Archive for category UMNO
The happiest PM in the world
Posted by Kit in Mahathir, Mariam Mokhtar, Najib Razak, UMNO on Thursday, 18 October 2012
Mariam Mokhtar
Malaysiakini
Oct 15, 2012
The Tunku once described himself as “the happiest prime minister” when he was interviewed in 1983, by Peter Hastings, the foreign editor of the Sydney Morning Herald (SMH).
Today, as we read about Prime Minister Najib Abdul Razak, and the tactics used against the rakyat, NGOs, civil liberty groups and the opposition, we see a man who resorts to foul play, even breaking the law if necessary, to prolong his political career and that of his party, Umno.
Perhaps, what the Tunku possessed and what his successors lack is a sense of humour. Behind the calm purpose of his jokes, Tunku was able to show his spirit of tolerance.
Tunku laughed when Hastings reminded him of the time an Islamic group had sought the Tunku’s support for adulterers to be stoned to death and he had replied: “There are not enough stones in Malaysia.” Read the rest of this entry »
TV3 akan menghadapi nasib yang sama seperti Utusan?
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Oct 16, 2012
16 OKT — TV3 sedang merudum “rating”nya. TV3 yang termasyhur sebagai lidah Umno dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat “rating” yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu.
Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.
Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku ke atas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.
Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan dijangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari.
Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan Umno dan rakyat yang berfikiran “professional” tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap “tidak professional” TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur. Read the rest of this entry »
Jangan was-was, lakukanlah perubahan
Posted by Kit in Corruption, Elections, UMNO on Sunday, 14 October 2012
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
October 14, 2012
Okt 14 — Rasa tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.
Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.
Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung. Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh perundangan negara kita.
Banyak pihak telah membuat teguran dan desakan untuk pimpinan sekarang ini melakukan pembersihan terhadap rasuah ini kerana UMNO merupakan parti yang memimpin negara kita. Namun semua desakan itu tidak pergi ke mana, malahan rasuah berkembang dengan begitu menjolok mata sehinggakan kita semua tidak tahan lagi untuk bersabar. Read the rest of this entry »
Najib refuses to disclose source of Sabah Umno’s political donation
Posted by Kit in Corruption, Najib Razak, Sabah, UMNO on Saturday, 13 October 2012
By Md Izwan
The Malaysian Insider
Oct 13, 2012
KUALA LUMPUR, Oct 12 — Datuk Seri Najib Razak refused tonight to disclose the source of a political donation received by Umno Sabah that was the subject of the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigation of Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman.
“It is a political donation. All parties have a right to receive political donations. As long as it is through the right channels, it is not an offence,” the Umno president (picture) told reporters after chairing a Barisan Nasional (BN) supreme council meeting.
“We are not at liberty to disclose… the opposition also receives donations and they don’t disclose,” he said.
Yesterday, Parliament was told the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had cleared Musa of graft and money-laundering allegations after finding that the over S$16 million (RM40 million) allegedly channelled to the Sabah chief minister through corrupt means was meant for Sabah Umno’s use. Read the rest of this entry »
Mahathir lwn Soros
Posted by Kit in Elections, Mahathir, Najib Razak, UMNO on Wednesday, 10 October 2012
— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Oct 10, 2012
Oct 10 — Kenyataan Dr Mahathir semakin hari semakin bizarre. Orang Melayu kata macam buang tebiat. Sewel, biul dan merapu. Terbaru Dr Mahathir berkata mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundi Soros dan mengundi Soros bererti penaklukan semula. Re-colonisation.
Makna nya kalau Anwar PM- maka Soros dibelakang nya. Haji Hadi, Kit Siang semua menjadi antek neo-kolonialisme. Begitu? Rakyat Malaysia yang 29 juta ini apa pula? Anak kambing? Who are you trying to kid DR Mahathir? ( kid =anak kambing). Keluarga Shahrizat anggap kita lembu. Mahathir anggap kita anak kambing.
Siapa Soros? Kita tahu dia seorang yang kaya dan membuat pelaburan melalui beberapa syarikat milik nya terutama flagship company nya- Quantum Funds. Dia guna kekayaan nya untuk membantu pertubuhan dan gerakan2 mendapat kemerdekaan. Dia juga seorang dermawan yang terkemuka membantu rakyat yang buta huruf, kebuluran dan yang ditimpa mala petaka.
