Archive for October 8th, 2019

Asyraf’s lies and hate speeches are the real threats to Malay and Malaysian dignity and the reasons why strong corrective action are necessary and imperative to prevent fake news and hate speech to incite inter-racial and inter-religious polarisation from destroying Malaysia

Pembohongan dan ucapan kebencian daripada Asyraf adalah satu ancaman terhadap maruah orang Melayu dan rakyat Malaysia dan menjadi satu sebab perlunya untuk satu tindakan yang tegas untuk mengekang berita palsu dan ucapan kebencian — yang menghasut polarisasi antara kaum dan agama — daripada terus memusnahkan Malaysia

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan telah mendedahkan bahawa kenyataan Ketua Pemuda UMNO berkenaan “10 alasan kenapa Perdana Menteri Dr Mahathir wajar singkirkan DAP dan PKR” gagal untuk melepasi ujian fakta kerana tidak dapat disokong dengan sebarang bukti sokongan. Namun begitu, perkara ini tidak menghentikan penyebaran berterusan berita palsu dan ucapan kebencian yang bertujuan untuk menghasut polarisasi antara kaum dan agama dalam Malaysia pasca PRU-14.

Ambiga berkata beliau mempunyai 50 alasan mengapa UMNO tidak perlu kembali berkuasa. Kini alasan itu bertambah kepada 51.

Penyebaran penipuan, berita palsu dan ucapan kebencian untuk menghasut polarisasi dan konflik antara kaum dan agama kelihatan seperti sudah menjadi satu-satunya strategi pihak Pembangkang untuk melawan usaha Pakatan Harapan untuk dalam menjayakan sebuah Malaysia Baharu yang menjadi negara terulung berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti.

Saya pernah berharap Kongres Maruah Melayu dapat menjadi perintis untuk satu kempen yang melibatkan semua rakyat Malaysia untuk mencapai Zaman Kegemilangan Malaysia sebagai negara terulung berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti serta membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia adalah kisah kejayaan pertemuan empat tamadun besar dunia – Melayu / Islam, Cina, India dan Barat – bukannya menjadi gagal kerana Konflik Peradaban.

Harapan ini ternyata silap. Read the rest of this entry »

4 Comments