Archive for October 11th, 2019
Call for the immediate release of Gunasekaran and Saminathan and the other five detained for suspected attempt to revive the LTTE or they should be charged in court to afford them a chance to defend themselves
Posted by Kit in DAP, Human Rights, Law & Order on Friday, 11 October 2019
Seruan untuk pembebasan segera Gunasekaran dan Saminathan serta lima yang lain yang ditahan kerana disyaki cuba untuk menghidupkan semula LTTE harus dibebaskan segera atau didakwa di mahkamah supaya mereka mempunyai peluang untuk membela diri
Seperti yang ditegaskan oleh 16 Ahli Parlimen dan ADUN dari Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama semalam berhubung penahanan dua ADUN DAP dan lima yang lain oleh pihak polis atas dakwaan mereka mempunyai kaitan dengan LTTE adalah di luar pemahaman, kerana LTTE sebagai sebuah gerakan pembebasan Tamil telahpun terhapus di Sri Lanka selepas berakhirnya perang saudara yang berlarutan selama 26 tahun pada tahun 2009, di mana ketua LTTE Vellupillai Prabhakaran terbunuh.
Lebih daripada 10 tahun sudah berlalu dan amatlah tidak masuk akal untuk membayangkan kebangkitan semula LTTE dari Malaysia, apatah lagi membabitkan pemimpin-pemimpin DAP.
Selama 53 tahun, DAP komited terhadap perjuangan politik yang aman dan demokratik dalam membawa perubahan, sekaligus menolak sebarang bentuk keganasan – apatah lagi terorisme.
Saya sendiri pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dihapuskan atas dakwaan menganggu-gugat keselamatan negara, dan amatlah penting, terutamanya sejak perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018 yang lalu, untuk strategi dan pemikiran polis berhubung soal perbezaan pendapat yang sah dan apa yang dimaksudkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara, perlu melalui berubah dengan sewajarnya.
Ini antara sebab mengapa Pakatan Harapan berjanji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu untuk menghapuskan akta-akta yang menindas, terutamanya peruntukan yang bersifat drakonian dalam Akta SOSMA 2012. Read the rest of this entry »