Dr Mahathir kata dia tak bagus dan penyangak. Tapi jutaan rakyat dalam negara yang duduk dibawah pemerintah yang zalim menganggap Soros sebagai anugerah Tuhan kepada mereka.
Kepada Dr Mahathir Soros penyangak. Tapi Dr Mahathir menulis suatu surat kepada Soros dengan nada yang merayu rayu ajak berjumpa untuk menyelesaikan masaalah ekonomi secara bersama. Kalau Soros ini jahat mengapa Dr Mahathir tulis surat kepada Soros dan kemudian nya berjumpa? Boleh jadi inilah agaknya maksud lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Syaitan mesti kenal geng seangkatan dengan nya. Read the rest of this entry »
Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Oct 08, 2012
8 OKT — Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan Umno dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau.
Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.
Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.
Berbagai cara beliau untuk mempertahankan kejatuhan Umno yang beliau tubuhkan itu. Menuduh semua orang bertanggungjawab di sana sini terutamanya pihak pembangkang. Dr Mahathir bukan sahaja mengutuk pembangkang untuk memalingkan rakyat mengarahkan kesalahan kepada beliau malahan beliau menumpukan masa dan waktunya untuk menuduh Abdullah Ahmad Badawi pemimpin yang beliau pilih sendiri untuk menggantikannya.
Semua orang salah kecuali beliau dan keluarga beliau. Dr Mahathirlah pemimpin yang bergaduh dengan semua pihak semasa beliau memegang kuasa beliau seorang sahajalah yang betul. Orang lainnya semuanya tidak betul. Orang lain semuanya anti Melayu. Hanya beliau sahajalah pejuang Melayu. Orang yang benar-benar Melayu tidak memperjuangkan Melayu tetapi mereka yang menjadi Melayu “by choice” memperjuangkan hak Melayu. Itu kepercayaan Dr Mahathir. Read the rest of this entry »
Nothing political in Penang dialogue, say pastors
Posted by Kit in Hishammuddin, Lim Guan Eng, Media, UMNO on Sunday, 7 October 2012
By Opalyn Mok
The Malaysian Insider
Oct 07, 2012
Penang church pastors have refuted allegations that Chief Minister Lim Guan Eng had engaged them in political talk recently. — File picture GEORGE TOWN, Oct 7 — Penang church pastors refuted today allegations in Utusan Malaysia that Lim Guan Eng had engaged them in political talk during a recent dialogue session, the latest black mark against the Umno daily in its reporting of the state chief minister.
The DAP secretary-general has been under fire by Umno leaders and Utusan Malaysia columnist Awang Selamat for allegedly telling Christians to stand up to injustice.
“There were no political speeches made during that luncheon dialogue session between the state government and us,” national co-ordinator of the National Evangelical Christian Fellowship Pastor Sam Surendran told a press conference here this evening.
“I was present at the lunch dialogue session and all the pastors here also attended the session and we are refuting any claims that the chief minister had delivered any politicial speeches on that day,” he added.
The Umno-owned Utusan Malaysia had claimed Lim delivered a political speech at a church to garner votes for the upcoming elections. The news report had also quoted the Bishop of Lutheran Evangelical Church Rev Dr Solomon Rajah and National Church Council president Rev Dr Thomas Philips allegedly criticising Lim for using churches as a place to win votes. Read the rest of this entry »
Stubborn Umno ‘killing’ race relations
Mohd Ariff Sabri Aziz | October 7, 2012
Free Malaysia Today
Umno’s refusal to adapt to the changing socio-political setting in the country is its own doom.
The Malaysian people have already shown that they no longer accept the Umno solution.
The coming together of various races during Bersih 3.0 earlier this year sent shivers along the spine of the Umno leadership unless of course they misread or simply refused to read the signals sent by the tens and thousands of participants who voluntarily rallied.
Umno’s approach to ‘unity’ is something like the Nazi final solution. It thinks it can achieve national unity by pitting one race against one another.
Today the Chinese, tomorrow the Indians and later all other non-Malay Malaysians.
Eventually, it will apply the same gas-chambering treatment to the Malays who dared challenge and reject Umno.
