Archive for January 7th, 2013

Pengiraan Detik 94 Hari ke PRU13 – Untuk menguji keyakinan UMNO bahawa tsunami 2008 telah dihentikan Najib perlu mengisytiharkan bahawa UMNO/BN akan menerima keputusan pengundi dalam PRU13 termasuklah pertukaran kerajaan di Putrajaya

Baru-baru ini pemimpin UMNO kelihatan penuh yakin, sekurang-kurangnya pada umum, berkenaan Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan contohnya telah mengisytiharkan bahawa Perdana Menteri Seri Najib Razak telah menghentikan “tsunami politik” 2008 dengan pelbagai ikrar dan program transformasi sejak April 2009.

Beliau berkata: “pada 2008 kita khuatir ada tsunami politik, tetapi 2013 saya yakin ia sudah lama berhenti.”

Ahmad jugalah yang tahun lepas meluahkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan mendapatkan semula 20 kerusi perlimen yang dipegang Pakatan Rakyat untuk memperoleh majoriti dua pertiga parlimen dalam PRU13 – mengekalkan 140 kerusi parlimen yang dimenangi dan merampas lime daripada 23 kerusi yang dipegang PAS, lima daripada 29 yang dipegang DAP dan 10 daripada 31 kerusi PKR.

Persoalan yang terlintas di fikiran adalah mengapa Najib berterusan berbolak-balik tentang tarikh pilihan raya umum ke-13 sekiranya kepimpinan UMNO begitu yakin telah menghentikan tsunami 2008 dan mampu mendapatkan semula majoriti dua pertiga parlimen – selain itu memenangi kembali semua lima negeri yang tewas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008? Read the rest of this entry »

3 Comments

94-Day Countdown to 13GE – Test of UMNO confidence that 2008 tsunami has been halted is for Najib to declare that UMNO/BN would accept verdict of voters in 13GE including change of government in Putrajaya

Recently, UMNO leaders are exuding supreme confidence, at least to the public, about the 13th General Elections.

UMNO information chief Datuk Ahmad Maslan for instance has declared that the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has halted the “political tsunami” of 2008 with his various transformation pledges and programmes since April 2009.

He said: “In 2008, we were worried of the ‘political tsunami’ but in 2013, I am confident it has ended.”

It was also Ahmad who last month expressed confidence that the Barisan Nasional would wrest back 20 parliamentary seats held by Pakatan Rakyat to secure two-thirds parliamentary majority in the 13GE – retaining the 140 parliamentary seats it won and capture five of the 23 seats held by PAS, five of 29 held by DAP and 10 of the 31 PKR seats.

The question that immediately comes to mind is why Najib keeps vacillating about the 13th general elections date if the UMNO leadership is so supremely confident about halting the political tsunami of 2008 and regain its two-thirds parliamentary majority – not to mention winning back all the five states lost to Pakatan Rakyat in the 2008 general elections? Read the rest of this entry »

16 Comments

Graft, financial waste definitely wrong, be it RM30k or RM100m

By Jahabar Sadiq
Editor
The Malaysian Insider
January 07, 2013

COMMENT

Jan 7 — The RM30,000 bribe to muzzle a complainant in a sexual harassment case in Penang has hit the headlines, reinforcing the point that no one in Malaysia should accept or tolerate corruption and any financial misconduct in the country.

So, while it is refreshing and laudatory to see mainstream newspapers reporting the Penang case that involves a civil servant and a political aide, questions remain why the local media is silent on the RM100 million National Defence Education Centre (Puspahanas).

Why are they wasting so much ink over RM30,000 and not a drop for the project which has seen government land being swapped and sold but no building in plain sight in Putrajaya.

Is RM100 million just change compared to the raft of multi-billion ringgit federal projects? But RM30,000 is a lot and makes news because it involves a political aide from the federal opposition?

What is the greater crime here? A company with no track record gets a RM100 million construction job in 2005 and is paid with three parcels of government land worth RM72.5 million and RM27 million cash. Read the rest of this entry »

13 Comments

Pengiraan Detik 95 Hari ke PRU13 – Sekiranya Deepak membuat cuma 10% dakwaan terhadap pemimpin DAP/PR sepertimana yang dia lakukan terhadap Najib dan pemimpin UMNO/BN, dia mungkin kini sedang muncul dalam semua media perdana BN sejak enam minggu lalu dan bukannya digelapkan terus.

Sepanjang tiga hari lalu merupakan hari-hari yang sukar buat pemimpin, ahli dan penyokong DAP di dalam 47 tahun sejarah parti, kerana DAP telah memenuhi muka depan media perdana Barisan Nasional sejak dua hari lalu dan memenuhi semua siaran yang dikawal Barisan Nasional.

