(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Parliament should not recognise former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak’s appointment as BNBBC chair as it would plunge the Malaysian Parliament into a new shame and infamy.
Najib’s appointment is doubly shocking and shameful – proof that public integrity and anti-corruption are furthest from the principles and vision of UMNO, MCA and MIC
What makes the appointment doubly shocking and shameful is that it came three months after the July 28 conviction and sentence of Najib Razak to 12 years jail and fines of RM210 million for corruption, money-laundering and abuse of power charges in connection with the RM42 million SRC-1MDB case, and a week after Goldman Sachs pleaded guilty in the United States to violations of the Foreign Corrupt Practices Act, which bars U.S. companies from paying bribes to government officials abroad.
In making an announcement of “historic significance” over the Goldman Sachs case, the US Department of Justice spokesman referred to Goldman Sach’s central role in “a massive global scheme to loot billions of dollars” from the government-run 1MDB and the subsequent use of those funds by senior Goldman bankers and their co-conspirators to pay billions of dollars in bribes to senior government officials and others around the world.
The Goldman Sachs Group entered into an agreement with the Department of Justice deferring prosecution for three years provided the bank meets certain conditions.
The DOJ spokesman said: “In a reflection of the seriousness of the bank’s conduct, today’s resolution includes the largest monetary penalty ever paid to the United States in a corporate criminal foreign bribery resolution and requires the bank to pay a total of over 2.9 billion dollars in criminal fines, penalties, and disgorgement.
“1MDB was a multi-billion-dollar investment fund created by the Malaysian government to promote economic development. In 2012 and 2013, Goldman received approximately $600 million in fees — an unusually large amount — for its work helping 1MDB raise $6.5 billion by issuing and selling bonds on international markets, and for other services.
“However, billions of dollars were later stolen from 1MDB, some of which was then used to bribe corrupt officials from Malaysia and Abu Dhabi. These criminal proceeds were laundered through U.S. and other financial institutions and used to make extravagant purchases around the world, including high-end real estate, yachts, art, and other luxury goods.
“As the bank admitted today, senior Goldman bankers played a central role in this scheme, conspiring with others to siphon over $2.7 billion from 1MDB. They used those funds to line their own pockets and to pay $1.6 billion in bribes. In addition to the involvement of several Goldman executives, other personnel at the bank allowed this scheme to proceed by overlooking or ignoring clear red flags.”
The DoJ spokesman further said: “The 1MDB fund held tremendous promise for the Malaysian people. But instead of realizing that promise, it was looted by corrupt officials and their co-conspirators, including senior Goldman bankers. This criminal conduct is antithetical to good government. It hurts free markets, undermines the rule of law, creates an unlevel playing field, and puts our national security at risk by enabling corrupt regimes. It also erodes global confidence in our American financial institutions and the U.S. financial system.
“Today’s resolution, coupled with other actions the department has taken over the last five years, represents a major step towards restoring that confidence and making the people of Malaysia whole. It imposes serious consequences on Goldman for the bank’s serious misconduct.”
Najib faces 42 counts of corruption and money laundering charges connected to the 1MDB financial scandal.
He is regarded by US government as the chief looter in the 1MDB financial scandal – Malaysian Official 1 (MO1) – and Malaysia expects the US Government to return a major portion of the US4.5 billion misappropriated from 1MDB, having received so far US$620 million from the US government.
Najib’s appointment as BNBBC Chairman and Parliament’s recognition of this appointment is completely antithetical to the task of “making the people of Malaysia whole”.
Members of Parliament from both sides of the House should heed the judgment of High Court judge Justice Mohd Nazlan Mohd Ghazali who characterised the conviction of Najib last July 28 as the worst case of abuse of position.
In a 500 plus page written judgment, the judge said while Najib had made contributions to the well-being and the people’s betterment in many different ways, the court would let political history to debate whether the former premier of nine years had done on balance more good than harm.
He said: “This very process (the long trial) would arguably be inimical to the ideals (of the nation) of a clean administration that does not tolerate corruption and abuse of power.
“What this court seeks to affirm is the sanctity of the rule of law and the supremacy of the Constitution. No one – not even one who was the most powerful political figure and the leader of the country enjoys a cloak of invincibility from the force of the law. Any notion to such effect is the very antithesis to the Article 8 of the Constitution that enshrines that rule that all persons all equal before the law.”
Commenting on Najib’s ascension to the pinnacle of the country’s leadership, he said he had seen citizens place the former premier in a position of trust in our system of constitutional democracy.
However, his conviction, Nazlan said of all seven charges concerning abuse of position, criminal breach of trust (CBT) and money laundering constitutes nothing less than “an absolute betrayal of that trust”.
“For this reason, I consider the conviction of the accused for abuse of position under Section 23 of the MACC Act as the most serious transgression amongst the three given his position of trust as the nation’s Prime Minister and Finance Minister when the offences were committed.
“I would not hesitate to find that this case can be characterised as one that falls within the range of the worst kind of abuse of position, of CBT and of money laundering because not only of how the crimes were committed, but more importantly also it involved a huge sum of RM42 million, had an element of public impact as the RM42 million belonged to an MOF Inc. company.”
