Will Saifuddin Abdullah come clean in Parliament during the winding-up tomorrow to admit that the 2018 ICERD fiasco was solely his own making when he was Foreign Minister in Pakatan Harapan Government and that DAP knew nothing about the proposed ICERD ratification although DAP was the target of demonization for being anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Saifuddin Abdulah will reply in the 2021 Ministerial winding-up tomorrow in Parliament as Minister for Communications and Multimedia.

Will he come clean tomorrow to admit that the 2018 International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) fiasco was solely his own making when he was Foreign Minister in Pakatan Harapan Government and that DAP knew nothing about the proposed ICERD ratification although DAP was the target of demonization for being anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty?

I was in China on a visit when the ICERD fiasco first blew up at the end of 2018.

On 19th November, the then Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad said that the ratification of ICERD would entail an amendment to the Federal Constitution which was “an impossible thing to do” without two-thirds parliamentary majority.

On 24th November 2018, in a speech at the Malaysian Association of Jiansu Annual Gala Dinner in Souchou, China, I said that no Malaysian would want Malaysia to ratify ICERD at the price of another May 13 racial riots in the country as there was no doubt that there were irresponsible elements who were seeking to incite and escalate racial and religious distrust, animosity and hatred to engender the conditions to replicate another May 13 racial riots in Malaysia.

In my speech, I said:

“Is ICERD against the Malaysian Constitution, anti-Malay, anti-Islam and anti-Malay Rulers?

“There is no need to incite and escalate racial and religious doubts, animosity and hatred to create another May 13 racial riots, for I have no doubt that if ICERD is indeed anti-Malaysian Constitution, anti-Malay, anti-Islam and anti-Malay Sultans, the overwhelming majority of Malaysians, regardless of race or religion, would not want Malaysia to ratify ICERD.

“I am still waiting for answer as whether 99 per cent of the 1.9 billion Muslims in the world, who live in countries which have ratified ICERD, are not genuine Muslims? Why is Malaysia cutting itself off from the overwhelming majority of 57-nation Organisation of Islamic Conference (OIC) as only Malaysia and Brunei are the only two of the 57 countries which have not ratified the ICERD?

“There are 38 countries with the monarchical system, out of which 36 countries have ratified the ICERD including the United Kingdom in 1969, Norway 1970, Sweden 1971, Denmark 1971, Netherlands 1971, Jordan 1974, Belgium 1975, Japan in 1995, and Saudi Arabia 1997.

“There are absolutely no indications that the ratification of ICERD by these 36 countries have undermined the monarchical system as to lead to their abolition.

“The ICERD issue is a warning to all Malaysians that the ‘New Malaysia’ vision which was the cause of the historic May 9, 2018 decision which saw a peaceful and democratic transition of power for the first in six decades, and gave hope to the world that democracy as a system of government to achieve freedom, justice and good governance for the people in the world, can still fail if we allow political opportunists and desperadoes to exploit the toxic politics of lies, hatred, race and religion to the extent of unleashing racial and religious conflicts.”

We are still living with the consequences of such toxic politics of lies, hatred, race and religion, so deftly mobilised during the ICERD fiasco in 2018, whether it be the “Sheraton Move” conspiracy in February this year to topple a legitimate government and replace it with a backdoor and illegitimate government, or what will happen in Parliament on Thursday as to whether in the midst of the deadly Covid-19 pandemic which had killed 337 persons in the last eleven months, Parliament is to be suspended and a state of emergency declared to be followed by 15th General Election at an indefinite date when the Covid-19 epidemic is brought under control.

A few days ago, in his new capacity as the Minister for Communications and Multimedia of the Perikatan Nasional government, Saifuddin spoke of the problem of “trust deficit” which has led some people to defy standard operating procedures (SOP) and government instructions during the Covid-19 pandemic.

He said an analysis has found that there is “trust deficit” among some people, causing them to question data provided by the Ministry of Health and action taken by the National Security Council (MKN), besides being angry, sarcastic and cynical as well as making political statements.
Does Saifuddin realise that he is one of the political leaders who had created this “trust deficit” in the country, as when he was Foreign Minister in the Pakatan Harapan Govenrment, he allowed the toxic politics of lies, hatred, race and religion to run wild to demonise the DAP as anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty when DAP, whether in government or outside, had nothing to do with the then Foreign Ministry’s proposal to ratify ICERD?