Berikut adalah tajuk berita muka depan yang lantang di dalam media perdana BN sejak dua hari lalu:

DAP silap kira undi? – Pengarah pilihan raya parti itu letak jawatan (Utusan Malaysia 5.1.13)

Drama DAP – Lagi persoal isu silap kira undi (Mingguan Malaysia 5.1.13)

DAP election FIASCO – Error raises doubts about party’s ability to rule country (New Straits Times 5.1.13)

‘Embarrassing glitch’ – (New Sunday Times 6.1.13)

Sandiwara DAP pujuk Melayu – Ambil masa tiga minggua akui kesilapan pemilihan CEC (Berita Harian 5.1.13)

Tindakan DAP ‘luar biasa’ – Pinda keputusan pemilihan janggal, timbul banyak persoalan: Muhyiddin (Berita Harian t6.1.13)

It doesn’t add up (Star 5.1.13)

Read the rest of this entry »

2 Comments

Pengiraan Detik 96 Hari ke PRU13 – Kejujuran dan rendah hati mestilah sentiasa menjadi kualiti pemimpin DAP sekiranya DAP mahu terus mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia

Telah dibangkitkan persoalan bagaimana boleh berlakunya kesilapan “kiraan semula” yang begitu besar dan kesilapan di dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang mana bilangan undi Zairil Khir Johari untuk pemilihan CEC DAP meningkat sebanyak 498 undi daripadas 305 undi kepada 803 seperti yang diumum kan pada 15 Disember 2012 (meletakkan beliau di tempat ke-20) sementara Vincent Wu Him Ven boleh bilangan undi jatuh sebanyak 533 undi daripada 1,202 undi kepada 669 undi seperti yang diumum kan pada 15 Disember 2012 (meletakkannya di tempat ke-26).

Kesilapan itu bagaimanapun bukan hasil daripada mana-mana kiraan undi, kerana undian Zairil dan Wu telah dikira dengan betul dan terjadual sebagai 803 undi dan 669 undi. Akan tetapi kesilapan itu adalah daripada ralat komputer yang menyebabkan jumlah undian untuk lapan calon terakhir (iaitu No. 61 – 68) dikeluarkan sama seperti undi calon-calon nombor 31 hingga 38, seperti berikut:

No Calon Jumlah Undi No Calon Jumlah Undi
31 LIM LIP ENG 448 61 WONG SAI HOONG 448
32 LIU TIAN KHIEW (RONNIE) 761 62 WONG SZE PHIN @ JIMMY 761
33 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202 63 WU HIM VEN (VINCENT) 1202
34 M. KULA 984 64 YONG WUI WUI (VIOLET) *
35 MANOGARAN A/L MARIMUTHU 305 65 ZAIRIL KHIR JOHARI 305
36 MANOHARAN MALAYALAM 216 66 ZULKIFLI BIN MOHD NOOR 216
37 NG CHIN TSAI 39 67 ROSELI BIN ABDUL GANI 39
38 NG WEI AIK 407 68 TAN BOON PENG 407

Read the rest of this entry »

1 Comment

Pengiraan Detik 97 Hari ke PRU13 – adakah kebenaran tentang pembunuhan menggunakan C4 warga Mongolia Altantuya, Akuan Bersumpah kedua Balasubramaniam dan dakwaan serius Deepak terhadap Najib dan Rosmah hanya akan diketahui sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

Setelah hampir sebulan, negara telah digoncangkan dengan satu demi satu pendedahan sekitar pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu melibatkan Akuan Bersumpah kedua enyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya oleh seorang pengedar permaidani Deepak Jaikiishan.

Persoalan yang menjadi tanda-tanya rakyat Malaysia adalah sama ada kebenaran kebenaran tentang pembunuhan menggunakan C4 warga Mongolia Altantuya, misteri di sebalik Akuan Bersumpah kedua Balasubramaniam dan dakwaan serius Deepak terhadap Najib dan keluarganya hanya akan diketahui sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Walaupun Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi telah berkata bahawa beliau akan menjawab semua dakwaan Deepak terhadap Najib ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO ke-66, beliau dilihat gagal berbuat demikian, walaupun bukan Zahid tetapi Najib sendiri yang sepatutnya menjawab dakwaan Deepak. Read the rest of this entry »

1 Comment

Pengiraan Detik 98 Hari ke PRU13 – Malaysia berhak mendapat kedudukan lebih tinggi berbanding tempat ke 36 di dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan” EIU

Pada Pengiraan Detik 98 Hari ke Pilihan Raya Umum ke-13, Malaysia diingatkan bahawa negara ini berhak mendapat yang lebih baik untuk semua aspek kehidupan di dalam negara ini baik politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan persekitaran.

Malaysia tentu sekali berhak mendapat kedudukan lebih tinggi berbanding tempat No.36 daripada 80 negara di dalam indeks “Negara terbaik untuk dilahirkan pada 2013” dalam usaha Economist Intelligence Unit (EIU) mengukur negara mana yang memberikan peluang terbaik untuk kehidupan yang sihat, selamat dan makmur. Read the rest of this entry »

No Comments

Pengiraan Detik 99 Hari ke PRU13 – Jadikan rasuah salah satu isu penting pilihan raya buat pertama kalinya di dalam pilihan raya umum 13

Semalam, saya mencadangkan bahawa Pengiraan Detik100 Hari ke Pilihan Raya Umum ke-13 bermula daripada hari pertama Tahun baru dan semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam kiraan detik ke PRU13 kerana peristiwa itu mempunyai kepentingan dan kemungkinan bersejarah.