“Perhaps most importantly, it involved the person who at the material time was in the highest ranking authority in the government,” Justice Nazlan said.
Justice Nazlan also found the former premier not to be remorseful over the charges he (Najib) was facing.
“The accused did not express any remorse and even maintains his defence of no knowledge of the RM42 million from SRC in his mitigation speech. Yet I cannot deny he was the Prime Minister of the country.
“The use of that property by others can never be justified under any circumstances. This is immutable and cannot be obfuscated by any diversions that the certain portions of the monies out of the RM42 million were expended for charitable purposes.
“There is quite simply no virtue in donating what one does not own. SRC International Sdn Bhd was established to spearhead the promotion of alternative energy resources for the country. The recipients of the spending by the accused are many and various but unmistakably for the accused’s own purposes and benefits.”
I rest my case.
(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 2nd November 2020)
===========================
Parlimen tidak sepatutnya mengiktiraf pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC memandangkan perkara ini akan memalukan Parlimen negara kita
Parlimen tidak sepatutnya mengiktiraf pelantikan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi BNBBC memandangkan perkara ini akan memalukan Parlimen Malaysia.
Pelantikan Najib ini merupakan satu perkara yang mengejutkan dan memalukan — menjadi bukti integriti dan agenda anti-rasuah adalah prinsip yang sangat jauh daripada UMNO, MCA, dan MIC.
Apa yang membuatkan pelantikan ini lebih mengejutkan dan memalukan adalah pelantikan ini dibuat tiga bulan selepas pendakwaan dan penjatuhan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kepada Najib pada 28 Julai yang lalu atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram, dan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan kes SRC-1MDB yang bernilai RM42 juta dan juga selepas seminggu Goldman Sachs mengaku bersalah di Amerika Syarikat atas pertuduhan kesalahan di bawah Akta Perlakuan Rasuah Luar Negara yang menghalang syarikat-syarikat AS daripada memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan di luar negara.
Dalam membuat pengumuman penting berkenaan dengan kes Goldman Sachs ini, Jabatan Kehakiman AS menggambarkan peranan penting Goldman Sachs ini sebagai “satu skim global untuk merompak berbilion dolar” daripada 1MDB yang merupakan satu institusi milik kerajaan, dan kemudiannya pegawai-pegawai bank Goldman, bersama-sama dengan rakan sekutu mereka menggunakan wang ini untuk membayar berbilion dolar rasuah kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di seluruh dunia.
Kumpulan Goldman Sachs telah bersetuju untuk menyertai perjanjian dengan Jabatan Kehakiman untuk menangguhkan pendakwaan selama tiga tahun, dengan syarat bank tersebut memenuhi beberapa syarat.
Jurucakap Jabatan Kehakiman mengatakan: “Memandangkan keseriusan tindakan bank ini, persetujuan hari ini mencatatkan penalti kewangan terbesar yang pernah dibayar kepada Amerika Syarikat dalam satu penyelesaian kes rasuah luar negara dan memerlukan bank tersebut untuk membayar lebih daripada 2.9 bilion dolar dalam denda dan penalti jenayah.
“1MDB adalah sebuah tabung pelaburan yang bernilai berbilion dolar yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pembangunan ekonomi. Pada tahun 2012 dan 2013, Goldman menerima kira-kira $600 juta sebagai bayaran upah — satu jumlah yang luar biasa besar — di atas usahanya dalam membantu 1MDB meraih $6.5 bilion melalui penerbitan dan penjualan bon di pasaran antarabangsa dan untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain.
“Namun, berbilion dolar ini kemudiannya dicuri dari 1MDB, sebahagiannya kemudian digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai dari Malaysia dan Abu Dhabi. Hasil jenayah ini dicuci melalui A.S. dan institusi kewangan lain dan digunakan untuk membuat pembelian yang melampau di seluruh dunia, termasuklah harta tanah mewah, kapal layar, hasil seni, dan barang mewah lain.
“Seperti yang diperakui oleh bank tersebut hari ini, pegawai bank kanan Goldman memainkan peranan penting dalam skim ini, bersekongkol dengan yang lain untuk menyedut keluar lebih dari $2.7 bilion dari 1MDB. Mereka kemudiannya menggunakan dana tersebut untuk mengisi poket mereka sendiri dan membayar rasuah yang bernilai $1.6 bilion. Selain daripada penglibatan beberapa eksekutif Goldman, kakitangan lain di bank tersebut telah membenarkan skim ini untuk berterusan dengan mengabaikan petanda-petanda yang jelas. ”
Jurucakap Jabatan Kehakiman tersebut menambah lagi: “Dana 1MDB ini mempunyai potensi yang besar untuk rakyat Malaysia. Tetapi daripada merealisasikan janji itu, dana ini telah dijarah oleh pegawai korup dan konspirator mereka, termasuklah pegawai kanan bank Goldman. Tingkah laku jenayah ini bertentangan dengan pentadbiran yang baik. Perkara ini membawa kerosakan terhadap pasaran bebas, melemahkan kedaulatan undang-undang, mewujudkan lapangan persaingan yang buruk, dan membawa bahaya kepada keselamatan nasional kita dengan memberi sokongan kepada sebuah regim yang korup. Perkara ini juga menghakis keyakinan global terhadap institusi kewangan dan sistem kewangan A.S.