The Malays who are opposed and reject Umno are classed as either not having sufficient Malayness or apostates. The majority of us reject this fascism. Read the rest of this entry »
Pecahkan ruyungnya dahulu sebelum mendapatkan sagunya
Posted by Kit in Elections, Pakatan Rakyat, UMNO on Friday, 5 October 2012
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Oct 04, 2012
4 OKT — Kenapa kita mendengar rakyat bercakap dan berbincang tentang politik tidak henti-henti sehinggakan jarang-jarang kita mendengar orang ramai bercakap pasal lain. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku sampai ketahap ini dan ini sahaja menunjukkan rakyat sedang dalam pencarian. Kehidupan rakyat tentulah ada masa pasang dan surutnya dan ia bergantung kepada siapa yang mentadbir dan memerintah kita. Setiap rakyat ditadbir oleh badan kerajaan secara “direct” atau “indirect” di dalam mana-mana negara yang berkerajaan.
Rakyat ditadbir oleh kerajaan sehingga dikampung-kampung dan mereka ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK itu adalah struktur pentadbiran kerajaan yang terendah sekali. Selalunya apabila sampai rakyat biasa bercakap ditempat-tempat awam tentang politik, tidak akan ada perkara lain yang berlaku selain dari berlakunya perubahan. Dalam politik dini hari rakyat Malaysia setiap peringkat bercakap politik dan politik kepartian.
Perubahan itu tetap berlaku dan ini adalah hakikat yang tidak boleh di nafikan oleh sejarah. Kita tidak terlepas daripada angin perubahan ini dan sememangnya perubahan itu sudah sampai untuk berlaku. Kalaulah Muhammad SAW dahulu tidak berhijrah Islam itu susah untuk berkembang kerana masalah tentangan dari kaum mushrikin Makkah. Kemajuan dan perkembangan Islam sendiri terpaksa melalui perubahan dalam bentuk hijrah. Read the rest of this entry »
Malaysia’s Coming Election: Beyond Communalism?
Posted by Kit in Bersih, Elections, Najib Razak, Pakatan Rakyat, UMNO on Tuesday, 2 October 2012
International Crisis Group
Asia Report N°235
1 Oct 2012
EXECUTIVE SUMMARY
Malaysia’s thirteenth general election, which Prime Minister Najib Razak will have to call by April 2013, could be a watershed in communal relations. More than ever before, there is a chance, albeit a very small one, that opposition parties running on issues of transparency, economic equity and social justice could defeat the world’s longest continually-elected political coalition, the National Front (Barisan Nasional), that has based its support on a social compact among the country’s Malay, Chinese and Indian communities. That compact, granting Malays preferential status in exchange for security and economic growth, has grown increasingly stale as the growing middle class demands more of its leaders. Both ruling party and opposition are using images of the Arab Spring – the former to warn of chaos if it is not returned to power, the latter to warn of popular unrest unless political change comes faster. Read the rest of this entry »
Popular populism? Najib’s Budget 2013 gamble
Posted by Kit in Bridget Welsh, Budget Debate, Elections, Najib Razak, UMNO on Tuesday, 2 October 2012
Bridget Welsh
Malaysiakini
Oct 1, 2012
COMMENT Prime Minister Najib Abdul Razak has announced the second election primer budget full of goodies, extending from bonuses to civil servants to handouts to lower income households.
This budget is Najib’s latest fiscal effort to secure him a solid victory in the 13th general election that has to be held before the end of June next year.
The budget is a continuation of a historically unprecedented pattern of direct government transfers to woo political support that has broadened in scope, increased in amount and moved development policy from needs based initiatives to what appears to be a coordinated regime political survival programme.
Najib’s main campaign strategy to win political support has been to offer financial rewards, and he has used his position as premier in an attempt to buttress his political position.
With something for everyone, he is clearly trying to increase his popularity through a variety of populist initiatives. Given his priorities, will this budget actually secure his political fortunes? Read the rest of this entry »
Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya
Posted by Kit in Budget Debate, Elections, Najib Razak, UMNO on Sunday, 30 September 2012
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 30, 2012
30 SEPT — Najib Razak adalah Perdana Menteri pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.
Najib memangnya tidak pernah di uji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap “play safe” dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya.
Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh Umno.
Najib bermain politik mengikut resmi air, “di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul”. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak “the buttered side of the bread”.
Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang “decisive” untuk negara.
Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh Umno iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli Umno keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan Umno diperingkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan. Read the rest of this entry »
Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat
Posted by Kit in Budget Debate, Corruption, Pakatan Rakyat, UMNO on Thursday, 27 September 2012
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 27, 2012
27 SEPT — BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.
Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahu pun didalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir Umno bahagiannya di Pekan.
Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya diantara bajet yang selalu di bentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.
Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang di katakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa “hulubalang” BN itu sebagai bahan lawak itu. Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain. Read the rest of this entry »
Mengundi Umno itu bukan wajib hukumnya! (Bhg. 1)
Oleh Sakmongkol AK47 | September 26, 2012
The Malaysian Insider
26 SEPT — Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi Umno? Ye — kenapa mesti? Why at all? Adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong Umno?
Umno guna 3 isi — bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika Umno kalah. Agama Islam akan tergugat jika Umno kalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.
Jika Umno bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.
Tapi ini zaman, rakyat yang bijak. rakyat terdedah kepada internet. Mereka baca harakah, Roket dan Suara Keadilan. Orang tak baca Straits Times yang tidak ada kredibiliti. Orang tak baca Utusan Malaysia atau Berita Hairan yang jadi saluran propaganda murahan Umno.
Read the rest of this entry »
Kepercayaan Umno adalah segala-galanya adalah pemikiran usang
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 26, 2012
26 SEPT — Kenyataan Dr Mahathir terhadap apa yang beliau katakan sebagai ‘Melayu tidak berterima kasih’ dan ‘tidak bersyukur’ memberikan reaksi yang sangat besar terhadap kewibawaan BN dalam menghadapi PRU yang akan datang. Bagi Mahathir Melayu yang tidak menyokong Umno itu adalah Melayu yang tidak bersyukur dan Melayu yang tidak berterima kasih.
Kenyataan Dr Mahathir itu telah memisahkan ramai Melayu diantara dua pihak yang bertentangan dengan lebih dalam lagi dan kata-kata Dr Mahathir itu sangat menyentuh ramai Melayu yang sedang dalam pencarian sekarang ini. Mengatakan Melayu tidak bersyukur dan tidak berterima kasih itu adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana adalah tidak wajar untuk menuduh Melayu yang betul-betul Melayu itu tidak bersyukur. Hanya orang Melayu yang benar-benar Melayu sahaja yang tahu isi hati orang Melayu sendiri.
Jika benar Umno telah berjuang dan berusaha untuk menyatukan orang Melayu tidak akan berlaku perpecahan seperti yang kita alami sekarang ini. Enam puluh enam tahun mengaku sebagai parti yang menyatukan orang Melayu tetapi apa yang kita sekarang ini hanya menunjukkan kegagalan Umno untuk melakukannya. Bagi Mahathir dan pemimpin Umno yang lain bersatunya Melayu itu ada beberapa cara:
Pertamanya Melayu mesti menyokong Umno bulat-bulat dan jangan mengambil kira samada Umno itu jujur atau tidak. Mereka menganggap Melayu mesti dipenjara dan diberi makan sikit-sikit untuk mengelak orang Melayu dari berfikir dan bertindak mengikut kehendak zaman dan waktunya. Kalau pemimpin rasuah di tabur benih-benih nilai yang membunuh orang Melayu sendiri seperti ada setengah Melayu yang berkata, “kalau Melayu rasuah itu Melayu, orang Melayu juga yang kaya. Apa yang hendak di cemburukan?” Read the rest of this entry »
Umno’s Nation of Traitors
Posted by Kit in Martin Jalleh, UMNO on Wednesday, 26 September 2012
By Martin Jalleh
Dr M, Melayu mahu bersatu, tetapi di luar Umno
Posted by Kit in Abdullah Ahmad Badawi, Anwar Ibrahim, Mahathir, Najib Razak, UMNO on Wednesday, 26 September 2012
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 24, 2012
24 SEPT — Saya telah cuba untuk tidak menulis tentang Dr Mahathir Mohamad lagi tetapi tidak dapat saya berbuat demikian kerana beliau masih lagi menyalahkan semua orang di atas perpecahan orang Melayu sebagaimana anggapan beliau sekarang.
Dalam tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia semalam beliau menzahirkan perasaan sedih di atas apa yang telah terjadi kepada orang Melayu yang pada beliau akan hilang kuasa politiknya disebabkan perpecahan sesama sendiri.
Tidak susah untuk memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai Melayu yang tamak kuasa yang telah memecahkan Melayu itu. Ia tidak lain selain dari Anwar Ibrahim yang telah menjadi duri dalam daging kehidupan sepanjang hayat beliau.
Dr Mahathir masih lagi bercakap tentang Melayu yang beliau sendiri telah pecahkan dan hasil dari perpecahan itu dilontarkan kesalahannya kepada semua orang kecuali diri beliau sendiri.
