Lets nip in the bud all conspiracy theories of Pakatan Harapan Government cracking up during the 2020 budget parliamentary meeting from October to December as Pakatan Harapan government intends to last the full term


Hentikan teori konspirasi yang mendakwa kononnya Kerajaan Pakatan Harapan akan berpecah semasa pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2020 di Parlimen yang akan berlangsung dari Oktober hingga Disember ini kerana Pakatan Harapan memenuhi mandat penggal ini

Tiga sidang Parlimen sebelum ini iaitu pada Oktober tahun lalu dan pada Mac serta Julai tahun ini dibayangi dengan laporan media yang bersifat spekulatif berkenaan khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berdepan dengan penyingkiran menerusi undi tidak percaya di Parlimen, yang didakwa akan melibatkan sekumpulan ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Sesi Persidangan Parlimen yang berlangsung selama 36 hari bermula hari ini sehingga Disember terlepas daripada gangguan “usul tidak percaya” terhadap Mahathir seperti yang digambarkan dalam laporan media bersifat spekulif berkenaan, bukan kerana tidak ada mereka yang “gatal-gatal” mahu merancang atau mereka-reka teori konspirasi berkenaan, tetapi kerana teori konspirasi “usul undi tidak percaya” khayalan ini telah gagal dibuktikan sepanjang tiga sidang Parlimen yang lepas, membuatkan pihak yang menyebarkannya kelihatan mengarut dan bodoh.

Ini tidak bermakna bahawa Pembangkang tidak berharap untuk melihat kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya berpecah, dan melakukan bermacam-macam cara untuk merealisasikan impian mereka itu.

Melihat kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya menjadi lemah dan berpecah selepas hanya beberapa bulan adalah perkara yang sentiasa diimpikan oleh UMNO dan PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2019, namun ia tidak berlaku dan kerajaan gabungan DAP, PKR, Bersatu dan Amanah tidak berpecah, Pembangkang terus mencari-cari keretakan dan kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan, malah membesar-besarkan keretakan dan kelemahan yang sebenarnya tidak wujud dalam kerajaan gabungan ini.

Pun begitu, empat parti gabungan Pakatan Harapan bukan sahaja telah terselamat daripada pelbagai serangan sepanjang beberapa bulan pertama mentadbir Putrajaya. Dua hari daripada hari ini, kerajaan PH akan menandakan 17 bulan kejayaan mentadbir secara lancar dan PH berhasrat untuk memenuhi mandatnya sehingga ke akhir penggal ini selama lima tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2023.

Apabila rancangan keji untuk mencetuskan perpecahan dalam kerajaan Pakatan Harapan gagal, parti-parti pembangkang akhirnya menerima hakikat bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan mentadbir sehingga habis penggal ini, — di mana mereka sepatutnya mempersiapkan diri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 — mereka kembali menyusun gerak dengan harapan dapat menyaksikan perpecahan kerajaan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 dan kembali berkuasa di Putrajaya.

Perkara ini mencetuskan penyebaran secara berleluasa ucapan kebencian dan berita palsu sejak beberapa bulan lalu untuk mencetuskan perpecahan antara kaum dan agama dengan mempergunakan isu yang membabitkan 3R secara maksimum — dengan politik toksik yang cuba menciptakan ilusi bahawa kerajaan Pakatan Harapan kononnya di ambang perpecahan.

Pemukiman Pakatan Harapan selama dua hari di Shah Alam menjelang perbahasan belanjawan di Parlimen telah menjadikan Pakatan Harapan lebih kuat, lebih bersatu dan lebih padu sehingga sukar untuk Pembangkang melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Harapan sama ada di luar atau di dalam Parlimen.

Oleh itu, hentikanlah semua teori konspirasi bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan berpecah semasa perbahasan Belanjawan 2020 dari Oktober hingga Disember kerana Pakatan Harapan berazam untuk kekal sebagai kerajaan sehingga tamat penggal ini.

Ada antara mereka yang berharap Kongres Maruah Melayu semalam akan menjadi pemangkin kemusnahan perpaduan Pakatan Harapan, namun perkara yang sebaliknya pula yang berlaku.

Menjadi sesuatu yang teramatlah pelik, apabila Kongres Maruah Melayu yang membincangkan permasalahan tentang politik, ekonomi, agama dan pendidikan ini, gagal untuk membincangkan masalah paling besar — maruah Malaysia yang tercalar ekoran digelar sebagai sebuah kleptokrasi global selama hampir sedekad dan penyebaran berleluasa ucapan kebencian dan berita palsu bertujuan untuk mewujudkan perpecahan dan konflik antara kaum dan agama.

Kejadian di mana Malaysia digelarkan sebagai sebuah kleptokrasi global ini adalah satu faktor terbesar yang menjatuhkan maruah orang Melayu dan Malaysia, namun ia tidak sekelumit pun dibangkitkan dalam kongres berkenaan.

Saya berharap Kongres Maruah Melayu ini mampu merintis jalan untuk menjadi sebuah kempen yang melibatkan semua rakyat Malaysia bagi mencapai Zaman Kegemilangan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf antarabangsa berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti dan membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia adalah kisah kejayaan daripada pertemuan empat tamadun hebat di dunia — Melayu/Islam, Cina, India dan Barat — dan bukannya gagal ekoran konflik peradaban.

