose five-year mandate was cut short by the Sheraton Move conspiracy which brought in a backdoor, undemocratic and illegitimate government.

Some of these lessons are:

  1. Serious about implementing election pledges.

    Early in the Pakatan Harapan Government, it was the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad who said that the manifesto was not a bible.

    As a result, even if 80 or 90 per cent of the election pledges had been implemented in the five-year mandate, damage had been done. It was worse when the five-year mandate of the PH government was cut short in 22 months by the Sheraton Move conspiracy.

  2. Ministers must be honest, trustworthy and have integrity. DAP was demonized as anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty for the proposal to ratify the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) at the end of 2018 when it had nothing to do with DAP.Saifuddin Abdullah, who was the Foreign Minister at the time, in reply to Anthony Loke, said he was not the Minister responsible for trying to ratify ICERD. Will Saifuddin reveal who was the Minister responsible or is he more prepared to see an increase in his “trust deficit”?
  3. Be more aware of the power of lies, falsehoods, fake news and disinformation. I was alleged to have said that one must learn Jawi to be a Malaysian and DAP Secretary-General Lim Guan Eng accused of declaring that he was not a Chinese when these were downright lies.
  4. Political parties in Pakatan Harapan should not interfere in the affairs of another member party.
  5. The Prime Minister and Cabinet must have a Pakatan Harapan coalition mindset and framework. In the 22-month PH government, the Prime Minister was acting in the old mode of Barisan Nasional governments when there should be a new mode, mindset and framework.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 14th April 2021)


Pengajaran daripada 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan

Pakatan Harapan perlu menginsafi pengajaran daripada 22 bulan peluang mentadbir yang telah dipendekkan melalui konspirasi Langkah Sheraton yang telah membawa masuk kerajaan pintu belakang yang tidak demokratik dan tidak sah.

Sesetengah daripada pengajaran yang dapat dihayati adalah:

1) Bersikap serius dalam mengotakan janji pilihan raya.

Sejak daripada awal penubuhan kerajaan Pakatan Harapan lagi, Perdana Menteri ketika itu sendiri, Tun Dr Mahathir yang telah mengatakan bahawa manifesto ini bukanlah satu kitab suci.

Hasilnya, sekalipun jika kita berjaya mengotakan 80 ke 90 peratus daripada janji-janji pilihan raya Pakatan Harapan, kerosakan telah pun berlaku. Perkara ini bertambah buruk apabila mandat lima tahun Pakatan Harapan dirampas secara haram melalui konspirasi Langkah Sheraton.

2) Menteri perlu jujur, boleh dipercayai, dan mempunyai integriti. DAP telah dimomokkan sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja akibat daripada cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Diskriminasi Perkauman (ICERD) sedangkan perkara ini tidak ada kaitan sama sekali dengan DAP.

Saifuddin Abdullah yang menrupakan Menteri Luar Negeri ketika itu, dalam menjawab kepada Anthony Loke, mengatakan yang bukanlah menteri yang bertanggungjawab dalam isu ratifikasi ICERD. Adakah Saifuddin bersedia untuk mendedahkan siapakah menteri yang bertanggungjawab ke atas ICERD ini atau adakah beliau lebih rela melihat “defisiti kepercayaan” terhadap beliau terus meningkat?

3) Lebih sedar mengenai kuasa penipuan, fitnah, berita palsu, dan maklumat palsu. Saya telah dituduh sebagai orang yang mengatakan yang seseorang perlu belajar tulisan Jawi untuk menjadi rakyat Malaysia dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah dituduh sebagai mengatakan yang beliau bukan seorang Cina sedangkan perkara ini hanyalah pertuduhan palsu semata-mata.

4) Parti komponen Pakatan Harapan tidak patut masuk campur hal ehwal parti komponen lain.

5) Perdana Menteri dan Menteri Kabinet perlu berfikir dan bekerja sebagai Pakatan Harapan. Sepanjang 22 bulan PH mentadbir, Perdana Menteri semasa itu masih bertindak dalam corak fikiran dan gaya kerajaan Barisan Nasional, sedangkan sepatutnya perlu ada gaya, cara fikiran, dan rangka kerja yang baharu.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu 14 April 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.