Malaysians should think of how we can fulfil Tunku’s wish for Malaysia to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

One of the few living friends of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, and national independence activist, ninety-year-old Tan Sri Mohd Yusof Latiff, the Penang Malay Association President, said on Tunku’s 118th birthday anniversary two days ago that Tunku if still alive would have been depressed to see the present state of political affairs in the country.

He said: “It goes against every grain of his struggle for liberty and the right to self-govern, because racial harmony was the bedrock on why this country was granted independence from the colonists.”

During one of the country’s national holidays to mark Malaysia’s unique diversity, Malaysians should think of how we can fulfil Tunku’s wish for Malaysia to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

We have had a difficult and depressing year – not just for Malaysia but the whole world – as a result of the ”one-in-a-century” Covid-19 pandemic.

Who would have imagined a year ago that over 107 million people in the world would be infected with Covid-19, with over 2.3 million fatalities, with no one any wiser as to when and how the pandemic is to end.

The drastic drop to 2,764 Covid-19 cases in Malaysia yesterday, the lowest figure since the re-imposition of the movement control order, has at last provided light at the end of the tunnel that Malaysia can flatten the curve and the Health director-general Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah is hopeful that Malaysia might be able reach two-digit cases by the middle or end of May.

How can we fulfil Tunku’s wish that Malaysia can become “a beacon of light in a difficult and distracted world”?

Is this an impossible dream?

National unity and inter-racial and inter-religious harmony are important prerequisites.

It is a sad commentary on the nation-building process that after six decades, many Malaysians still think of themselves as Malays, Chinese, Indians, Kadazans and Ibans first instead of as Malaysians first and it was easy to spark inter-religious suspicion, distrust and hatred.

We have also veered away from our founding fathers on the question of ethics and integrity.

There was no question about the commitment of the first three Prime Ministers of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn in the battle to fight corruption, but today Malaysia is struggling to have a clear break from kleptocracy.

The Covid-19 pandemic has also exposed Malaysia to a new danger – how to escape the toils of a kakistocracy where a Health Minister is downgraded to a Quarantine Minister.

Is a mediocre nation and a failed state to the fate for Malaysia?

I do not believe so.

We must all face the important fact that Malaysia cannot succeed as a nation unless all citizens regard themselves first and foremost as Malaysians, followed by their ethnicity and religion.

Nobody is asking Malaysians to stop being Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans, or Muslims, Buddhists, Christians, Hindus, Sikkhs, Taoists, but all must come together first and foremost as Malaysians.

We must strive to be an example of the success of the Alliance of Civilisations, as we are at the confluence of four great civilisations of the world – Islamic, Chinese, Indian, Western – instead of being a failure because of the Clash of Civilisations.

There is much food for thought for all Malaysians in the Chinese New Year holidays.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 10th February 2021)

=========================

Rakyat Malaysia harus memikirkan bagaimana kita dapat memenuhi hasrat Tunku agar Malaysia menjadi “sinar cahaya yang menerangi dunia yang kelam dan terganggu”.

Salah seorang daripada sahabat kepada Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang masih hidup dan juga merupakan aktivis kemerdekaan negara dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Mohd Yusof Latiff, berkata pada ulang tahun ke-118 Tunku dua hari lalu bahawa jika Tunku masih hidup, beliau pasti akan tertekan melihat keadaan politik negara sekarang.

Tokoh berusia 90 tahun itu berkata: “Perkara ini bertentangan dengan perjuangan beliau untuk kebebasan dan hak untuk mentadbir negara sendiri, kerana keharmonian kaum adalah landasan utama mengapa negara ini diberikan kemerdekaan daripada penjajah.”

Pada salah satu hari cuti kebangsaan negara ini untuk meraikan kepelbagaian dan keunikan Maysia, rakyat Malaysia harus memikirkan bagaimana kita dapat memenuhi hasrat Tunku agar Malaysia menjadi “sinar cahaya yang menerangi dunia yang kelam dan terganggu”.

Kita melalui tahun yang sukar dan menyedihkan — bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia — akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Setahun yang lalu, tiada siapa yang dapat menyangka bahawa wabak Covid-19 akan menjangkiti lebih 107 juta orang dan meragut lebih 2.3 juta nyawa, dan sehingga kini tiada siapa yang tahu tentang bilakah wabak ini akan berakhir.

Penurunan drastik kepada 2,764 kes Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia semalam, iaitu angka terendah sejak pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan, akhirnya menerbitkan sinar harapan untuk Malaysia meratakan lengkungan pandemik Covid-19. Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan harapan untuk melihat Malaysia mencatatkan kes dua digit pada pertengahan atau akhir bulan Mei.

Bagaimana kita dapat memenuhi hasrat Tunku agar Malaysia dapat menjadi “sinar cahaya yang menerangi dunia yang kelam dan terganggu”.

Adakah impian ini mustahil untuk dicapai?

Perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum serta agama merupakan prasyarat penting bagi merealisasikan impian itu.

Amat menyedihkan apabila kita melihat kegagalan usaha pembinaan negara bangsa kita, di mana selepas enam dekad, masih ramai rakyat Malaysia yang mengutamakan identiti sebagai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban dahulu berbanding identiti sebagai rakyat Malaysia, sekali gus mewujudkan ruang mudah untuk mencetuskan kebencian dan syak wasangka antara kaum dan agama.

Kita juga telah semakin menjauh dari visi Bapa Malaysia dalam soal etika dan integriti.

Tidak ada yang dapat menyangkal komitmen tiga Perdana Menteri terawal Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn dalam usaha memerangi rasuah, pun begitu Malaysia kini masih sedang bergelut untuk mencari jalan keluar dari amalan kleptokrasi.

Pandemik Covid-19 juga telah mendedahkan Malaysia kepada cabaran baru – iaitu bagaimana untuk keluar daripada amalan kakistokrasi di mana seorang Menteri Kesihatan diturunkan tahapnya menjadi “Menteri Kuarantin”.

Adakah Malaysia akan berakhir menjadi negara yang gagal dan kurang bermutu?

Saya tidak fikir begitu.

Malaysia tidak boleh berjaya sebagai sebuah negara sehinggalah semua rakyat Malaysia mengutamakan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu, sebelum identiti kaum atau agama mereka.

Tidak ada sesiapa pun yang meminta supaya rakyat Malaysia berhenti daripada menjadi seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, atau Taoist, tetapi kita semua perlu bersama dan bersatu padu sebagai rakyat Malaysia.

Kita harus berusaha untuk menjadi contoh kejayaan Perikatan Peradaban, kerana kita berada di pertemuan empat peradaban besar dunia – Islam, Cina, India, Barat – bukannya menjadi kegagalan kerana Pertembungan Tamadun.

Banyak perkara yang boleh difikirkan oleh semua rakyat Malaysia pada cuti Tahun Baru Cina ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 10 Februari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.