Are all political parties in the country prepared to meet to save Malaysia from the two great problems of 2021 – the Covid-19 epidemic and corruption?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The refusal of the Muhyiddin Cabinet to summon a Special Parliament to address Malaysia’s losing control of the third wave of Covid-19 pandemic is the height of irresponsibility of a kakistocracy.

It is accompanied by the failure of the government for the last ten months to launch an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach to save lives and livelihoods in the pandemic.and to plan for a quick and sustainable post-pandemic economic and national recovery for the country.

The other sins of the Muhyiddin Cabinet in the Covid-19 pandemic like t he failure to have a hands-on and effective Health Minister to spearhead the war against the Covid-19 pandemic and the irresponsible attitude and misconduct of the Perikatan Nasional Ministers and leaders whose double standards in refusing to set the national example of complying with the Covid-19 SOPs had deepened and aggravated public distrust in the Muhyiddin government despite its reasonably well performance during the second wave of the pandemic.

It is horrifying that in the midst of this “once-in-a-century” pandemic crisis, when all thoughts should be focussed on how to overcome the pandemic with the minimum loss of lives and livelihoods, the major party in the ruling coalition is obsessed with the holding of the 15th General Election to recapture power to enable their leaders to escape long-term prisons terms for their kleptocracy.

Tamrin Tun Ghafar in his New Year blog “DEMI!!!” wrote:

“Oleh kerana MEMERLUKAN sokongan orang Melayu yang telah jauh hati, kini TANPA SEGAN SILU pemimpin – pemimpin UMNO mula MENIUP SERULING dengan harapan tikus – tikus yang BOLEH DIPERBODOHKAN LAGI akan mengikut mereka sehingga mati kelemasan di dalam longkang.

“Kata mereka TANPA UMNO orang Melayu akan jadi pengemis di Tanahairnya sendiri.

“Yang sebenarnya pemimpin – pemimpin UMNO lebih senang jika orang Melayu terus miskin kerana dengan itu orang Melayu akan terus sokong mereka apabila dicampakkan gula – gula.

“Jika hilang sokongan , yang hilang ‘REZEKI’ ialah pemimpin bukan rakyat.

’ORANG MELAYU MESTI BERANI DAN TIDAK MEMBENARKAN LAGI DIRI DARI TERUS DITIPU OLEH PEMIMPIN – PEMIMPIN MELAYU SENDIRI.”

Malaysia has lost its way in the sixth decade of its nationhood and we have failed to fulfil the aspiration of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, for the country to be “a beacon of hope in a difficult and troubled world”, to the extent that there are now Cabinet Ministers who reject the five Rukun Negara nation-building principles formulated during Tun Razak’s premiership and benefit from our unique position as the confluence of four great civilisations – Islamic, Chinese, Indian and Western – to build a great Malaysian civilisation. This is also why Vision 2020 failed.

Did the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, strive for Malaysia to be notorious on the world stage to be a kleptocracy?

We need a new national consensus to return Malaysia to restore our original dream for Malaysia to be a world-class great nation.

Are all political parties in the country prepared to meet to save Malaysia from the two great problems of 2021 – the Covid-19 epidemic and corruption?

Health Ministry director-general Dr Noor Hisham Abdullah has warned that with the surge of Covid-19 infections, the health system is at breaking point.

He said that the healthcare system in the country was struggling to cope with the number of patients.

The most recent iteration of the conditional movement control order (MCO) has failed to bring the Covid-19 pandemic under control.

Instead, daily new case numbers, as well as the infectivity rate (R0), has been on the rise.

Yesterday, the Health Ministry reported a record-high of 2,593 daily new Covid-19 cases, bringing the cumulative total to 125,438 infections and 513 deaths.

On Dec. 30, I had forecasted that at the rate of Malaysia’s daily increase of Covid-19 cases, we were likely to overtake Myanmar with a greater cumulative total of Covid-19 cases in three weeks’ time.

I am shocked that my prediction is wrong, as we are likely to overtake Myanmar may be by Sunday.

I suggest that all political parties meet in a National Conference to find establish a new national consensus to return to the path to make Malaysia a world-class great nation and to address the two great issues of the new year – the Covid-19 pandemic and corruption?

This is the real stuff of patriotism and love for Malaysia!

Any takers?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, January 7, 2021)


Adakah semua parti-parti politik dalam negara bersedia untuk berjumpa untuk menyelamatkan Malaysia daripada dua masalah besar yang dihadapi negara — Covid-19 dan rasuah?

Keengganan Kabinet Muhyiddin untuk memanggil satu persidangan khas Parlimen untuk membincangkan perkara di mana negara kita telah hilang kawalan terhadap gelombang ketiga wabak Covid-19 ini adalah satu bukti terbesar kakistokrasi dalam negara.

Perkara ini ditemani pula dengan kegagalan kerajaan dalam tempoh sepuluh bulan yang lepas untuk melancarkan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan dalam menghadapi wabak ini dan untuk merancang pemulihan ekonomi pasca-koronavirus yang pantas dan mampan.

