Restore the mandate to Pakatan Harapan and with Anwar Ibrahim as the ninth Prime Minister, Malaysia can begin to fulfil her aspiration to be a united, harmonious, multi-racial world-class great nation and “a beacon of light in a disturbed and distracted world”


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

UMNO, Bersatu and PAS have failed to form a stable government as the Malay Unity rhetoric has proved to be a false promise for Malaysia.

If I had made this statement, it would be taken as proof of the allegation that I am anti-Malay and anti-Islam, but this was stated by Datuk Seri Shafie Apdal, the President of Warisan and former Sabah Chief Minister, at the recent Regional Outlook Forum 2021, hosted by the ISEAS–Yusof Ishak Institute in Singapore last Thursday.

Shafie said Malaysian politics needs a reset in 2021 and beyond as the Malay unity rhetoric is proven to be a false promise.

He said: “UMNO, BERSATU and PAS have failed to form a stable government.

“About 70% Malays are urban and 80% Malaysians are urban. But UMNO, PAS and BERSATU are still working on the basis of majority of Malays are rural. They will soon find a revolt of urban Malays who would return to the kampung to vote.”

The Semporna MP said a new Malaysia narrative is needed across the country’s key pillars – political, economic and social – everything from governance and accountability, to education, technology, healthcare and social mobility.

“There is no place left for racial and religious politics – unity needs to be the bedrock for reform, through a participatory democracy, one which is fully represented across key stakeholders – old and young, urban and rural, liberals and conservatives through a values based system of governance which transcends race and religion.

“Malaysians will have to decide on our own political future, we have to go through this difficult but worthy struggle to graduate from old ideas to fresh new ones to forge a Malaysian nation to face post-2020 era.”

Shafie’s words are timely if we are not to experience the catastrophic developments in Malaysian nation-building like what is happening in the United States, where in Washington’s Capitol Hill, the outgoing US President Trump’s mob stormed the US Capitol in Washington during the joint session of US Congress to certify the election of Joe Biden as the 46th President of the United States.

Trump had spent two months subverting democracy by denying his election loss and spent four years shredding truth and inflaming cultural and racial divides for political gain.

In Malaysia, politics had been poisoned for decades by incendiary lies and falsehoods that DAP is communist, anti-Malay, anti-Islam and anti-Malay rulers, and for the 22 months of Pakatan Harapan government, this campaign of disinformation had been intensified polarising the Malaysian nation as it was designed to create the false impression that Malay rights, dignity, position and the future of Islam faced unprecedented peril.

UMNO, Bersatu and PAS are now locked in a “three-kingdom” tussle of plots and counter-plots, which UMNO leaders want to be resolved as early as possible before its strength vis-à-vis the other two parties are further diluted.

The UMNO President, Ahmad Zahid Hamidi, has said that UMNO would field candidates in all parliamentary and state seats UMNO won at the 2008 general election. If so, three Bersatu Ministers and two Deputy Ministers would have no seats to contest.

But this will not be bottom line of UMNO demands for the 15th General Election as the pressure would be for UMNO to contest in most of the parliamentary seats it contested in the 14th general election – except for the seats won by PAS. This would pave the way for the crushing and even the disappearance of Bersatu.

The 11-month Perikatan Nasional Government has seen Malaysia returning to the trajectory of kleptocracy, kakistocracy and failed state.

In its quest to regain power in Putrajaya, UMNO leaders like Trump have ignored the greatest peril facing the nation and the world – the Covid-19 pandemic.

Worldwide, the Covid-19 pandemic has passed the 90 million-cases mark, with over 1.94 million fatalities while Malaysia has registered a cumulative total of 135,992 Covid-19 cases and 551 fatalities, overtaking both China and Myanmar and set to overtake Philipplines.

It was precisely this selfish and short-term pursuit of politics in the Sheraton Move conspiracy which caused the second and third waves of the Covid-19 pandemic in Malaysia, the latter surging to a nightmarish peak.

Malaysians have not seen the light at the end of the tunnel of the Covid-19 pandemic.

The answer is for the restoration of the mandate to Pakatan Harapan and with Anwar Ibrahim as the ninth Prime Minister, Malaysia can start fulfilling its aspiration to be a united, harmonious, multi-racial world-class great nation, where there is democracy, good governance, the rule of law, respect for human rights and the environment and “a beacon of light in a disturbed and distracted world”.

We will not only get out of the trajectory of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state but win the war against the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, 11th January 2021)


Kembalikan mandat kepada Pakatan Harapan dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan, supaya Malaysia dapat mula memenuhi aspirasinya untuk menjadi sebuah negara berkelas dunia yang berbilang kaum yang bersatu dan harmoni dan menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”

UMNO, Bersatu, dan PAS telah gagal untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil memandangkan retorik perpaduan Melayu yang dicanangkan mereka ini terbukti satu janji palsu untuk Malaysia.

Jika saya sendiri yang membuat kenyataan ini, ia akan diambil sebagai bukti terhadap fitnah yang mengatakan saya anti-Melayu dan anti-Islam, tetapi kenyataan ini dikeluarkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal, Presiden Warisan dan mantan Ketua Menteri Sabah, di Regional Outlook Forum 2021 yang baru sahaja berlangsung yang dianjurkan oleh ISEAS-Yusof Ishak Institute di Singapura pada hari Khamis lepas.

