Archive for October 13th, 2019
DAP condemns terrorism in any form but wants the police to honour the spirit of an “accountable and transparent government” and not to have any “Deep State” mentality reflecting the past kleptocratic government
Posted by Kit in DAP, Law & Order, SOSMA on Sunday, 13 October 2019
DAP mengutuk keras sebarang bentuk keganasan dan pada masa yang sama mahu melihat pihak Polis menghormati semangat “kerajaan yang bertanggungjawab dan telus” dan tidak mewarisi mentaliti lama pemerintahan lepas
Saya baharu sahaja melawat keluarga dua ADUN DAP — ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran dan ADUN Gadek G Saminathan yang juga merupakan seorang Exco — yang ditahan untuk siasatan pada hari Khamis lepas dibawah SOSMA atas dakwaan kaitan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) di Seremban dan Durian Tunggal pagi ini.
DAP mengutuk keras sebarang bentuk keganasan dan pada masa yang sama mahu melihat pihak Polis menghormati semangat “kerajaan yang bertanggungjawab dan telus” seperti yang ditekankan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas keputusan bersejarah 9 Mei 2018 dan tidak mewarisi mentaliti lama pemerintahan kleptokratik yang lepas.
Di bawah pemerintahan yang lepas, definisi ancaman kepada keselamatan negara bermaksud sebarang ancaman terhadap Perdana Menteri semasa atau pun parti politik yang sedang berkuasa yang tidak berkaitan sama sekali dengan keselamatan dalam negara, seperti cubaan untuk memulihkan nama baik dan maruah negara dengan pendedahan skandal 1MDB yang telah mencemarkan nama negara di peringkat dunia sebagai sebuah kleptokrasi global.
Kerana inilah bekas Timbalan Pengerusi UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan ditahan di bawah SOSMA pada tahun 2015 dan SOSMA digunakan pada tahun 2016 untuk menahan 15 orang pemimpin pembangkang dan aktivis sivil di masa itu — termasuklah Maria Chin Abdullah yang merupakan Pengerusi Bersih ketika itu dan kini Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya — atas hubungan himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016.
Era di mana isu keselamatan dalam negara menjadi tanggungjawab mutlak pihak Polis sudah pun tamat, kini, isu keselamatan dalam negara sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama semua rakyat Malaysia yang patriotik. Read the rest of this entry »