Can all political parties reach a national consensus that the 15th General Election will not be held during the Covid-19 pandemic?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Recently, there has been new convulsions on the Malaysian political scene.

One of the demands is the holding of the 15th General Election even during the Covid-19 pandemic.

Fourteen opposition Members of Parliament have issued a joint statement blasting the push for the holding of a snap general election even during the Covid-19 pandemic, which had registered a cumulative total of 122,845 Covid-19 cases and 509 fatalities – placing Malaysia as No. 72 among countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases, ten places ahead of China, where the pandemic started and which had 40 times the population of Malaysia.

The 14 MPs are DAP’s Hannah Yeoh, Teo Nie Ching and Yeo Bee Yin, Amanah’s Salahuddin Ayub, Khalid Samad and Mahfuz Omar, PKR’s R Sivarasa, Parti Sarawak Bersatu’s Baru Bian, Warisan’s Darrell Leiking, Azis Jamman, and Isnaraissah Munirah Majilis, Pejuang’s Amiruddin Hamzah and Senator Marzuki Yahya and Syed Saddiq Syed Abdul Rahman of Muda.

If not for the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia, caused by the greed of the Perikatan Nasional government to grab power in the Sabah state general election, resulting in the Sabah state general election, Malaysia would have a better record in managing the Covid-19 pandemic.

On Sept. 1 last year, Malaysia had a cumulative total of 9,354 Covid-19 cases and 128 deaths and the daily increase of new Covid-19 cases was in the lower two-digit figure of 14 cases and new daily increase of Covid-19 fatalities in the lower single-digit figure of ONE.

But the Sabah state general election changed the entire picture of the Covid-19 pandemic, and yesterday, there were 2,027 new cases and eight deaths, bringing the cumulative total to 122,845 cases and 509 fatalities.

New Zealand stood out in the world in ringing the new year with music festivals with no health protocols for the over 30,000 concert-goers while most of the world marked the new year with muted celebrations.

We could have joined New Zealand during the New Year among countries which had successfully fought the Covid-19 pandemic if not for the fatal mistake which resulted in the Sabah state general election which brought in the third wave of the pandemic.

Are we to make the same mistake by holding the 15th General Election during the Coivid-19 pandemic and see a more ferocious fourth wave of the pandemic with a greater cumulative total of Covid-19 cases and fatalities – which would probably catapult Malaysia to be among the top countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases?

The question Malaysians are entitled to ask all political parties is whether they could reach a national consensus that the 15th General Election would not be held during the Covid-19 pandemic?

All political parties must ensure that the top priority during the Covid-19 pandemic is to save lives and livelihoods and ensure that Malaysia can stage a swift and full post-pandemic economic and national recovery.

This is why I had suggested the summoning of a Special Parliament in a week or so as we cannot wait until Parliament is reconvened on March 8, as by that time, if the Covid-19 trajectory continues unabated, we may see the cumulative total of Covid-19 cases in Malaysia in the region from 200,000 to 250,000 cases.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, 6th January 2021)


Bolehkah semua parti-parti politik mencapai satu konsensus nasional untuk bersetuju bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 tidak boleh diadakan semasa negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19?

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai pergerakan dan perkembangan dalam arena politik negara.

Salah satu daripada tuntutan yang timbul adalah supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan walaupun semasa negara kita sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

Empat belas orang Ahli Parlimen pembangkang telah mengeluarkan kenyataan bersama, menempelak gesaan yang cuba untuk mendesak berlakunya pilihan raya umum semasa negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19. Wabak ini telah mencatatkan sejumlah 122,845 kes dengan 509 kematian — meletakkan Malaysia di tempat ke-72 di seluruh dunia, sepuluh kedudukan di hadapan China, di mana wabak ini mula tular yang juga mempunyai 40 kali ganda jumlah penduduk berbanding dengan Malaysia.

14 Ahli-ahli Parlimen ini adalah Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, dan Yeo Bee Yin daripada DAP, Salahuddin Ayuh, Khalid Samad, dan Mahfuz Omar daripada Amanah, R Sivarasa daripada PKR, Baru Bian daripada Parti Sarawak Bersatu, Darrell Leiking, Azis Jamman, dan Isnaraissah Munirah Majilis daripada Warisan, Amiruddin Hamzah dan Senator Marzuki Yahya daripada Pejuang dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Muda.

Jika tidak kerana gelombang ketiga yang disebabkan oleh ketamakan kerajaan Perikatan Nasional yang mahu merampas kuasa di Sabah melalui Pilihan Raya Negeri Sabah, Malaysia akan mempunyai rekod yang lebih baik dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Pada 1 September tahun lepas, Malaysia mencatatkan sejumlah 9,534 kes Covid-19 dengan 128 kematian, dan kadar kenaikan kes baharu harian dalam julat dua angka dengan 14 kes baharu dan hanya SATU kematian.

Namun begitu, PRN Sabah ini mengubah sama sekali keadaan Covid-19 dalam negara, setakat semalam, kita mencatatkan 2,027 kes baharu dengan lapan kematian, membawa jumlah kes dan kematian terkumpul kepada 122,845 kes dan 509 kematian.

New Zealand berjaya menarik perhatian dunia dengan menyambut kedatangan tahun baharu dengan festival muzik tanpa sebarang sekatan protokol kesihatan yang dihadiri oleh lebih daripada 30,000 orang sedangkan hampir keseluruhan dunia menyambut tahun baharu 2021 dengan suram.

Kita mungkin boleh menyertai New Zealand dalam menyambut tahun baharu sebagai sebuah negara yang berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 jika tidak kerana kesilapan besar yang menyebabkan berlakunya PRN Sabah yang kemudiannya mencetuskan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

Adakah kita akan mengulangi kesilapan ini dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 semasa negara berhadapan dengan wabak Covid-19, dan kemudiannya menyaksikan negara kita dimamah oleh gelombang keempat wabak Covid-19 yang jauh lebih teruk — gelombang keempat yang mungkin akan meletakkan negara kita dalam kalangan negara teratas di dunia dengan jumlah kes terkumpul yang tertinggi?

Rakyat Malaysia berhak untuk bertanya kepada parti-parti politik; adakah mereka mampu mencapai konsensus nasional bahawa PRU15 tidak boleh diadakan semasa negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19?

Semua parti politik perlu menjadikan agenda menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat dalam menghadapi wabak Covid-19 sebagai keutamaan tertinggi mereka supaya Malaysia mampu untuk bangkit semula dengan pemulihan yang pantas dan menyeluruh dalam era pasca-pandemik.

Kerana inilah saya telah cadangkan supaya Persidangan Khas Parlimen diadakan dalam masa lebih kurang seminggu daripada sekarang, memandangkan kita tidak mampu untuk menunggu sehingga Parlimen bersidang semula pada 8 Mac, kerana dengan trajektori peningkatan kes semasa, Malaysia mungkin akan mencatatkan kira-kira 200,000 ke 250,000 kes Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 6 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.