Archive for March 28th, 2017

DATUK ZAID PILIH DAP

Oleh Tan Sri Sanusi Junid

HARI BERSEJARAH

Pada hari Selasa 7 February, 2017 mulai pukul 9.30 pagi berduyun-duyun tetamu dari berbilang bangsa/kaum berpusu-pusu ke rumah kediaman Datuk Zaid Ibrahim di No. 10, Jalan TR8/3, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Acaranya ialah ‘Sidang Media Bersama YABhgia Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Sdr. Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim. Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Diikuti dengan jamuan ringan.

DATUK ZAID IBRAHIM

Dalam ucapannya Datuk Zaid telah meminta maaf kerana majlis telah bertukar tempat dari Dewan Tan Sri Hamzah, Kelab Diraja Selangor, Jalan Bukit Kiara off Jalan Damansara 60000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ke rumahnya kerana pihak Kelab Diraja Selangor telah membatalkan di saat-saat terakhir persetujuan mereka untuk memberi izin pertemuan di situ.

Lepas itu, dalam ucapan seterusnya, Datuk Zaid memberi sebab kenapa beliau memilih untuk menjadi ahli DAP. Ucapannya ringkas dan padat. Sebab yang lebih menyeluruh kenapa Datuk Zaid memilih untuk menjadi ahli DAP telah dimasukkan dalam blognya www.zaid.my atas tajuk ‘Why I choose the Democratic Action Party’ atau ‘Kenapa saya memilih DAP’. Read the rest of this entry »

3 Comments

Are we in the last ten days or fortnight of the 44-year-old Barisan Nasional founded by Tun Razak in 1973 as a consensus-based political coalition if UMNO imposes hegemony by unilaterally taking over Hadi’s private member’s bill on RUU 355, whether on April 6 to 10?

Are we in the last ten days or fortnight of the 44-year-old Barisan Nasional founded by Tun Razak in 1973 as a consensus-based political coalition if UMNO imposes hegemony by unilaterally taking over PAS President Datuk Seri Hadi Awang’s private member’s bill on RUU 355, whether on April 6 (the last day of the present Parliamentary meeting) or on April 10 (extension of present Parliament)?

Will Barisan Nasional totally change its character in the next 10 to 14 days from a political coalition where there must be the 3Cs, consultation, consensus and consent from and with everyone of the 13 Barisan Nasional component parties before a policy, measure or decision can become Barisan Nasional government policy, measure or decision into one where the Barisan Nasional is only a coalition in name but accepts UMNO hegemony, where what UMNO leaders want and desire become the law in Barisan Nasional? Read the rest of this entry »

4 Comments

Menolak rasisme, menyemai harapan

oleh Zai
Roketkini
Pada 27 Mac 2017

Lim Kit Siang bukanlah satu nama yang asing dalam arena politik negara. Pelbagai kecaman, tohmahan dan fitnah dilemparkan ke atas pemimpin tertinggi Parti Tindakan Demokratik (DAP) ini. Namun, beliau masih berdiri teguh untuk memastikan misi ‘Selamatkan Malaysia’ yang diperjuangkan sejak lebih 30 tahun lalu dapat direalisasikan.

Umum mengetahui pelbagai kecaman dan tuduhan berbentuk rasisme sering dilemparkan ke atas beliau oleh pemimpin-pemimpin yang bersifat ultra-Melayu. Di sebalik isu-isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pemimpin-pemimpin tersebut yang kini memegang tampuk kepimpinan negara, mereka seperti tidak terkesan dengan apa yang sedang berlaku bahkan mengalihkan perhatian rakyat marhaen kepada isu rasisme ini.

Persoalannya, sampai bila isu rasisme harus dimainkan sehingga isu-isu berkaitan kebajikan rakyat seperti tidak diendahkan? Apakah mereka mengambil perhatian terhadap kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi hingga derita itu ditanggung oleh rakyat biasa? Isu tentang penyalahgunaan kuasa hingga menyebabkan institusi-institusi seperti MARA dan FELDA yang sepatutnya membela masyarakat Melayu-Bumiputera seharusnya dipandang serius dan harus punya kaedah penyelesaian yang lebih efektif kerana isu ini melibatkan kesejahteraan rakyat juga khususnya masyarakat Melayu-Bumiputera.

Namun harus diingatkan bahawa kebajikan dan hak-hak komuniti lain juga harus dijaga kerana mereka juga rakyat Malaysia. Selagi mana kebajikan setiap rakyat dijaga dan dipenuhi tidak kira kaum, agama, gender dan warna kulit, maka isu-isu rasisme ini tidak akan dijadikan modal politik lagi. Read the rest of this entry »

No Comments

Lim Kit Siang and UMNO

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
27.3. 2017

Saya ingin menyahut cabaran Tan Sri Annuar Musa untuk menulis esei berkenaan Lim Kit Siang. Rm50k yang ditawarkan sangat menarik minat saya untuk turut serta dalam cabaran ini, Tinggi harapan saya untuk mendapatkan Rm 50k yang dijanjikan itu malah saya juga berhasrat untuk menyumbang Rm50k itu kepada pasukan bola sepak Kelantan (TRW) dan juga membantu para pelajar UniKL/biasiswa MARA
.
Saya tidak terkejut TS Annuar Musa mampu memberi hadiah sebanyak RM 50k kerana sebelum ini kita telah lihat bagaimana “cekapnya” dia menguruskan pasukan TRW sampai “tidak pernah sekali pun” duit Pelaburan MARA/UNI KL digadaikan untuk menutup kelemahan urus tadbir beliau. “Bagus betul” menjaga kebajikan pelajar. Biasiswa MARA bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara & yang diperuntukkan untuk membiaya pelajar UNIKL yang diberhentikan membuktikan “kecekapan” beliau dalam mengendalikan tugasnya. Mungkin ini adalah satu langkah kehadapan bagi beliau bagi mencungkil bakat-bakat penulisan dalam kalangan rakyat Malaysia. Husnuzon, bersangkabaiklah.
(Tetapi Bab Lim Kit Siang, Husnozon tak boleh tau)
.
Lim Kit Siang kan “anti-Islam”
Lim Kit Siang “anti-Melayu”
Lim Kit Siang “anti-Raja Melayu”
.
Let’s start with the first allegation, Lim Kit Siang “Anti-islam”
Lim Kit Siang Anti Islam. Read the rest of this entry »

2 Comments