Shafie mengatakan yang politik Malaysia perlu penetapan semula dalam tahun 2021 dan tahun-tahun mendatang, memandangkan retorik perpaduan Melayu ini telah terbukti menjadi satu janji palsu.

Beliau mengatakan: “UMNO, Bersatu, dan PAS telah gagal untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Kira-kira 70% orang Melayu tinggal di kawasan bandar dan 80% rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Tetapi UMNO, PAS, dan Bersatu masih lagi berfikiran yang kebanyakan orang Melayu berada di luar bandar. Tidak lama lagi, mereka akan berhadapan dengan kebangkitan orang Melayu yang tinggal di bandar yang pulang ke kampung untuk mengundi.”

Ahli Parlimen Semporna tersebut mengatakan yang naratif Malaysia yang baharu diperlukan dalam tunjang utama negara — politik, ekonomi, dan sosial — segalanya daripada pentadbiran dan akauntabiliti, kepada pendidikan, teknologi, kesihatan, dan pergerakan sosial.

“Tidak ada lagi tempat untuk politik perkauman dan keagamaan — perpaduan perlu menjadi asas kepada reformasi, melalui demokrasi penyertaan, di mana semua pemegang taruh diwakili — muda dan tua, bandar dan luar bandar, liberal dan konservatif, melalui satu sistem nilai yang berasaskan pentadbiran yang mengatasi jurang kaum dan agama.

“Rakyat Malaysia perlu memilih masa depan politik kita sendiri, kita perlu melalui perjuangan yang payah tetapi berbaloi ini, untuk keluar daripada kepompong idea lama kepada idea baharu untuk membentuk negara bangsa Malaysia dalam era pasca-2020.”

Kata-kata Shafie ini bertepatan dengan waktunya, jika kita tidak mahu berhadapan dengan perkembangan buruk seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, di mana di Capitol Hill, Washington, gerombolan penyokong Trump menyerbu menceroboh ke dalam Capitol AS semasa sesi persidangan serentak Kongres AS yang dalam proses untuk mengesahkan pemilihan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

Trump telah berusaha selama dua bulan, mencuba untuk menggugat demokrasi dengan menafikan kekalahan pilihan raya, dan meluangkan masa selama empat tahun merosakkan nilai kebenaran dan mengapi-apikan perbezaan budaya dan kaum di AS untuk kepentingan politik beliau sendiri.

Di Malaysia pula, politik telah diracun selama berdekad lamanya dengan penipuan dan fitnah bahawa DAP ini kononnya komunis, anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja, dan selama 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir, kempen fitnah ini bertambah kuat untuk menimbulkan polarisasi dalam masyarakat Malaysia dengan menimbulkan kerisauan kononnya hak, maruah, kedudukan, dan masa hadapan orang Melayu dan Islam tergugat.

UMNO, Bersatu, dan PAS kini tersekat dalam plot “Hikayat Tiga Kerajaan”, dengan pemimpin UMNO mendesak supaya perkara ini dapat diselesaikan segera sebelum kuasanya — berbanding dengan dua lagi parti dalam kerajaan — semakin menghilang.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, telah mengatakan yang UMNO akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang UMNO telah menang pada tahun 2008. Jika benar, maka tiga orang menteri dan dua timbalan menteri Bersatu tidak akan mempunyai kerusi untuk bertanding.

Namun ini bukanlah pengakhiran tuntutan UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-15, memandangkan UMNO akan ditekan untuk bertanding di semua kerusi yang ditandinginya dalam PRu14 — mungkin kecuali dalam kerusi-kerusi PAS. Perkara ini akan membuka jalan untuk UMNO menghapuskan Bersatu sama sekali.

Dalam 11 bulan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional, kita telah melihat Malaysia kembali ke arah menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal.

Dalam usahanya untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya, pemimpin UMNO, seperti Trump, telah mengabaikan penderitaan terbesar yang sedang dihadapi oleh negara kita dan dunia — wabak Covid-19.

Di seluruh dunia, wabak ini telah melepasi paras 90 juta kes, dengan lebih daripada 1.94 juta kematian sedangkan Malaysia pula telah mencatatkan sejumlah 135,992 kes dengan 551 kematian, mengatasi kedudukan China dan Myanmar dan negara kita bakal mengatasi kedudukan Filipina.

Kerana cita-cita politik yang mementingkan diri inilah konspirasi Langkah Sheraton berlaku, menyebabkan penularan gelombang kedua dan ketiga wabak Covid-19 di Malaysia, dengan gelombang ketiga ini terutamanya menular teruk.

Rakyat Malaysia belum dapat melihat pengakhiran kepada wabak Covid-19 ini.

Caranya adalah dengan mengembalikan semula mandat kepada Pakatan Harapan, dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan, supaya Malaysia dapat mula memenuhi aspirasinya untuk menjadi sebuah negara berkelas dunia yang berbilang kaum yang bersatu dan harmoni, di mana terdapatnya demokrasi, pentadbiran yang baik, kedaulatan undang-undang penghormatan terhadap hak asasi manusia dan alam sekitar, dan menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.

Dengan ini, kita bukan sahaja dapat keluar daripada trajektori menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal, malah kita akan berjaya untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin, 11 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.