During the nine-hour flight from Kuala Lumpur to Qingdao – with a two-hour transit in Fuzhou – for my week-long visit to China, my thoughts were on the political upheavals and convulsions in Malaysia, seven months after the historic decision of Malaysian voters in the 14th General Election on May 9, 2018.
Very few had expected the great political change to take place on May 9, 2018 – in fact, former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak not only expected to win the mandate to be re-elected as Prime Minister, he was sure that the UMNO/Barisan Nasional coalition would be returned to Putrajaya with a two-thirds parliamentary majority which had been lost for a decade since 200
But now, it would appear that almost everyone expects the ills, faults and wrongs of the past six decades of UMNO/Barisan Nasional rule to be fixed, if not in 100 days, then in two or five years – which is impossible, as the mission to establish a New Malaysia will take more than a one five-year general election cycle but would take a decade or two!
What is important is that Malaysia had a chance to make the critical shift to re-set nation-building policies to save Malaysia from the trajectory towards a sham democracy, kakistocracy, divided nation, failed state and global kleptocracy to restore Malaysia as a world top-class nation and a Tiger Economy which is united, harmonious, democratic, just and which respects the rule of law and good governance.
Just as not many had expected a historic change on May 9, 2018, many had not expected the Pakatan Harapan coalition government to last – least of all, the smooth transition of the Pakatan Harapan time-table for Datuk Seri Anwar Ibrahim to take over as the eighth Prime Minister of Malaysia from Dr. Mahathir Mohamad during the mid-term.
Initially, UMNO leadership had banked on Pakatan Harapan government to implode and disintegrate in two years – but this timetable of early doom had subsequently been revised to five years, expecting the Pakatan Harapan coalition to collapse in the next 15th General Election.
However, before the duration of five years, UMNO had imploded first, with UMNO losing 18 of the 54 MPs elected on May 9, and with as many as another score set to leave, which will be another UMNO history in 69 years – reducing UMNO to the regional status of PAS or even in having fewer parliamentary seats than PAS. From the height of UMNO MPs comprising 56.7% of all MPs in 1964 and 49.7% of all MPs in 2004, will UMNO end up with less than 10 per cent of the total number of 222 MPs in Parliament?
This may be the reason why PAS is already laying claim to be the only party to fight for the Malay-Muslim agenda, with the PAS Secretary-General Takiyuddin Hassan declaring:
“Last time, it was Umno which fought for the Malay-Muslim agenda, as it was the government, and it also had the strength (in terms of resources and numbers).
“Now, it is no longer the government, and it is bleeding MPs and lawmakers, causing the party’s very structure to collapse.”
But the PAS leaders cannot be more wrong as PAS must not have the monopoly to champion the Malay-Muslim agenda in Malaysia.
This is because in a New Malaysia, it is the responsibility of all Malaysian political parties in the Pakatan Harapan coalition, whether PKR, Bersatu, Amanah or DAP, to champion the Muslim/Malay and non-Muslim/non-Malay agendas to demonstrate that any viable and successful nation-building in a plural society is not a zero-sum game but a win-win formula for all Malaysians.
We are still feeling the reverberations from the historic decision of May 9, 2018, with the cracking up of UMNO, which for six decades have virtually claimed the divine right to rule Malaysia.
What should be of great concern to Malaysians is the resort to the toxic politics of lies, hate, fear, race and religion which culminated in the Anti-ICERD rally of 8th December 2018.
There was both pros and cons to the Anti-ICERD rally – among the pros, the country is moving solidly towards a democratic state where the people can speak and assembly peacefully and in accordance with the law; but among the cons, it is a demonstration of the lengths the practitioners of lies, hate, fear, race and religion are prepared to go to pursue their selfish and petty political interests at the national expense.
I am still waiting for an answer from the PAS President, Datuk Seri Hadi Awang whether he is launching an international campaign to save Muslims in the world from the Freemason conspiracy, as 99 per cent of the 1.9 billion Muslims in the world are living in 179 countries which have ratified the International Convention for the Elimination of all forms of Racial
Discrimination (ICERD), including 55 of the 57 member nations of Organisation of Islamic Conference (OIC), such as Saudi Arabia, Indonesia, Turkey, Qatar, United Arab Emirates, Egypt, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Palestine, Algeria, Morocco, Afghanistan, Bangladesh and Pakistan.
Is Malaysia to be the saviour of Muslims in the world, including Muslims in the Islamic heartlands centred in Saudi Arabia, or has Malaysia become the laughing-stock of the world, including the Islamic World?
It is fortunate Malaysia made the historic decision for a peaceful and democratic transition of power on May 9, 2018.
As the former New Straits Times editor-in-chief Dr. Munir Majid has written, the “depth and extent of corruption exposed have been nothing short of astounding” since May 9, 2018, but the greatest indictment is Munir’s observation:
“Yet, not all Malaysians are ashamed. Not those who supported Barisan even as evidence mounted of pervasive and systemic corruption. Not those who continue to support Barisan, particularly Umno, even now. Not those who were at the peak down to the foothills of the mountains of corruption that was Malaysia.”
