Muhyiddin should direct his Health Minister Adham Baba to retract his quarantine rules to uphold the Prime Minister’s own pledge that there will be no double-standards in Covid-19 quarantine SOP


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin should direct his Health Minister, Dr. Adham Baba to retract his Covid-19 quarantine rules to uphold the Prime Minister’s own pledge that there will be no double standards in Covid-19 quarantine SOPs.

In October last year, Muhyiddin pledged in a special address to the nation over television on the latest Covid-19 situation in the country that there would be no practice of double standards in complying with Covid-19 quarantine orders.

The prime minister said he himself and his ministers were not exempted from adhering to the standard operating procedures (SOPs) set by the Health Ministry in this matter.

He declared:

“I, as the prime minister, am not exempted from complying with the SOPs. This is the second time that I am observing home quarantine since the pandemic hit the country. I must comply with the rules”.

Muhyiddin said then that observing the home quarantine along with him were seven ministers and six deputy ministers. All of them had attended a meeting, chaired by Muhyiddin, where a minister was later found to be COVID-19 positive.

He said: “They (the ministers and deputy ministers) must comply with the rules. Action can be taken against them for breaching the rules.”

Muhyiddin said COVID-19 can infect anyone for the disease does not differentiate between status and position and that the SOPs must be adhered to by everyone.

The “air suam” Health Minister is irrelevant in the war against the Covid-19 pandemic, as the country has operated for the last one year’s pandemic war as if there was no Health Minister.

But is the Prime Minister of Malaysia’s pledge to count for nothing that the Heath Minister can now gazette double standards for complying with Covid-19 quarantine SOP for Ministers which made nonsense of the Prime Minister’s assertion last October that “I am the most obedient person”?

At stake is not the credibility of the “air suam” Health Minister, who has zero credibility, but that of the Prime Minister himself – whether his credibility is no better than that of the “air suam” Health Minister?

In one of his telecasts to the nation last October, Muhyiddin said: “If anyone breaks the law, compounds and other punishments will be imposed, regardless of one’s rank or position. I’m sorry if ‘Abah’ starts using the ‘rotan’.”

Is he going to start using the “rotan” against his own Health Minister?

Muhyiddin should also be mindful of the constitutional guarantee of equality before the law for all Malaysians as entrenched in Article 8 of the Malaysian Constituion.

It is tragic that at a time when the government’s priority should be to restore public trust, confidence and support for the national strategy in the war against the Covid-19 pandemic, as launching an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach, the government is doing the opposite – doing everything possible to undermine further pubic trust, confidence and support like Adham Baba’s double standards for Ministers on the Covid-19 quarantine SOP.

Is this the latest proof that the government of Malaysia now fully qualifies to be called a kakistocracy?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, February 9, 2021)

=============================

Muhyiddin perlu mengarahkan Menteri Kesihatan beliau, Adham Baba untuk menarik semula peraturan kuarantin baharu beliau untuk memastikan janji Perdana Menteri sendiri bahawa tidak akan ada layanan berbeza di dalam SOP kuarantin Covid-19 tidak diingkari

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengarahkan Menteri Kesihatan beliau, Dr Adham Baba untuk menarik semula peraturan kuarantin baharu beliau untuk memastikan janji Perdana Menteri sendiri bahawa tidak akan ada layanan berbeza di dalam SOP kuarantin Covid-19 tidak diingkari.

Dalam bulan Oktober tahun lepas, Muhyiddin telah berjanji dalam satu perutusan khas yang disiarkan ke seluruh negara mengenai situasi semasa Covid-19 bahawa kerajaan tidak akan memberikan layanan berbeza dalam pematuhan SOP kuarantin Covid-19.

Beliau telah mengatakan yang beliau sendiri dan menteri-menteri beliau juga tidak terkecuali daripada perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam perkara ini.

Beliau mengumumkan:

“Sebagai Perdana Menteri saya tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP. Ini adalah kali kedua saya menjalani kuarantin di rumah sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita. Saya mesti patuh kepada peraturan.”

Muhyiddin mengatakan semasa itu tujuh orang menteri dan enam orang timbalan menteri sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah. Mereka semua telah menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin, di mana seorang menteri yang hadir kemudiannya didapati positif Covid-19.

Beliau berkata: “Mereka (menteri dan timbalan menteri) mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka ingkar.”

Muhyiddin mengatakan yang Covid-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, dan virus ini tidak membezakan status dan kedudukan seseorang dan kerana itulah SOP Covid-19 ini perlu dipatuhi oleh semua.

Menteri Kesihatan “air suam” ini jelas sekali tidak relevan dalam usaha perang melawan wabak Covid-19 dalam negara kita, memandangkan negara kita telah bergerak melawan wabak ini untuk sepanjang tahun yang lepas seakan-akan kita tidak mempunyai seorang Menteri Kesihatan.

Namun, adakah janji Perdana Menteri ini tidak mempunyai sebarang makna sekiranya Menteri Kesihatan kini boleh mewartakan layanan berbeza dalam pematuhan SOP kuarantin Covid-19 untuk para menteri yang menjadikan penegasan Perdana Menteri pada bulan Oktober tahun lepas untuk tidak masuk akal sama sekali?

Apa yang dipertaruhkan sekarang bukanlah kredibiliti Menteri Kesihatan “air suam” memandangkan beliau tidak mempunyai sebarang kredibiliti lagi, tetapi kini kredibiliti Perdana Menteri sendiri — sama ada kredibiliti beliau berada dalam keadaan yang lebih baik daripada kredibiliti Menteri Kesihatan “air suam”.

Dalam siaran langsung beliau pada bulan Oktober tahun lepas, Muhyiddin telah mengatakan: “Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan!”

Adakah beliau akan menggunakan rotan terhadap Menteri Kesihatan beliau sendiri?

Muhyiddin juga perlu beringat kepada jaminan perlembagaan yang menjamin kesamarataan untuk semua rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

Amat tragik apabila kita berada dalam situasi di mana keutamaan kerajaan seharusnya fokus kepada mengembalikan kepercayaan, keyakinan dan sokongan rakyat terhadap strategi kebangsaan untuk melawan wabak Covid-19, dengan melancarkan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”, kerajaan membuat keputusan untuk melakukan perkara yang berlawan — melakukan segalanya yang boleh untuk merendahkan lagi kepercayaan, keyakinan, dan sokongan rakyat seperti yang dilakukan dengan peraturan kuarantin baharu Adham Baba untuk para menteri ini.

Adakah ini bukti terbaru yang melayakkan Kerajaan Malaysia sedia ada untuk dipanggil sebuah kakistokrasi secara menyeluruh?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 9 Februari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.