Siapa kafir harbi?


By Aspan Alias
15 Ogos |The Malaysian Insider

Setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak kerajaan terhadap pihak yang memfatwakan DAP sebagi parti untuk ‘kafir harbi’. Sikap kerajaan membiarkan perkara ini terus menerus di sebut oleh pihak tertentu yang ‘desperate’ ini, membawa tanggapan yang pihak kerajaan BN hari ini tidak prihatin terhadap sensiviti rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

Tidak ada sesiapa berhak untuk melebelkan pihak yang menyokong dan bermuafakat dengan DAP bagi kebaikan negara menggelarkan mereka sebagai kafir. DAP merupakan sebuah parti politik yang terdaftar secara halal dengan pendaftaran pertubuhan dan parti itu telah menjunjung segala peruntukan yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Hanya pihak Umno sahaja yang cuba menafikannya.

Ulamak sesat yang memberikan fatwa itu wajar di ambil tindakan kerana ia merupakan satu tindakan memecah belahkan rakyat berbilang agama dan kaum dan ini merupakan tentangan secara ‘direct’ terhadap agama suci kita. Memecah belahkan masyarakat merupakan tindakan yang tercemar dari pandangan agama suci kita, kerana kita di tuntut untuk saling menghormati diantara semua puak dan bangsa serta agama.

Kita mesti menerima hukum agama kita secara ‘total’ dan bukannya mengambil setengah yang sesuai dengan mereka (Umno) dan membuangkan setengah yang lain yang terkena kepada batang hidung mereka sendiri. Jika kita tidak menerima keseluruhan dari 6666 ayat dalam Quran itu maka kita boleh persoalkan keimanan kita sendiri kerana mempercayai Quran secara ‘total’ itu merupakan salah satu dari rukun iman yang enam itu. Kalau di ambil semua nilai dan hukum agama kita, kita boleh melihat dengan jelas yang Umno sendiri melakukan banyak perkara yang kafir.

Rasuah itu adalah kafir, menyalahgunakan kuasa itu kafir, memfitnah itu kafir dan memecah belahkan rakyat itu adalah kerja kafir. Malahan tindakan ramai orang meninggalkan BN khususnya Umno itu ialah kerana tindakan-tindakan yang kafir yang dilakukan oleh mereka. Banyak kroni di dalam Umno itu sendiri mempunyai sikap dan sifat Qarun di zaman Firaun dahulu. Mereka tidak berhenti-henti mengumpulkan harta yang banyak tanpa had dengan menggunakan wang rakyat dan negara.

Sebaliknya di pihak Pakatan Rakyat mereka lebih ‘sensitive’ terhadap kehendak agama-agama di negara ini dengan melakukan banyak perkara yang dituntut oleh agama-agama khususnya agama Islam. Islam membenci rasuah dan sudah jelas kerajaan DAP P Pinang telah memunafaatkan kuasa yang ada kepada mereka mentadbir negeri itu dengan tahap rasuah yang paling rendah dan hampir kepada tahap sifar. Sesiapa boleh menafikannya tetapi kenyataan tetap kenyataan.

Bagi seseorang yang bertuhan dan beragama, yang penting ialah nilai Islam dan agama itu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Tidak guna kita menjadi muslim tetapi tindakan kita semuanya menentang agama secara terbuka dan tidak meng’addin’kan agama itu. Kita mesti tuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan fatwa mengikut nafsu dan nafsi amarah mereka kerana islam yang tulin itu adalah lembut dan sejuk untuk semua orang menerimanya dengan ikhlas dan jujur.

Islam itu sentiasa memberikan kesejukan dan bukannya kepanasan seperti kepanasan api neraka. Saya merupakan ahli kepada DAP dan saya tidak kurangkan kemelayuan saya atau mengurangkan Islam saya.

Saya tahu yang penting ialah saya sentiasa mengingatkan diri saya dan keluarga saya supaya terus menerus bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhannya sentiasa. Apa gunanya menjadi ahli kepada parti yang dianggotai oleh orang-orang Muslim seperti Umno, sedangkan tindakan pemimpin-pemimpin mereka selalu bertentangan dengan kehendak agama anutan mereka.

Saya tidak berhak untuk memunafikkan sesiapa kerana hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk melakukannya, tetapi jika kita tarbiah syariat dengan betul saya hanya berhak setakat mengingatkan sesiapa yang terlibat supaya jangan melakukan perkara-perkara yang munafik. Saya ingin mengingatkan diri saya dan semua pihak yang munafik ini merupakan satu dosa yang tidak terperi besarnya.

