Malaysians are entitled to know the Covid-19 status of all Cabinet Ministers


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Two Cabinet Ministers have been tested positive for Covid-19 and have been hospitalised – Minister in the Prime Minister’s Department (Economy) Mustapa Mohamed and Women, Family and Community Development Minister Rina Harun.

Mustapa received his positive test result on Saturday evening and had since been taken to the Raja Perempuan Zainab II Hospital in Kota Bharu, Kelantan for treatment.

Rina was tested at the Putrajaya Health Clinic yesterday morning, received her result last night, and has been warded at the Sungai Buloh Hospital since earlier this morning.

Malaysiakini report on their Covid-19 infection said:

“Several ministers who did their tests after Mustapa had already gotten their results by yesterday. It is learnt that several may have been found positive.

“A minister, when contacted this morning, said that he also heard about the matter, but yet to know who among the cabinet members were found with the virus.”

Malaysians are entitled to know the Covid-19 status of all the Cabinet Ministers and there should be immediate and full disclosure of this information, considering the trust deficit suffered by the Perikatan Nasional Ministers and leaders over the management of the Covid-19 pandemic.

Will the Health Ministry or the Prime Minister’s Office issue such a statement immediately?

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 11th January 2021)


Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui status Covid-19 semua Menteri Kabinet

Dua orang Menteri Kabinet telah disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Rina Harun.

Mustapa menerima keputusan positif beliau pada petang hari Sabtu dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Rina melakukan ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya pagi semalam, menerima keputusannya malam semalam telah diwadkan di Hospital Sungai Buloh sejak pagi tadi.

Malaysiakini yang melaporkan jangkitan Covid-19 mereka mengatakan:

“Beberapa orang menteri yang melakukan ujian saringan selepas Mustapa telah menerima keputusan ujian saringan mereka semalam. Difahami bahawa beberapa orang mungkin didapati positif.

“Seorang menteri, apabila dihubungi pagi ini, mengatakan yang beliau juga mengetahui mengenai perkara tersebut tetapi masih belum mengetahui siapa dalam kalangan menteri kabinet yang disahkan positif.”

Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui status jangkitan Covid-19 semua Menteri Kabinet dan maklumat ini perlu diberikan sepenuhnya secepat mungkin, memandangkan keadaan defisit kepercayaan yang dihadapi oleh para menteri dan pemimpin Perikatan Nasional dalam menguruskan wabak Covid-19 dalam negara kita.

Adakah Kementerian Kesihatan atau Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini dengan sesegera yang mungkin?

(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 11 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.