Utusan menggambarkan yang beliau telah menangis memerhatikan perpecahan orang Melayu sekarang ini. Tetapi Dr Mahathir mesti faham yang orang Melayu telah lama menangis dan tersedu di atas perbuatan beliau memecahbelahkan pimpinan dan premis perjuangan Melayu iaitu Umno selama ini.
Umno telah beliau jadikan sebagai alat permainan beliau dengan menggunakan sentimen Melayu yang menebal dan menggunakan simpati dan sokongan Melayu itu untuk kepentingan peribadi beliau.
Kata perbilangan “sesal dahulu pendapatan, kesal kemudian tiada gunanya”. Inilah yang patut Dr Mahathir rasakan sekarang dan berhenti mengalih dan melontarkan kesalahan kepada orang lain seperti Pak Lah dan Anwar Ibrahim. Read the rest of this entry »
Umno provoking state conflict to destroy opposition
― Koon Yew Yin
The Malaysian Insider
September 24, 2012
SEPT 24 ― The latest dirty trick in Umno’s attempt to destroy the present Pakatan Rakyat government in Selangor has just been unveiled by the Pahang Mentri Besar Adnan Yaakob, after he opened the mini Maha programme at Dataran Bentong recently. This comes in the form of the threat to review its planned sale of raw water to Selangor if the Pakatan Rakyat continues to rule that state.
“We want a review and may even opt to cancel the agreement as the Selangor government appears not to be interested in proceeding with the deal,” said Adnan.
“Initially, we agreed to sell raw water to Selangor at 10 sen per cubic metre but if Pakatan retains the state in the next elections, we would need to review the price. The agreed price with Selangor earlier was at the time it was under the Barisan Nasional.”
According to the Pahang MB, “if Pakatan is taking charge, we may increase it to RM1 per cubic metre.”
To most Malaysians and me, this is the worst type of blatant political blackmail. How can a political leader with any integrity engage in such threats? How dare the mentri besar use the basic necessity of water as a political football? Read the rest of this entry »
Dr M mahukan orang Melayu berlindung di bawah Umno walaupun sudah busuk sampai ke ususnya
Posted by Kit in Mahathir, Najib Razak, UMNO on Sunday, 23 September 2012
— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 22, 2012
22 SEPT — Dr Mahathir Mohamad berkata di Johor Baru dua hari lepas yang pemimpin yang baik perlu menerima teguran yang membina. Ini pun Dr Mahathir benar dan betul tetapi jika kritikan itu di arahkan kepada beliau itu adalah satu kesalahan besar. Apabila beliau di tegur dan di tandingi secara demokratik beliau mengambilnya sebagai satu tindakan memalitkan tahi ke muka dan beliau tidak dapat menerimanya. Hasilnya beliau secara sistematik telah mengharamkan partinya sendiri.
Apabila sistem dan undang-undang yang masih baik semasa itu mampu untuk memulihkan parti yang beliau haramkan itu, maka sistem itu di bunuhnya dengan menceroboh Badan Kehakiman yang sepatutnya bebas dari pengaruh eksekutif. Empat orang hakim Mahkamah Agung telah di pecat termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas melalui penubuhan “tribunal” yang amat tercemar cara penubuhannya.
Apabila semua sistem berada di tangan beliau, Dr Mahathir bertindak mengikut kehendak hatinya sendiri. Tidak lagi sistem demokrasi yang betul kerana semuanya boleh dilakukan oleh Dr Mahathir dan itulah yang membolehkan beliau terus berkuasa dengan rakus selama 22 tahun itu. Jika sistem tidak tercemar Dr Mahathir tidak akan dapat kekal kerana populariti beliau telah jatuh hasil dari pemilihan 1987 itu. Read the rest of this entry »
Aliran condemns slur on Muslims, urges dialogue
By Aliran executive committee
22 September 2012
We refer to the low-budget movie ‘Innocence of Muslims’ that was made by a ‘Sam Bacile’, which depicted the Prophet Muhammad (pbuh) in a bad light.
We share the global condemnation of the movie by Muslims and people of other faiths alike.
Nobody should be making films like this that publicly condemn other people’s religious beliefs, their founders and other aspects of their faith held sacred. Neither should anyone be coming up with caricatures publicly ridiculing other faiths as happened in the French magazine ‘Charlie Hebdo’.
It is the right of any group to protest against such films or caricatures. In Malaysia, it was appropriate that protests were also held. Read the rest of this entry »