Setakat yang kita ingat Umno lah yang menolak hukum hudud. Jika Umno menerima hukum Islam secara total Dr Mahathir tidak sepatutnya menolak hudud dahulu. Kita masih ingat dengan jelas penolakan itu.

Semua parti dalam BN menolak hudud. Seburuk-buruk Pakatan masih ada niat dan usaha untuk melakukannya. Hanya setakat ini Putrajaya itu masih berada dalam tangan BN sehingga pilihanraya yang akan datang.

Itulah sebabnya saya selalu mengulangi kata-kata ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN’. Banyaklah penyokong Umno marah dengan kenyataan saya ini tetapi saya tidak peduli kerana apa yang saya katakan itu adalah perkara yang benar.

Pakatan DAP, PAS dan PKR wajar diberikan peluang kali ini setidak-tidak buat lima tahun yang akan datang untuk membuktikan kemampuan mereka merobah segala-gala yang tidak baik kepada keadaan yang dituntut oleh agama kita.

Rakyat boleh mengembalikan kepada BN jika PR jelas lebih buruk dari BN. Tetapi PR akan mampu memberikan bukti itu jika Putrajaya berada ditangan mereka (PR). Selepas itu rakyat boleh menilainya kembali kerana setiap lima tahun rakyat mempunyai kuasa untuk mengunahnya.

Barulah kita akan tahu siapa yang kafir harbi itu.

Print Friendly

  1. #1 by good coolie on Wednesday, 15 August 2012 - 11:06 pm

    Kafir-mengkafirkan sudah sekian lama berlaku dalam sejarah politik Malaysia. PKR perlulah mengakui bahawa PAS lah yang mula-mula mengkafirkan Muslim sendiri (iaitu Muslim UMNO). Sekarang giliran UMNO pula. Tak usaha serius sangat brother. Biar sahaja lah.

  2. #2 by lee wee tak_ on Wednesday, 15 August 2012 - 11:21 pm

    maka Registrar of Society yang mentadbirkan undang-undang yang diluluskan dalam parlimen kawalan pun kafir harbi juga kerana meluluskan pendaftaran DAP ini?

    maka pengundi Penang yang memberikan kuasa Pakatan Rakyat DAP mentadbirkan negeri itu dengan baik itu pun kafir harbi juga?

    maka pekerja-pekerja kerajaan Pulau Pinang pun kafir harbi pula?

    maka hakim yang dianugerahkan hadian RM10,000kerana membangkitkan hal rasuah juaga kafir harbi juga?

    maka semua masjid di Pulau Pinang yang menerime peruntukan daripada Pulau Pinang pun kafir harbi juga?

    maka orang-orang tua yang menerima bayaran RM100 pun kafir harbi juga?

    maka ahli-ahli DAP yangmembayar segala cukai ke dana kerajaan persekutuan, pun menyebabkan dana yang digunakan oleh kerajaan pimpinan UMNO itu pun kafir harbi juga?

    kelirulah oooi!!!!!!!!

  3. #3 by dagen wanna "ABU" on Wednesday, 15 August 2012 - 11:50 pm

    Jadi kafir harbi tu bagai enemy of the state. Betul tak? Siapa enemy of the state? Jawapan, umno. Senang je.

  4. #4 by Bigjoe on Thursday, 16 August 2012 - 9:34 am

    What really bothers me about these religo-based false accusation is not so much that they are false but rather why its it even those that defend against it, like to refer to religion itself i.e., the good guys will also turn to their religious text as the basis to attack the malicious.

    The real crime against these religo-based false demonisation is not so much based on religion. Its really simple matter of logic – you start abusing your religion which is not based human reason, then not only your religion suffer but rather what can be gotten away is horrendous. In other words, the best reason are secular which I can understand why the religious ones, even the good guys, stay away from it.

    But if the good guys in religion are willing to give up the best reasoning just because its secular, the road to resolution of such problems will be even harder.

    Such reluctance of people to give up on reasoning, as much as I respect religion and think it necessary for even most people, when it comes to governance, there is no choice in the matter but secularity..Faith in religo-text just don’t cut it when it comes to governance.

  5. #5 by bush on Thursday, 16 August 2012 - 11:45 am

    Adakah kafir berlaku sekiranya :-

    1) Orang yang menerima gaji dari non muslim yang paying tax?

    2) Terima wang import from non muslim country for selling petrol oil?

    3) Belajar bahasa english from oversee university?

    4) Menonton English movie atau menonton sukan yang tidak menutup badan?

    5) Memakan makanan western seperti Bugger?

    6) Melawat ke negara bukan Islam?

    7)dan lain lain lagi.

    Just want to know more about others!

You must be logged in to post a comment.