Adham Baba should tell Parliament on Thursday why the Health Ministry is ignoring WHO advice for an “all-of-government” and “whole-of-society” response and approach in the Covid-19 epidemic to the extent that the 7,000 GPs felt sidelined


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Health Minister, Adham Baba should tell Parliament in his winding-up speech on the 2021 Budget on Thursday why the Health Ministry is ignoring the World Health Organisation (WHO) advice to all governments to adopt an “all-of-government” and “whole-of-society” response and approach in the Covid-19 epidemic to the extent that the 7,000 general practitioners in the country felt sidelined.

For instance the WHO Regional Director South-East Asia, Dr. Poonam Khetrapal Singh said in April: “A more comprehensive approach is needed with communities at the center of our response. Most importantly, communities need to be engaged and empowered to take appropriate decisions and measures. The onus must be on each one. At this stage, everyone needs to contribute to minimize health as well as socio-economic impact of the pandemic.”

But this is not the case in Malaysia eleven months into the Covid-19 epidemic. Not only do we have an invisible Health Minister, but the 7,000 general practitioners are made to feel that they do not have much of a role in fighting the Covid-19 epidemic.

This is an area which Adham Baba should strengthen to upgrade the battle against the Covid-19 epidemic.

Some areas which Adham can work on are outsourcing of services to general practitioners to decongest the overcrowding in public hospitals and Klinik Kesihatans, such as immunisation, X-ray services, FBC or full blood count, wound dressing, administration of long-term meds like IM for TB, medical examination, routine blood investigations for senior citizens, NCD or Non-Communicable Diseases like diabetes, hypertension, cholesterol, obesity, cancer etc, MAT or Methadone treatment and follow-ups for drug addicts and antenatal check-up with ultrasound services.

In his reply in Parliament, Adham Baba can also give answer to the following questions to highlight the extent the government had integrated general practitioners into the fight on the Covid-19 epidemic:

  • Number of GP clinics given notice of closure nationwide due to COVID19;
  • How many GPs and their staffs infected with COVID19 – how many directly in the clinic;
  • How many GPs were ordered to undergo quarantine due to “exposure” to COVID 19; and
  • What action has the MOH taken to reduce infection among healthcare workers in the private sector, if any.

Finally, Adham Baba should know that the Jeffrey Kitingan caper in Parliament, where he entered Parliamentary chamber short of 14-day quarantine according to the Covid-19 SOP, followed by the announcement by the Health Ministry of the end of the 14-day mandatory quarantine for all persons arriving from Sabah are among the reasons for the widening of what the Minister for Communications and Multimedia, Saifuddin Abdullah had termed as the “trust deficit” problem – where some people defy standard operating procedures (SOP) and government instructions during the Covid-19 pandemic.

Can Adham Baba explain what the government is doing to address this “trust deficit” in the Covid-19 pandemic?

(Media comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, 24th November 2020)


Adham Baba perlu menjelaskan kepada Parlimen pada hari Khamis ini mengapa Kementerian Kesihatan mengabaikan nasihat WHO untuk melaksanakan respons dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19 sehinggakan 7,000 doktor am terasa dipinggirkan

Menteri Kesihatan, Adham Baba perlu menjelaskan kepada Parlimen dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021beliau pada hari Khamis ini mengenai sebab Kementerian Kesihatan mengabaikan saranan Kesatuan Kesihatan Dunia (WHO) kepada semua kerajaan untuk menerapkan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam usaha melawan wabak Covid-19 sehingga 7,000 doktor am di negara kita terasa dipinggirkan.

Contohnya, pada bulan April yang lepas Pengarah WHO Wilayah Asia Tenggara, Dr. Poonam Khetrapal Singh telah mengatakan: “Pendekatan yang lebih komprehensif diperlukan, dengan pendekatan yang berpusatkan kepada masyarakat. Yang paling penting sekali, masyarakat perlu dilibatkan dan diperkasakan untuk mengambil keputusan dan langkah yang bersesuaian. Tanggungjawab mesti ada pada setiap individu. Pada tahap semasa, setiap orang perlu menyumbang untuk meminimumkan impak kepada kesihatan dan juga kesan sosio-ekonomi wabak ini.”

Tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia selepas sebelas bulan dilanda wabak Covid-19. Bukan sahaja kita mempunyai Menteri Kesihatan yang halimunan, tetapi 7,000 orang doktor am merasakan bahawa mereka tidak diberikan peranan dalam memerangi wabak Covid-19.

Ini adalah perkara yang perlu ditambahbaik oleh Adham Baba untuk meningkatkan usaha memerangi wabak Covid-19.

Beberapa perkara yang boleh ditambahbaik oleh Adham adalah outsourcing perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kepada doktor am untuk mengurangkan kesesakan di hospital awam dan klinik kesihatan KKM — seperti perkhidmatan imunisasi, perkhidmatan x-ray, pengurusan luka, pengedaran ubat-ubatan jangka panjang, pemeriksaan kesihatan, ujian darah rutin untuk warga emas dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol, obesiti, barah dll, rawatan Metadon dan tindakan lanjut untuk para penagih dadah dan pemeriksaan antenatal dengan ultrasound.

Dalam penggulungannya di Parlimen, Adham Baba juga perlu memberikan penjelasan kepada kepada persoalan-persoalan seperti berikut untuk untuk menunjukkan sejauh mana kerajaan telah berusaha untuk memanfaatkan doktor am dalam usaha memerangi wabak Covid-19:

  • Jumlah klinik am yang ditutup di seluruh negara kerana Covid-19;
  • Berapa ramai doktor am dan kakitangan mereka yang dijangkiti Covid-19 — berapa ramai terjangkit secara langsung di klinik;
  • Berapa ramai doktor yang diperintahkan untuk menjalani kuarantin kerana “terdedah” kepada Covid-19; dan
  • Apa tindakan yang diambil oleh KKM untuk mengurangkan jangkitan di kalangan pekerja kesihatan di sektor swasta, jika ada.

Akhirnya, Adham Baba harus menyedari yang bahawa Jeffrey Kitingan telah hadir ke Parlimen — di mana beliau telah memasuki Dewan Rakyat kurang daripada 14 hari menjalani kuarantin menurut SOP Covid-19 — yang kemudiannya diikuti dengan pengumuman oleh Kementerian Kesihatan mengenai tidak perlu lagi kuarantin wajib selama 14 hari untuk semua orang yang tiba dari Sabah, dan hakikat di mana perkara ini menjadi di antara sebab wujudnya apa yang dikatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah masalah “defisit kepercayaan” dalam kalangan sesetengah rakyat — di mana sebilangan rakyat menentang pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan dalam berhadapan dengan wabak Covid-19.

Bolehkah Adham Baba menjelaskan langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah “defisit kepercayaan” ini dalam melawan wabak Covid-19?

(Komen media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa, 24 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.