Malaysian Parliament must act on Global Corruption Barometer for Asia 2020 released by Transparency International yesterday which reported that more Malaysians regard their MPs as corrupt as compared to the people of seven other Asian countries – Bangladesh, Taiwan, Myanmar, Philippines, China, Cambodia and Vietnam


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Malaysian Parliament must act on Global Corruption Barometer for Asia 2020 released by Transparency International yesterday which reported that more Malaysians regard their MPs as corrupt as compared to the people of seven other Asian countries – Bangladesh, Taiwan, Myanmar, Philippines, China, Cambodia and Vietnam.

Transparency International reported that 36% of Malaysians surveyed think that Members of Parliament are corrupt, as compared to 18% in Bangladesh, 17% in Taiwan, 14% in Myanmar, 12% in the Philippines, 11% in China, 6% for both Cambodia and Vietnam.

Nine other countries have scores where there is a higher percentage of people who think their Members of Parliament are corrupt, namely 39% for Thailand, 42% each for Japan and India, 43% for Nepal, 44% for Sri Lanka, 50% for Maldives, 51% for Indonesia, 56% for Mongolia and 65% for South Korea – but this should be no consolation for MPs in Malaysia.

Malaysian MPs should be ashamed that 36% of Malaysians surveyed in the Global Corruption Barometer for Asia 2020 regard them as corrupt.

As a Malaysian MP, I expect Parliament to act swiftly and promptly to establish the honour and integrity of Malaysian MPs.

A Select Committee on Corruption and Integrity should be set up by the Dewan Rakyat which should have the overall term of reference to raise public integrity in Malaysia to be among the top 30 countries in the world, but should have as its first task to look into the Global Corruption Barometer for Asia 2020 and the question of integrity of Malaysian Members of Parliament.

The Selection Committee on Corruption and Integrity should also look in other aspects of the Global Corruption Barometer for Asia 2020 – that 72% of Malaysians think government corruption is a big problem and that 39% of Malaysians believe that corruption is on the rise.

Based on the Global Corruption Barometer for Asia 2020, my worries that the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2020, which would be released in two months, would see a regression in both the TI CPI score and ranking would be justified, and that all the good work of the 22-month Pakatan Harapan government in its fight against corruption and to establish public integrity is being undone by the nine months of Perikatan Nasional government.

Do we see in the 2021 Budget a greater commitment to fight corruption and establish Malaysia as one of the top 30 countries in the world in public integrity before 2030?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 26th November 2020)


Parlimen Malaysia perlu bertindak ke atas Barometer Rasuah Global Asia 2020 yang diterbitkan oleh Transparency International semalam yang melaporkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menganggap Ahli Parlimen mereka sebagai korup berbanding rakyat-rakyat di tujuh negara Asia yang lain — Bangladesh, Taiwan, Myanmar, Filipina, China, Kemboja dan Vietnam

Parlimen Malaysia perlu bertindak ke atas Barometer Rasuah Global Asia 2020 yang diterbitkan oleh Transparency International semalam yang melaporkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menganggap Ahli Parlimen mereka sebagai korup berbanding rakyat-rakyat di tujuh negara Asia yang lain — Bangladesh, Taiwan, Myanmar, Filipina, China, Kemboja dan Vietnam.

Transparency International melaporkan bahawa 36% rakyat Malaysia yang ditinjau berpendapat bahawa Ahli Parlimen mereka korup, berbanding dengan kadar 18% di Bangladesh, 17% di Taiwan, 14% di Myanmar, 12% di Filipina, 11% di China, dan 6% di Kemboja dan Vietnam.

Manakala sembilan negara lain mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding dengan Malaysia dalam kalangan rakyat mereka yang menganggap Ahli Parlimen mereka sebagai korup, dengan 39% untuk Thailand, 42% untuk Jepun dan India, 43% untuk Nepal, 44% untuk Sri Lanka, 50% untuk Maldives, 51% untuk Indonesia, 56% untuk Mongolia dan 65% untuk Korea Selatan — namun perkara ini tidaklah sepatutnya menjadi satu perkara yang menyenangkan kepada Ahli-ahli Parlimen di Malaysia.

Ahli Parlimen di Malaysia perlu berasa malu kerana 36% rakyat Malaysia yang ditinjau kajiselidik ini menganggap mereka sebagai korup.

Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, saya mahukan Parlimen untuk bertindak pantas bagi memulihkan maruah dan integriti dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen kita.

Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Integriti perlu ditubuhkan oleh Dewan Rakyat yang mempunyai terma rujukan yang menyeluruh, untuk meningkatkan integriti awam di Malaysia, menjadikan negara kita di antara 30 negara teratas di dunia. Dengan tugas pertamanya untuk mengkaji Barometer Rasuah Global Asia 2020 dan persoalan mengenai integriti Ahli-ahli Parlimen Malaysia.

Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Integriti ini juga perlu melihat ke dalam aspek lain dalam Barometer Rasuah Global Asia 2020 — di mana 72% rakyat Malaysia merasakan yang masalah rasuah dalam kerajaan adalah satu perkara yang besar dan 39% rakyat Malaysia percaya bahawa masalah rasuah sedang meningkat.

Dengan penerbitan Barometer Rasuah Global Asia 2020 ini, kerisauan saya sebelum ini, bahawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2020, yang akan diterbitkan dalam tempoh dua bulan yang akan datang, akan melihat penurunan dalam kedua-dua skor dan kedudukan negara kita dalam TI CPI, di mana bahawa semua usaha murni kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan integriti awam dimusnahkan dengan sembilan bulan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional.

Adakah kita dapat melihat dalam Belanjawan 2021 komitmen yang lebih besar untuk memerangi rasuah dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 30 negara teratas di dunia dalam integriti awam sebelum 2030?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.