Najib given 72 hours to clarify his appointment as BNBBC Chair as Malaysians do not want Malaysia to return to the trajectory towards a kleptocracy


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

On Sunday, it was reported that former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak has been appointed the Chairman of the Barisan Nasional Backbenchers’ Club.

I responded by asking Parliament not to recognise Najib’s appointment as BNBBC Chair as it would plunge the Malaysian Parliament into a new shame and infamy.

I said Najib’s appointment was doubly shocking and shameful it was continuing proof that public integrity and anti-corruption were furthest from the principles and vision of UMNO, MCA and MIC.

What made Najib’s appointment as BNBBC Chairman most unacceptable was that it was made three months after his July 28 conviction and sentence to 12 years jail and fines of RM210 million for corruption, money-laundering and abuse of power on charges in connection with the RM42 million SRC-1MDB case, and a week after Goldman Sachs pleaded guilty in the United States to violations of the Foreign Corrupt Practices Act, which bars U.S. companies from paying bribes to government officials abroad.

Although the United States Department of Justice spokesman said that Goldman Sachs’ plea of guilty to the “massive global scheme to loot billions of dollars” from 1MDB and “the subsequent use of those funds by senior Goldman bankers and their co-conspirators to pay billions of dollars in bribes to senior government officials and others around the world” was to make the people of Malaysia “whole”, Najib’s appointment as BNBBC Chairman in the Malaysian Parliament would have the opposite effect.

Najib had been indulging in his “Malu Apa Bossku” new persona and very quick to comment on anything under the sun but he had been uncharacteristically quiet on the controversy over the unfitness of his appointment as BNBBC Chairman in Parliament.

Malaysians have made it very clear in the 14th General Election on May 9, 2018 that they are not prepared to remain silent while the Malaysian Prime Minister was accused as the chief “looter” of  billions of US dollars in the 1MDB financial scandal, where the Prime Minister was shamed worldwide by the infamous moniker of “Malaysian Official 1 (MO1)”.

At that time, even the Malaysian Parliament was banned from debating the 1MDB scandal.

High Court judge Justice Mohd Nazlan Mohd Ghazali who convicted Najib of abuse of power, money-laundering and corruption in the RM42 million SRC-1MDB case, and jailed Najib for 12 years and imposed fines of RM210 million, characterised Najib’s conduct as the “worst case of abuse of position”.

As the judge pointed out, Najib did not express any remorse for his abuse of power, corruption and money-laundering, and even maintained his defence of no knowledge of the RM42 million from SRC in his mitigation speech.

Despite his silence in the last 48 hours since news broke that Najib had been appointed as BNBBC Chair in the Malaysian Parliament, I am giving Najib another 24 hours to clarify his appointment which is clearly an unacceptable affront to the dignity and reputation of the Malaysian Parliament especially as Parliament was previously manipulated to ban debate on the 1MDB scandal during his tenure as Prime Minister.

If Najib remains silent on the issue for a consecutive 72 hours, patriotic Malaysians who do not want to see Malaysia’s international reputation to continue to be sullied by the 1MDB scandal and do not want to see Malaysia return to the trajectory towards a kleptocracy should speak up on the next course of action.

 

Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 3rd November 2020

======================

diberikan 72 jam untuk menjelaskan pelantikan beliau sebagai pengerusi BNBBC, memandangkan rakyat Malaysia tidak mahu melihat negara kita kembali ke arah sebuah

Pada hari Ahad lepas, dilaporkan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC).

Saya memberikan respons dengan menggesa Parlimen untuk tidak mengiktiraf pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC ini memandangkan perkara ini akan membawa malu kepada institusi Parlimen Malaysia.

Saya mengatakan, pelantikan Najib ini adalah satu perkara yang mengejutkan dan memalukan dan menjadi bukti yang integriti dan agenda anti-rasuah ini adalah satu prinsip yang jauh daripada UMNO, MCA, dan MIC.

Apa yang membuatkan pelantikan ini lagi tidak boleh diterima adalah hakikat pelantikan ini yang berlaku tiga bulan selepas sabitan 28 Julai Najib atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram, dan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan kes SRC-1MDB yang bernilai RM42 juta dan seminggu selepas pengakuan bersalah Goldman Sachs ke atas kesalahan di bawah Undang-undang Perlakuan Rasuah Luar Negara di Amerika Syarikat, yang menghalang syarikat-syarikat AS daripada membayar rasuah kepada pegawai kerajaan di luar negara.

Walaupun Jabatan Kehakiman AS telah mengatakan pengakuan bersalah Goldman Sachs — yang merupakan satu “skim untuk merompak berbilion dolar” daripada 1MDB dan kemudiannya “penggunaan wang ini untuk merasuah pegawai kanan kerajaan dan sekutu mereka di seluruh dunia” — adalah untuk membawa keadilan kepada rakyat Malaysia, namun pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC ini menjadi satu perkara yang berlawanan dengan niat ini.

Najib telah menggunakan persona baharu “Malu Apa Bossku” dan dengan amat pantas memberikan pelbagai komen ke atas pelbagai perkara, namun beliau sangat-sangat senyap kebelakangan ini dan tidak mengatakan apa-apa langsung mengenai ketidaksesuaian beliau untuk dilantik sebagai pengerusi BNBBC di Parlimen.

Rakyat Malaysia telah menunjukkan dengan jelas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018, yang mereka tidak akan berdiam diri melihat Perdana Menteri Malaysia berhadapan dengan pelbagai tuduhan sebagai “perompak utama” yang merompak berbilion dolar daripada skandal kewangan 1MDB, di mana Perdana Menteri kita ketika itu dikenali di seluruh dunia dengan gelaran “Malaysian Official 1 (MO1)”.

Pada masa itu, Parlimen Malaysia sendiri diharamkan daripada membahaskan skandal 1MDB ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menyabitkan Najib bersalah atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, dan rasuah dalam kes SRC-1MDB yang bernilai RM42 juta, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun berserta dengan RM210 juta sebagai denda, mengatakan perbuatan Najib ini sebagai satu “kes penyalahgunaan kuasa yang terburuk”.

Seperti yang dikatakan oleh hakim tersebut, Najib tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, dan rasuah beliau, malah Najib terus mempertahankan dirinya dengan mengatakan yang beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai RM42 juta ini dalam ucapan mitigasi beliau.

Walaupun beliau terus berdiam diri dalam tempoh 48 jam selepas berita mengenai pelantikan ini mula tersiar, saya memberikan Najib 24 jam lagi untuk memberikan penjelasan mengenai pelantikan beliau ini, yang jelas merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan merupakan satu penghinaan kepada kemuliaan dan reputasi Parlimen Malaysia — terutamanya selepas Parlimen dimanipulasikan untuk mengharamkan perbahasan mengenai skandal 1MDB semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Jika Najib terus berdiam diri untuk tempoh 72 jam yang berterusan, rakyat Malaysia yang patriotik yang tidak mahu melihat reputasi antarabangsa negara kita terus dicemari dengan skandal 1MDB dan tidak mahu melihat negara kita kembali ke arah menjadi sebuah kleptokrasi perlulah bersuara mengenai tindakan yang perlu kita ambil.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa 3 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.