Archive for May 23rd, 2019

Najib is the most malignant political force in the history of Malaysia – global kleptocrat, habitual liar and greatest threat to the vision of a united, progressive and prosperous Malaysia

Najib adalah salah satu kuasa politik yang paling merosakkan dalam sejarah Malaysia — seorang kleptokrat global, kaki penipu, dan ancaman terbesar kepada satu visi Malaysia yang bersatu, progresif, dan makmur

Apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar saya untuk berdebat dengannya di dalam satu temubual dengan Free Malaysia Today pada hari Selasa yang lepas, perkara pertama yang terlintas pada fikiran saya adalah; patutkah seseorang itu berdebat dengan seorang kleptokrat yang mempunyai penyakit suka menipu ataupun memang kaki penipu.

Saya telah menambah, sekira berlakunya perdebatan ini, topik yang terbaik adalah “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti”.

Najib kelihatan tidak kisah dipanggil seorang kleptokrat dan kaki menipu dan bersetuju secara serta merta dengan topik tersebut, tetapi menambah secara licik: “Saya terima tajuk disarankannya tetapi seadilnya dan semoleknya kita perlu bincangkan topik-topik lain semasa debat ini.”

Menjawab cabaran ini, saya telah melantik Setiausaha Politik saya, Syahredzan bin Johan dan Ahmad Faiz Mustafa, Pegawai Perhubungan Parlimen saya untuk berurusan dengan pegawai Najib bagi memuktamadkan butir-butir perdebatan ini untuk dilangsungkan selepas Hari Raya. Read the rest of this entry »

2 Comments