Is the failure of 30-year Vision 2020 for an united Bangsa Malaysia, with a developed, democratic, ethical, liberal, scientific and caring society, a failure of extremism or a failure of moderation in Malaysia?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

After the meeting of Malay DAP leaders with Tun Dr. Mahathir Mohamad yesterday, DAP Pahang Assemblywoman for Ketari Young Syefura Othman tweeted:

“Sempat juga kongsi dengan Tun bahawa DAP ni memang ekstrem sikit dalam isu demokrasi, kebajikan rakyat dan tadbir urus kerajaan.”

There were two other events yesterday which caught my attention:

Firstly, columnist Mariam Mokhtar’s article, “Malay unity: fact or fantasy?”

Secondly, the touching story of the DAP MP for Bukit Mertajam, Steven Sim, helping a homeless man several days after helping an evicted mother with 10 children.

I was struck by one question: Is the failure of 30-year Vision 2020 for an united Bangsa Malaysia, with a developed, democratic, ethical, liberal, scientific and caring society, a failure of extremism or moderation in Malaysia?

I supported Vision 2020 for it embodies the Malaysian Dream for Malaysia to be a world-class great nation – a plural society of people with multiple identities because of their diversities of race, language, religion, culture and region but united by one common bond, they are first and foremost Malaysians ahead of their different ethnic, religious, cultural or regional identities.

Hence Vision 2020 with a united Bangsa Malaysia!

When we achieved Merdeka in 1957, our economy, education, judiciary and civil service, and in some sports, were among the best in the world, but the past six decades we have slipped behind one country after another in these fields while Malaysia had become infamous in areas which would have embarrassed our founding fathers – like becoming “kleptocracy at its worst”- and teetering on the verge of a kakistocracy!

The 14th General Election was a high-water mark in the pursuit of the Malaysian Dream, for it represented a superhuman effort by Malaysians who believe in the Malaysian Dream to roll back decades of regression and imprudent policies and to try to fulfil Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman’s hope that Malaysia can be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

But the hopes and dream of Malaysians for a New Malaysia spelt out in Buku Harapan – the 2018 general election manifesto of Pakatan Harapan coalition – suffered a grievous blow when the Pakatan Harapan Government was toppled by the Sheraton Move conspiracy after 22 months, ushering in a backdoor illegitimate government.

Instead of five years of institutional reforms and political, economic, social and educational changes to strongly anchor Malaysia as a world-class great nation, we were suddenly plunged into a post-PH scenario with the country teetering on the verge of a kakistocracy, while facing the worst racial and religious polarisation after many years of unhampered dissemination of a deluge of fake news, lies, falsehoods and disinformation to drum up fear, distrust and hatred among the diverse races, languages, religions and cultures in the country.

Should we give up on the Malaysian Dream?

Or should we again pursue Vision 2020 as Vision 2050 to create a united Bangsa Malaysia, with a developed, democratic, ethical, liberal, scientific and caring society so that Malaysia can take her place in the international community of nations as a world-class great country?

So long as Malaysians do not believe the siren song that any race or religion is facing extinction – as there is no race or religion in Malaysia’s plural society which wants to eliminate another race or religion – and Malaysians regardless of race or religion can focus on the shared middle ground of making Malaysia a world-class great nation which delivers a better quality of life in education, economics, public health, housing and environment to all Malaysians, then the Malaysian Dream is still alive, relevant and pertinent.

The greatest challenge today is how we can rekindle, re-inspire, re-energize and re-motivate hope and inspiration in the Malaysian Dream for the country to be a world-class great nation by ensuring that the 15th General Election is another superhuman effort to fulfil the high but dashed hopes of the 14th General Election for reform and salvation.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, April 10, 2021)


Adakah kegagalan Wawasan 2020 untuk membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu, dengan masyarakat yang maju, demokratik, beretika, liberal, saintifik dan penyayang, merupakan satu kegagalan akibat ekstremisme atau kegagalan untuk bersederhana di Malaysia?

Selepas pertemuan pemimpin Melayu DAP bersama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, Adun DAP Ketari Young Syefura Othman menulis di Twitter:

“Sempat juga kongsi dengan Tun bahawa DAP ni memang ekstrem sikit dalam isu demokrasi, kebajikan rakyat dan tadbir urus kerajaan.”

Terdapat dua peristiwa lain semalam yang menarik perhatian saya:

Pertama, artikel kolumnis Mariam Mokhtar, yang bertajuk; “Kesatuan Melayu: fakta atau fantasi?”