Pada Pengiraan Detik hari ke-99 ke Pilihan Raya Umum ke-13, saya menyeru kepada semua 13.1 juta pengundi untuk menjadikan rasuah salah satu isu penting pilihan raya 13 buat pertama kalinya dalam tempoh 53 tahun.

Sabtu lepas, Bernama melaporkan hal berikut:

Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.

“Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,” katanya.

Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.

“Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat,” katanya.

Read the rest of this entry »

No Comments

Mulakan kiraan 100 hari ke PRU13 hari ini – dan pastikan mandat yang jelas untuk Pakatan Rakyat menggantikan perikatan UMNO/BN di Putrajaya untuk membina negara yang bersatu, demokratik, adil, progresif dan makmur.

Setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterusan menjadikan dirinya tumpuan negara dan antarabangsa selama hampir dua tahun kerana memainkan watak Hamlet yang sengsara dengan persoalan “To Be or Not To Be” (melakukannya ataupun tidak) dalam hal membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat buat dirinya seraya menamatkan peranannya sebagai Perdana Menteri paling lama di Malaysia yang tidak dinaikkan melalui jalan pilihan raya, maka ungkapan “100 hari ke PRU13” telah menjadi sebut-sebutan dalam bulan terakhir 2012.

Mulakan kiraan rasmi 100 hari ke PRU13 hari ini, hari pertama 2013, dan biarkan semua rakyat Malaysia mengambil bahagian di dalam kiraan detik ke PRU13 kerana terdapatnya kemungkinan yang bersejarah di dalam peristiwa itu.

Walaupun jika Najib tidak mengadakan pilihan raya umum pada 20 April – hari ke-100 selepas hari ini – Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 27 April 2013 kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukan sedemikian melainkan dibubarkan dengan lebih awal, Parlimen akan terbubar lima tahun selepas tarikh mesyuarat pertama selepas sesebuah pilihan raya umum, misalnya 28 April 2008. Read the rest of this entry »

1 Comment

Zero success rate

R. Nadeswaran
The Sun Daily
6 January 2013

A SEARCH of the archives shows that in the past year, more than 100 columns and commentaries were penned covering about a couple of dozen topics.

Away from the office for a fortnight, there was plenty of time to reflect on what had happened in the preceding year, in between reading opinions and commentaries of fellow scribes regaling what a great year 2012 had been.

On reflection, what was there even to put down as a thought after having written on issues ranging from wrongdoing, inefficiency, insubordination, misuse to abuse of public funds and many more? These were issues of public interest – affecting every citizen of this country.

There is no way or equipment to measure the success of this column. The success rate in informing the public of such nuances and allowing them to draw their own opinions may have been excellent.

However, when it comes to getting responses, let alone results in bringing about such issues to the fore, the rate has been dismal – absolutely ZERO! Read the rest of this entry »

6 Comments

Corruption? It’s OK lah

by Khairie Hisyam Aliman
The Malaysian Insider
Jan 07, 2013

JAN 7 — “It’s amazing how much shit people put up with, as long as you give it to them slowly.”

The above quote from Mack Leighty echoed in my head as I read that we are ranked second out of 150 countries in Global Financial Integrity’s latest report on illicit financial outflows worldwide. According to GFI, in 2010 alone we lost RM196.84 billion in funds to tax havens and Western banks, second only to China.

Earlier this month, it was Transparency International’s survey. They asked this: “During the last 12 months, do you think that your company has failed to win a contract or gain new business because a competitor has paid a bribe?” We scored the highest out of 30 countries with 50 per cent.

The same survey also found that respondents feel the misuse of public fund by public servants and politicians is common. They also said they feel it’s common for public officials to demand or accept bribes. On the whole respondents perceive government efforts to fight corruption as largely ineffective.

How did it become so bad? Read the rest of this entry »

8 Comments

Talking about heights of arrogance

– Aman Ally
The Malaysian Insider
Jan 06, 2013

JAN 6 – These past few days, Malaysians have been entertained by the spectacle of the Barisan Nasional-owned media attacking Datuk Seri Abdul Hadi Awang for his “Amanat Hadi” and the DAP for its inability to count votes in ints internal polls.

It reached a point today when Datuk Seri Dr Rais Yatim opened another attack on Pakatan Rakyat for revealing its “height of arrogance” in deciding to hold a rally in Stadium Merdeka next weekend without even discussing the venue with the stadium board or the police.

Now, I wonder if Rais knows what is “height of arrogance” actually is?

Isn’t it the height of arrogance for the Information, Communication and Culture Minister to decide that Hadi cannot appear on Radio Televisyen Malaysia (RTM) because of this so-called “Amanat Hadi” and that there is a fatwa on it?

Who owns RTM? Umno? Barisan Nasional?

RTM is a state broadcaster paid by public funds and not his personal fiefdom. Who is he to arrogantly decide who can appear on the station? Read the rest of this entry »

18 Comments