“Resolusi hari ini, bersama dengan tindakan lain yang diambil oleh jabatan ini selama lima tahun yang lepas, merupakan langkah utama untuk mengembalikan keyakinan itu dan membawa keadilan kepada rakyat Malaysia. Perkara ini membawa kesan serius kepada Goldman kerana salah laku serius bank itu.”
Najib berhadapan dengan 42 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan skandal kewangan 1MDB.
Beliau dianggap sebagai pencuri utama dalam skandal 1MDB ini oleh pihak kerajaan AS — Malaysian Official 1 (MO1) — dan Malaysia menantikan pemulangan semula oleh AS$4.5 bilion yang telah dialihkan secara haram daripada 1MDB daripada kerajaan Amerika Syarikat dan kita telah menerima AS$620 juta setakat hari ini.
Pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC dan pengiktirafan pelantikan ini oleh pihak Parlimen adalah satu perkara yang jelas bertentangan dengan “membawa keadilan kepada rakyat Malaysia”.
Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah Dewan perlu mendengari penghakiman hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mengatakan sabitan terhadap Najib pada 28 Julai lalu adalah salah satu kes penyalahgunaan kuasa yang terburuk.
Dalam penghakiman 500 muka surat beliau, hakim tersebut mengatakan walaupun Najib telah menyumbang kepada kebajikan dan penambahbaikan kehidupan rakyat dalam pelbagai bentuk, mahkamah akan membiarkan sejarah untuk menentukan sama ada mantan perdana menteri tersebut telah melakukan lebih banyak kebaikan berbanding dengan keburukan.
Beliau berkata: Proses ini (perbicaraan panjang) boleh dikatakan tidak sesuai dengan cita-cita (negara terhadap) pentadbiran bersih yang tidak bertolak ansure dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Apa yang ingin ditegaskan oleh mahkamah ini adalah kesucian kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Tidak seorang pun – biarpun mereka yang pernah menjadi tokoh politik yang berkuasa dapat lari daripada proses undang-undang. Sebarang tanggapan yang cuba mengatakan sesiapa kebal daripada undang-undang adalah berlawanan dengan Artikel 8 Perlembagaan yang menetapkan bahawa semua orang sama di hadapan undang-undang. ”
Mengulas mengenai kenaikan Najib ke puncak kepemimpinan negara, dia mengatakan dia telah melihat rakyat meletakkan bekas perdana menteri itu dalam kedudukan yang dipercayai dalam sistem demokrasi berperlembagaan kita.
Namun, dengan sabitan ini, Nazlan mengatakan bahawa semua tujuh tuduhan mengenai penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram merupakan satu “pengkhianatan mutlak terhadap kepercayaan yang diberikan itu”.
“Atas sebab ini, saya menganggap sabitan tertuduh atas kesalahan penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM sebagai kesalahan yang paling serius di antara ketiga-tiga kesalahan ini memandangkan beliau memegang amanah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara ketika melakukan kesalahan ini.
“Saya tidak teragak-agak untuk mendapati yang kes ini dapat dicirikan sebagai salah satu bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang haram yang terburuk kerana bukan sahaja kerana bagaimana jenayah ini berlaku, tetapi yang lebih penting, ia melibatkan sejumlah besar RM42 juta, dan mempunyai kesan terhadap negara memandangkan RM42 juta itu adalah milik syarikat MOF Diperbadankan. ”
“Mungkin yang paling penting, ia melibatkan seorang yang pada waktu tersebut berada di peringkat tertinggi pemerintahan negara,” tambah Hakim Mohd Nazlan lagi.
Hakim Nazlan juga mendapati yang mantan Perdana Menteri tersebut tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah di atas tuduhan yang dihadapinya.
“Pihak tertuduh tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah dan kekal mengatakan yang beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai RM42 juta daripada SRC dalam ucapan mitigasi beliau. Namun, saya tidak menafikan yang beliau pernah menjadi Perdana Menteri negara kita.
“Penggunaan harta tersebut oleh pihak lain tidak wajar sama sekali. Perkara ini tidak boleh diubah mahupun disembunyikan dengan mengatakan yang sebahagian daripada RM42 juta ini telah digunakan untuk tujuan kebajikan.
“Tidak ada yang baik apabila seseorang mendermakan sesuatu yang bukan miliknya. SRC International Sdn Bhd ditubuhkan untuk mempelopori usaha menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif dalam negara kita. Penerima perbelanjaan daripada pihak tertuduh ini tidak dapat dinafikan memang ramai dan berbagai, tetapi, semuanya hanyalah untuk kepentingan peribadi pihak tertuduh.”
Masih setuju dengan pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC?
(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Isnin 2 November 2020)