This was why I had asked as the former director-general of Special Affairs Department (JASA) Puad Zakrkashi had spent over RM100 million of JASA budget from 2015 – 2018 to demonise DAP as anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty and communist and to glamorize the 1MDB scandal, will Saifuddin assure Parliament tomorrow that the RM85.5 million revival of JASA is to undo the negative impacts of JASA’s previous two-prong campaign to demonise the DAP and to glamorize the 1MDB scandal and to fight fake news and false information?

Or will he agree with the Opposition that the RM85.5 million revival of JASA should be scrapped altogether as he himself was not aware of such a huge allocation before the presentation of the 2021 Budget to Parliament?

What will be Saifuddin’s stance in Parliament tomorrow?

We will know in 24 hours’ time.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, 24th November 2020)


Adakah Saifuddin Abdullah akan berterus terang di Parlimen esok dalam penggulungan menteri beliau untuk mengakui bahawa kegagalan isu ICERD pada tahun 2018 adalah disebabkan oleh beliau sendiri semasa beliau menjadi Menteri Luar Negeri dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan DAP tidak tahu apa-apa mengenai cadangan ratifikasi ICERD ini walaupun DAP yang sering dimomokkan sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja?

Saifuddin Abdulah akan menggulung perbahasan dalam Belanjawan 2021 esok di Parlimen sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Adakah beliau akan berterus terang di Parlimen esok dalam penggulungan menteri beliau untuk mengakui bahawa kegagalan isu Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (ICERD) pada tahun 2018 adalah disebabkan oleh beliau sendiri semasa beliau menjadi Menteri Luar Negeri dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan DAP tidak tahu apa-apa mengenai cadangan ratifikasi ICERD ini walaupun DAP yang sering dimomokkan sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja?

Saya isu ICERD meletus buat pertama kalinya pada akhir tahun 2018, saya sedang menyertai satu lawatan ke China.

Pada 19 November, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan bahawa ratifikasi ICERD akan memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang merupakan “perkara mustahil untuk dilakukan” tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pada 24 November 2018, dalam ucapan di Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Jiansu Malaysia di Souchou, China, saya mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun rakyat Malaysia yang mahu negara kita meratifikasikan ICERD jika harga untuk berbuat demikian adalah satu lagi rusuhan perkauman seperti 13 Mei di negara kita. Kerana tidak ada sebarang keraguan bahawa terdapat unsur-unsur yang tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut dan meningkatkan syak wasangka, permusuhan dan kebencian antara kaum dan agama untuk menimbulkan keadaan yang boleh mencetus satu rusuhan perkauman.

Dalam ucapan saya, saya mengatakan:

“Adakah ICERD bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja?

“Tidak ada sebarang keperluan untuk menghasut dan menimbulkan syak wasangka, permusuhan, dan kebencian di antara rakyat pelbagai kaum dan agama, yang boleh membawa kepada satu rusuhan perkauman seperti yang berlaku pada 13 Mei, kerana saya tanpa sebarang ragu-ragu percaya bahawa jika benar ICERD sememangnya anti Perlembagaan Malaysia, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-raja Melayu, majoriti rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, akan menolak ratifikasi ICERD.

“Saya masih menunggu jawapan kepada persoalan saya, sama ada 99 peratus daripada 1.9 bilion umat Islam di seluruh dunia yang tinggal di negara-negara yang telah meratifikasikan ICERD ini bukan penganut Islam yang sebenar?

“Mengapakah Malaysia berbeza dengan majoriti besar 57 negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di mana hanya Malaysia dan Brunei sahaja daripada 57 buah negara ini yang belum meratifikasikan ICERD?

“Terdapat 38 buah negara yang mengamalkan sistem monarki, di mana 36 daripada negara-negara ini telah meratifikasikan ICERD, termasuklah United Kingdom pada tahun 1969, Norway 1970, Sweden 1971, Denmark 1971, Belanda 1971, Jordan 1974, Belgium 1975, Jepun pada tahun 1995, dan Arab Saudi 1997.

“Tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan ratifikasi ICERD dalam negara-negara ini menjejaskan sistem monarki dalam negara mereka yang membawa kepada penghapusan sistem monarki.

“Isu ICERD ini menjadi peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa visi “Malaysia Baharu” — yang menjadi pemangkin keputusan bersejarah 9 Mei 2018 yang menyaksikan peralihan kuasa secara aman dan demokratik untuk pertama kalinya dalam enam dekad, dan memberi harapan kepada dunia yang demokrasi sebagai sistem pentadbiran untuk mencapai kebebasan, keadilan dan pentadbiran yang baik untuk rakyat di dunia — masih boleh gagal jika kita membiarkan oportunis politik menggunakan politik toksik berasaskan penipuan dan kebencian antara kaum dan agama yang tidak teragak-agak untuk menyebabkan konflik perkauman dan keagamaan.”

Kita masih berhadapan dengan peninggalan politik toksik berasaskan penipuan dan kebencian antara kaum dan agama ini — yang digerakkan dengan cermat semasa isu ICERD ini meletus pada tahun 2018 — sama ada dalam bentuk konspirasi Langkah Sheraton pada bulan Februari tahun ini untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan menggantikannya dengan pemerintahan pintu belakang yang tidak mempunyai legitimasi, atau perkara yang mungkin akan berlaku di Parlimen pada hari Khamis ini, di mana dalam semasa negara kita berhadapan dengan wabak membawa maut Covid-19 yang telah mengorbankan 377 nyawa dalam tempoh 11 bulan yang lepas, Parlimen mungkin akan digantungkan dan satu perisytiharan darurat dibuat untuk disusuli dengan Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan berlangsung pada suatu tarikh di masa hadapan selepas wabak ini terkawal.

Beberapa hari yang lalu, dalam kapasiti baharunya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia kerajaan Perikatan Nasional, Saifuddin membicarakan masalah “defisit kepercayaan” yang menyebabkan sesetengah pihak enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan semasa Pandemik Covid19.

Beliau mengatakan yang analisis mendapati bahawa terdapat “defisit kepercayaan” dalam kalangan sesetengah pihak, yang menyebabkan mereka mempersoalkan data yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan dan tindakan yang diambil oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN), selain daripada bersikap marah, sarkastik dan sinis dan membuat kenyataan politik.

Adakah Saifuddin sedar bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin politik yang menjadi punca wujudnya “defisit kepercayaan” ini di negara kita? Memandangkan semasa beliau menjadi Menteri Luar Negeri dalam Kerajaan Pakatan Harapan, beliau membiarkan politik toksik berasaskan penipuan dan kebencian antara kaum dan agama tersebar luas untuk memfitnah DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja, sedangkan DAP, sama ada di dalam atau di luar kerajaan, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan Kementerian Luar Negeri untuk meratifikasikan ICERD ini.

Kerana inilah saya bertanya sebelum ini, di mana memandangkan mantan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Puad Zarkashi telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta peruntukan JASA di antara tahun 2015 sehingga tahun 2018 untuk memomokkan DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja dan kononnya komunis dan juga untuk membersihkan nama skandal 1MDB, adakah Saifuddin akan memberikan jaminan kepada Parlimen pada hari esok, yang pengembalian JASA dengan peruntukan sebanyak RM85.5 juta adalah bertujuan untuk melawan impak negatif kempen JASA ini dan disebaliknya digunakan untuk melawan berita palsu dan maklumat palsu?

Atau adakah beliau akan setuju dengan pihak Pembangkang bahawa pengembalian semula JASA dengan peruntukan sebanyak RM85.5 juta ini tidak wajar sama sekali, memandangkan beliau sendiri tidak menyedari mengenai peruntukan yang sebegitu besar ini sebelum perkara ini dibentangkan di Parlimen dalam Belanjawan 2021?

Apakah pendirian Saifuddin di Parlimen esok?

Kita akan tahu dalam masa 24 jam.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa, 24 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.