Kesalahan-kesalahan lain Kabinet Muhyiddin seperti kegagalannya untuk melantik seorang Menteri Kesihatan yang berkebolehan untuk menguruskan wabak ini dan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Perikatan Nasional yang memberikan layanan berbeza dan gagal bertanggungjawab untuk menjadi tauladan yang baik dalam pelaksanaan SOP Covid-19 telah menambahkan ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan Muhyiddin, walaupun kerajaan ini pada mulanya kelihatan seakan-akan berjaya mengawal wabak ini.

Apa yang mengerikan adalah, semasa dalam berhadapan dengan wabak “sekali dalam seabad” ini, apabila semua sumber patut difokuskan kepada bagaimana kita boleh melawan wabak ini dengan kematian dan kerosakan punca kehidupan yang minima, parti utama dalam pakatan kerajaan terus obses dengan idea untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 untuk cuba kembali berkuasa bagi membolehkan pemimpin mereka mengelakkan hukuman penjara atas kesalahan kleptokrasi mereka.

Tamrin Tun Ghafar, di dalam blog tahun baharunya, “DEMI!!!” menulis:

“Oleh kerana MEMERLUKAN sokongan orang Melayu yang telah jauh hati, kini TANPA SEGAN SILU pemimpin – pemimpin UMNO mula MENIUP SERULING dengan harapan tikus – tikus yang BOLEH DIPERBODOHKAN LAGI akan mengikut mereka sehingga mati kelemasan di dalam longkang.

“Kata mereka TANPA UMNO orang Melayu akan jadi pengemis di Tanahairnya sendiri.

“Yang sebenarnya pemimpin – pemimpin UMNO lebih senang jika orang Melayu terus miskin kerana dengan itu orang Melayu akan terus sokong mereka apabila dicampakkan gula – gula.

“Jika hilang sokongan , yang hilang ‘REZEKI’ ialah pemimpin bukan rakyat.

’ORANG MELAYU MESTI BERANI DAN TIDAK MEMBENARKAN LAGI DIRI DARI TERUS DITIPU OLEH PEMIMPIN – PEMIMPIN MELAYU SENDIRI.”.

Malaysia telah hilang arah, selepas enam dekad penubuhan negara ini, dan kita telah gagal untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, supaya negara ini menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”, sehinggakan kini kita mempunyai Menteri Kabinet yang menolak lima prinsip pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Rukun Negara yang diformulasi pada zaman pentadbiran Tun Razak dan menolak kedudukan unik negara kita yang merupakan titik pertemuan empat peradaban utama dunia — Islam, Cina, India, dan Barat — untuk membina sebuah negara Bangsa Malaysia yang hebat. Kerana ini jugalah Wawasan 2020 telah pun gagal.

Adakah ketiga-tiga terawal Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn, berjuang untuk menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah kleptokrasi?

Kita memerlukan sebuah konsensus nasional baharu untuk mengembalikan Malaysia ke arah impian untuk menjadi sebuah negara terhebat di mata dunia.

Adakah semua parti-parti politik bersedia untuk berjumpa, untuk menyelamatkan Malaysia daripada dua masalah terbesar yang kita hadapi sekarang — Covid-19 dan rasuah?

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberikan amaran yang dengan peningkatan kes Covid-19 dalam negara, sistem kesihatan negara kita berada di titik pecah.

Beliau mengatakan yang sistem kesihatan negara kita sedang mempunyai masalah untuk mengendalikan jumlah pesakit yang datang.

Bentuk perintah kawalan pergerakan (MCO) bersyarat yang terbaru ini telah gagal untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

Sebaliknya, jumlah kes baharu setiap hari terus meningkat, begitu juga dengan kadar jangkitan (R0).

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan rekod baharu peningkatan harian, dengan 2,593 kes, membawa jumlah kes terkumpul dalam negara kepada 125,438 kes dengan 513 kematian.

Pada 30 Disember, saya telah menjangkakan bahawa pada kadar semasa kes Covid-19 meningkat, kita bakal mengatasi kedudukan Myanmar dengan lebih banyak kes terkumpul dalam masa tiga minggu yang akan datang.

Saya terkejut yang jangkaan saya salah, kerana nampaknya kita bakal mengatasi kedudukan Myanmar menjelang Ahad ini.

Saya cadangkan kepada semua parti politik di negara kita untuk berjumpa dalam satu Persidangan Kebangsaan untuk menubuhkan satu konsensus nasional baharu untuk mengembalikan Malaysia ke arah sebuah negara berkelas dunia dan untuk membincangkan bagaimanakah kita boleh mengendalikan dua isu utama yang membelenggu negara kita — wabak Covid-19 dan rasuah?

Inilah bukti sebenar patriotisme dan cinta kepada Malaysia!

Ada yang berminat?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada 7 Januari, 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.