Kita tidak patut terus diheret dengan isu khayalan yang diciptakan oleh pihak yang mereka-reka dan menyebarkan berita palsu dan ucapan kebencian, sebaliknya terus maju ke hadapan ke arah sebuah Malaysia Baharu, bersaing dengan negara-negara lain dan mengelak daripada terus-menerus bercakaran sesama sendiri tentang isu-isu yang direka-reka.

Namun, persoalan-persoalan ini masih belum dijawab dengan tuntas.

Bagaimanapun, terdapat satu perkara yang pasti. Mereka yang berharap bahawa Kongres Maruah Melayu akan membantu memusnahkan kerajaan Pakatan Harapan sedang berasa teramat kecewa, kerana rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau wilayah perlu terus bersatu, setia dengan prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara, bersifat patriotik, matang, mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf antarabangsa dan tidak berputus asa untuk menetapkan semula dasar pembinaan negara bagi mencapai impian Malaysia Baharu.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Isnin, 7 Oktober 2019)

==================================

The three previous parliamentary meetings in October last year and in March and July this year were preceded by speculative media stories that the Prime Minister, Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, faced ouster and removal by a vote of no confidence in Parliament which would involve a section of Pakatan Harapan Members of Parliament.

The 36-day budget Parliamentary meeting beginning today and which would go on till early December had been spared such speculative media stories of impending “no confidence motion” against Mahathir, not because there is no “itchy” plotter or spinner of such conspiracy theories, but because the public exposure of such fictitious “no confidence motion” conspiracy theories which never materialised in the three previous parliamentary meetings had made the spinning of another “impending no confidence motion in Parliament against Mahathir as Prime Minister” looked downright ludicrous and stupid.

This does not mean that the Opposition is not hoping for the Pakatan Harapan Government in Putrajaya to crack-up and disintegrate any time soon, and no stone is left unturn to create such a result.

The hope that the Pakatan Harapan Government in Putrajaya was fragile and would implode in a matter of months was what sustained UMNO and PAS immediately after the 14th General Election on May 9, 2018 , but when this did not materialise and the coalition government of DAP, PKR, Bersatu and Amanah did not disintegrate, the Opposition continued to search for chinks and cracks in the Pakatan Harapan Government and even to magnifiy non-existing chinks and cracks based on the incompatibility of parties and personalities in the coalition government.

But the four-party coalition has not only survived intact through the first few months, it has gone on to mark its 17th month in office short of two days and is set to complete its full five-year term before the 15th General Election in 2023.

When the nefarious designs to cause the disintegration of the Pakatan Harapan Government failed and the opposition parties were beginning to be resigned to the fact that the Pakatan Harapan government would last a full-term and they must prepare for the 15th General Election, hope sprang eternal that it was still possible to cause the crack-up of the Pakatan Harapan government well before the 15th General Election so that they could either return or have access to power in Putrajaya.

This resulted in the upsurge of fake news and hate speech in recent months to incite inter-racial and inter-religious polarisation by exploiting the politics of 3Rs which reached a climax – toxic politics creating the illusion that the Pakatan Harapan government was on the verge of disintegration and collapse.

The two-day Pakatan Harapan retreat in Shah Alam on the eve of the budget parliamentary meeting has made the Pakatan Harapan stronger, more united and more cohesive which will make it impossible for the Opposition to play one Pakatan Harapan party against another whether inside or outside Parliament.

Lets nip in the bud all conspiracy theories of Pakatan Harapan Government cracking up during the 2020 budget parliamentary meeting from October to December as the Pakatan Harapan government intends to last the full term.

There were those who hoped that the Malay Dignity Congress yesterday would play the important role to torpedo the unity, cohesion and purpose of Pakatan Harapan but the opposite has taken place.

It is a “wonder of wonders” that in the deliberations of the Malay Dignity Congress on politics, economy, religion and education, the elephants in the room were ignored altogether – the infamy, ignominy and iniquity of Malaysia as a global kleptocracy for almost a decade and the upsurge of fake news and hate speech to incite inter-racial and inter-religious polarisation and conflict.

Malaysia becoming a global kleptocracy is in fact the single factor which had caused the dignity of both the Malays and Malaysia to reached the lowest ebb in history, yet there is no mention whatsoever about it.

I had hoped that the Malay Dignity Congress could lead the way for a Malaysian campaign to achieve a Golden Age for Malaysia as a top world-class nation of unity, justice, freedom, excellence and integrity and prove to the world that Malaysia is a success story from the confluence of the four great civilisations in the world – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western – instead of a basket-case of a failure from the Clash of Civilisations.

We should not continue to be bogged down by false issues created by the upsurge of fake news and hate speech but to strike out courageously in the direction of a New Malaysia, compete with the rest of the world instead of fighting among ourselves on fictitious issues.

But these questions remain to be answered.

One thing however is certain. Those who had had hoped that the Malay Dignity Congress would help to destroy the Pakatan Harapan government are most disappointed, and Malaysians, regardless of race, religion or region, must continue to be united, loyal to the principles of the Constitution and Rukunegara, patriotic, mature, visionary about Malaysia becoming a top world-class nation and never lose hope in resetting nation-building policies to achieve a New Malaysia.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 7th October 2019)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.