Not in UMNO – as illustrated by the implosion in UMNO. Not in PAS – as illustrated by the alacrity of PAS leaders to take advantage of the UMNO implosion.
The monstrous 1MDB scandal, which cast Malaysia to perdition by being condemned by the world as a global kleptocracy, must be a terrible lesson for all Malaysians, that we must never again allow the nation to be pawned to anyone’s greed for power or wealth and that the interests of all Malaysians of diverse races and religions and future generations must always take higher priority than the interest of one man or group of persons, however exalted their position or power.
We are coming to the end of the year, a time for reflection and resolution.
Let all Malaysians reaffirm their commitment to a New Malaysia to save the country from the trajectory of a sham democracy, kakistocracy, a failed state, a divided nation and a global kleptocracy to restore ourselves as a top world-class nation and a tiger economy which is united, harmonious, democratic, just and which upholds the rule of law and good governance.
All Malaysians must develop the Big Picture and Long-Term Perspective with the commitment, stamina and perseverance to stay the struggle to accomplish the mission whether it takes one or two decades.
We need to give time for more Malaysians to come on board the mission to build a New Malaysia – but we cannot retreat from any of our commitments for justice, freedom, democracy, integrity and human dignity for all.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Qingdao, China on Monday December 17, 2018)
————————————–
————————————–
Kenyataan media Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Qingdao, China pada hari Isnin 17 Disember 2018:
Pimpinan PAS salah besar, kerana adalah tanggungjawab seluruh parti rakyat Malaysia di dalam gabungan Pakatan Harapan untuk menjuarai agenda Melayu-Islam dan bukan-Melayu-Islam untuk menunjukkan bahawa usaha membentuk negara bukanlah permainan zero-sum
Sepanjang perjalanan 9 jam dari Kuala Lumpur ke Qingdao – dengan transit selama dua jam di Fuzhou – untuk lawatan seminggu ke China, saya terus memikirkan tentang pergolakan politik di Malaysia, tujuh bulan selepas keputusan bersejarah rakyat Malaysia dalam PRU ke-14 pada 9 Mei 2018.
Tidak ramai yang menjangkakan perubahan politik yang begitu besar pada 9 Mei – malah mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja menjangkakan akan memenangi mandat untuk dilantik semula sebagai perdana menteri, beliau turut menjangkakan gabungan UMNO-BN akan kembali ke Putrajaya dengan majoriti dua-pertiga yang telah kehilangan selama satu dekad sejak 2008.
Namun kini, nampaknya hampir semua orang menjangkakan segala penyakit, kesilapan dan kerosakan sepanjang enam dekad pemerintahan UMNO-BN diperbaiki, kalau bukan dalam tempoh 100 hari, mungkin dua atau lima tahun – dan ini adalah mustahil, kerana misi membentuk Malaysia Baharu akan mengambil masa lebih daripada kitaran satu pilihanraya umum, bahkan mengambil masa satu atau dua dekad!
Apa yang penting adalah Malaysia memiliki peluang untuk melaksanakan suatu anjakan kritikal bagi membetulkan dasar-dasar pembentukan negara bagi menyelamatkan Malaysia daripada melaju ke arah sebuah demokrasi yang palsu, kakistrokrasi, negara yang berpecah belah, negara yang gagal, dan sebuah kleptokrasi global; demi mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara kelas tinggi dan sebuah Ekonomi Harimau yang bersatu-padu, harmoni, demokratik, adil dan menghormati kedaulatan undang-undang serta urustadbir yang baik.
Sepertimana tidak ramai yang menjangkakan perubahan bersejarah pada 9 Mei 2018, ramai juga tidak menjangkakan kerajaan gabungan Pakatan Harapan akan dapat bertahan – paling tidak, transisi lancar jadual Pakatan Harapan untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai perdana menteri kelapan dari Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan penggal.
Pada mulanya, pimpinan UMNO begitu yakin bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan hancur berkecai dalam tempoh dua tahun – namun jadual kehancuran ini kemudiannya telah disemak semula menjadi lima tahun, dengan harapan bahawa gabungan ini akan tumbang menjelang PRU ke-15.
Namun, belum sempat lima tahun, UMNO telah meletup terlebih dahulu, apabila ia kehilangan 18 daripada 54 Ahli Parlimen yang dilantik pada 9 Mei, dan ramai lagi dijangka meninggalkan parti tu, yang menjadi satu lagi sejarah bagi UMNO dalam tempoh 69 tahun – menjadikan UMNO jatuh martabatnya setaraf PAS sebagai parti wilayah; malah mungkin mempunyai bilangan kerusi yang kurang berbanding PAS. Daripada tahap mempunyai 56.7% Ahli Parlimen pada 1964 dan 49.7% pada tahun 2004, UMNO akan hanya memiliki kurang 10 peratus daripada jumlah 222 orang wakil rakyat di Parlimen?
Ini mungkin sebab kenapa PAS sudah pun mendakwa menjadi satu-satunya parti yang membawa agenda Melayu-Islam, apabila Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menyatakan:
“Kalau dulu kita lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang UMNO yang menjuarai perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada dalam kerajaan.
“Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti menyebabkan struktur UMNO di beberapa peringkat sudah runtuh.”
Tetapi pimpinan PAS ternyata sangat salah kerana PAS tidak boleh diberikan monopoli untuk menjuarai agenda Melayu-Islam di Malaysia.
Ini kerana dalam Malaysia Baharu, adalah menjadi tanggungjawab seluruh parti politik rakyat Malaysia dalam gabungan Pakatan Harapan, sama ada PKR, Bersatu, Amanah atau DAP, untuk menjuarai agenda Melayu-Islam dan bukan Melayu-Islam bagi menunjukkan usaha membina negara yang cemerlang dalam sebuah masyarakat majmuk bukanlah suatu permainan ‘zero sum’ tapi merupakan formula menang-menang untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kita masih merasakan gema keputusan bersejarah pada 9 Mei 2018 dengan berkecainya UMNO, yang sepanjang 60 tahun telah menuntut hak untuk memerintah Malaysia.
Apa yang serharusnya membimbangkan rakyat Malaysia ialah beralihnya terhadap politik toksik penuh pembohongan, kebencian, ketakutan, kaum dan agama yang memuncak dalam perhimpunan anti-ICERD pada 8 Disember 2018. Ada pro dan kontra terhadap perhimpunan anti-ICERD itu – antara pro-nya, negara sedang bergerak teguh menuju sebuah negara demokratik di mana rakyat boleh bersuara dan berhimpun dengan aman dan mematuhi undang-undang; namun antara kontra-nya, ia menjadi bukti betapa jauhnya kesanggupan para pengamal politik pembohongan, kebencian, ketakutan, kaum dan agama demi kepentingan politik peribadi mereka, yang akan membawa padah kepada negara.
Saya masih menanti jawapan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sama ada beliau akan melancarkan kempen antarabangsa bagi menyelamatkan umat Islam daripada konspirasi Freemason, memandangkan 99 peratus daripada umat Islam seluruh dunia menetap di 179 negara yang telah meratifikasi ICERD, termasuk 55 daripada 57 negara anggota OIC, seperti Arab Saudi, Indonesia, Turki, Qatar, Emirah Arab Bersatu, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Palestin, Algeria, Maghribi, Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan.
Adakah Malaysia menjadi penyelamat umat Islam seluruh dunia, termasuk umat Islam di pusat dunia Islam di Arab Saudi, atau adakah Malaysia telah menjadi bahan ketawa dunia, termasuk dunia Islam?
Mujurlah Malaysia telah membuat keputusan bersejarah memilih perubahan kuasa secara demokratik dan aman pada 9 Mei 2018.
Seperti yang ditulis mantan ketua pengarang New Straits Times, Dr Munir Majid; “tahap rasuah yang telah didedahkan amat mengejut” sejak 9 Mei 2018, namun pemerhatian paling baik Dr Munir ialah:
“Pun begitu, bukan seluruh rakyat Malaysia berasa malu. Bukan mereka yang menyokong Barisan walaupun bukti-bukti menimbun terhadap rasuah yang sistemik dan menjalar. Bukan mereka yang terus menyokong Barisan, terutamanya UMNO, malah sehingga kini. Bukan mereka yang berada di puncak mahupun kaki bukit rasuah yang menggunung di Malaysia.”
Tidak juga di dalam UMNO – seperti yang diperlihatkan dengan meletupnya UMNO. Tidak juga di PAS – seperti yang diperlihatkan melalui kesungguhan pimpinan PAS mengambil kesempatan daripada kehancuran UMNO.
Skandal 1MDB yang begitu besar, yang menghumban Malaysia ke lembah binasa apabila dikutuk dunia sebagai kleptokrasi global, mesti menjadi pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia, bahawa kita tidak boleh lagi membiarkan negara digadai demi ketamakan kuasa dan kekayaan sesiapa, dan kepentingan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama serta generasi masa depan mesti didahulukan berbanding kepentingan individu atau kelompok tertentu, tidak kiralah betapa tinggi pun kedudukan kuasa mereka.
Kita sedang menghampiri penghujung tahun, masanya telah tiba untuk bermuhasabah dan membina azam baru.
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh komitmen mereka terhadap Malaysia Baharu, menyelamatkan negara daripada menuju demokrasi palsu, kakistokrasi, negara gagal, negara pecah belah dan kleptokrasi global, dan memulihkan negara sebagai sebuah negara berkelas tinggi, sebuah Ekonomi Harimau yang bersatu-padu, harmoni, demokratik, adil dan mendaulatkan undang-undang serta urustadbir yang baik.
Seluruh rakyat Malaysia mesti membina perspektif gambaran besar dan berjangka panjang dengan komitmen, stamina dan kegigihan untuk terus berjuang bagi mencapai misi tersebut tanpa mengira ia mengambil masa satu atau dua dekad.
Kita harus memberi masa agar lebih ramai rakyat Malaysia boleh menyertai misi membina Malaysia Baharu – kita tidak boleh mengalah daripada komitmen terhadap keadilan, kebebasan, demokrasi, integriti dan martabat insan untuk semua.
*Lim Kit Siang*