Kedua, kisah menyentuh hati Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim, menolong seorang gelandangan beberapa hari selepas menolong seorang ibu yang diusir keluar dari rumahnya bersama dengan 10 orang anak.

Saya dikejutkan dengan satu persoalan: Adakah kegagalan Wawasan 2020 untuk membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu, dengan masyarakat yang maju, demokratik, beretika, liberal, saintifik dan penyayang, merupakan satu kegagalan akibat ekstremisme atau kegagalan untuk bersederhana di Malaysia?

Saya menyokong Wawasan 2020 kerana ia mewujudkan Impian Malaysia untuk Malaysia menjadi negara hebat bertaraf dunia — dengan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai identiti kepelbagaian kaum, bahasa, agama, budaya dan wilayah tetapi disatukan oleh satu ikatan yang sama, bahawa mereka pertamanya adalah rakyat Malaysia yang sebelum identiti etnik, agama, budaya atau wilayah mereka yang berbeza.

Kerana itulah, Wawasan 2020 untuk Bangsa Malaysia yang bersatu!

Ketika kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem ekonomi, pendidikan, kehakiman dan perkhidmatan awam kita, malah bidang sukan kita, adalah antara yang terbaik di dunia, tetapi dalam tempoh enam dekad yang lepas kita telah ketinggalan berbanding dengan kebanyakkan negara-negara lain dalam bidang-bidang ini, sebaliknya menjadi terkenal di seantero dunia dengan gelaran “kleptokrasi yang terburuk” yang membawa malu kepada maruah tokoh-tokoh awal negara kita.

Pilihan Raya Umum ke — 14 adalah tanda aras tertinggi dalam mengejar Impian Malaysia, kerana ia merupakan usaha luar biasa rakyat Malaysia yang dengan keazaman terhadap Impian Malaysia untuk menebus kegagalan berdekad — dekad dan berusaha memenuhi impian Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman agar Malaysia dapat menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Tetapi harapan dan impian rakyat Malaysia untuk Malaysia Baharu seperti yang dinyatakan dalam Buku Harapan — manifesto pilihan raya umum 2018 gabungan Pakatan Harapan — dimusnahkan apabila Kerajaan Pakatan Harapan digulingkan melalui konspirasi Langkah Sheraton selepas hanya 22 bulan mentadbir negara, sekali gus melihat terbentuknya kerajaan pintu belakang yang tidak sah yang seterusnya menggantung Parlimen kerana tidak yakin ia akan terus mendapat sokongan majoriti ahli parlimen di Parlimen.

Daripada melakukan pembaharuan institusi dan perubahan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan selama lima tahun untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia, kita tiba-tiba terjerumus ke dalam senario pasca-PH dengan negara kini bergerak ke ambang kakistokrasi, sementara berhadapan dengan polarisasi perkauman dan agama yang terburuk setelah bertahun-tahun berdepan tanpa henti penyebaran berita palsu, pembohongan, kepalsuan dan maklumat yang tidak benar yang direka bertujuan untuk menimbulkan rasa takut, tidak percaya dan kebencian di antara pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya di negara ini.

Perlukah kita berputus asa dengan Impian Malaysia?

Atau perlukah kita mengejar lagi Wawasan 2020 sebagai Wawasan 2050 untuk membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu, dengan masyarakat yang maju, demokratik, beretika, liberal, saintifik dan prihatin sehingga Malaysia dapat mengambil tempatnya dalam komuniti negara-negara antarabangsa sebagai sebuah negara yang bertaraf dunia?

Selagi mana rakyat Malaysia tidak termakan umpan-umpan yang mengatakan mana-mana kaum atau agama berhadapan dengan risiko kepupusan — kerana tidak ada kaum atau agama dalam masyarakat majmuk Malaysia yang ingin menghilangkan kaum atau agama yang lain — dan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama boleh memberi tumpuan kepada berkongsi jalan tengah menjadikan Malaysia sebuah negara besar bertaraf dunia yang memberikan kualiti hidup yang lebih baik dalam pendidikan, ekonomi, kesihatan awam, perumahan dan persekitaran kepada semua rakyat Malaysia, maka Impian Malaysia masih hidup dan kekal relevan.

Cabaran terbesar hari ini adalah bagaimana kita dapat menghidupkan kembali, memberi inspirasi, dan menggerakan semula harapan dan inspirasi dalam Impian Malaysia agar negara kita menjadi sebuah hebat bertaraf dunia dengan memastikan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 menjadi satu usaha kerjasama hebat kita semua untuk memenuhi harapan-harapan dalam PRU-14 untuk membawa reformasi dan menyelamatkan negara.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 10 April 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.