Penang should be the front-line state to enable Malaysia to be role model of the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural, and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony


(Versi BM)

I was at the Seri Delima nomination centre this morning with the Pakatan Harapan candidate, Connie Tan, and I thought of my plunge into Malaysian politics some six decades ago.

Connie Tan’s nomination support team was more than my nomination support team when I contested for the first time in the parliamentary election for Bandar Melaka in the 1969 General Election, as there were several hundreds this morning as compared to several scores in my case in Malacca in 1969.

I saw many young faces, reflecting their hopes and vision for a better Penang and Malaysia.

When against the advice of all my friends and family, I decided to take the plunge into Malaysian politics in 1965 at the age of 24, against the prospect of a four-figure salary for the non-university person, it was all idealism working – in pursuit of the Malaysian Dream.

We want freedom, justice, and fair play and we want a united Malaysian society out of our diversity races, languages, religions and cultures, as expressed in my public debate with Professor Naguib al-Attas in November 1968 on Malaysian culture.

Looking at the youths, I wonder whether the six state polls on August 12 will see new wave, not the green wave, but the youth wave, so that the legacy our children and children’s children inherit is not a failed, divided, and corrupt Malaysia but a Malaysia that rose after the August 12, 2023 to become a great world-class nation whether in the political, economic, educational, social, sporting, and entertainment field, punching above its weight.

We want to able to win back the Thomas Cup, excel in Olympics and Paralympics, not only win Oscar but even the Nobel Prizes.

Is this possible?

Singapore is great today because of Malaysians.

We do not want a second Malaysian Diaspora where some two million Malaysians went all over the world in the first Malaysian Diaspora to make other nations great.

We want Malaysians, regardless of race, religion or region, to stay in Malaysia so that Malaysia can rise again to make Malaysia a great world-class nation, punching above its weight.

In launching the Ekonomi Madani on Thursday, the Prime Minister Anwar Ibrahim spelt out his economic vision for the country which included the following salient points:

  • Top 30 biggest economies in the world. In terms of nominal gross domestic products, Malaysia currently ranks 35.
  • Top 12 in IMD World Competitive Index. The current rank is 27.
  • Top 25 in the UN Human Development Index. Current rank is 62.
  • Top 25 in the TI Corruption Perception Index. Current rank is 61.

I myself believe that there are several salient points of Ekomoni Madani which have been omitted, but the important question is whether Malaysia can reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia our founding fathers have written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara (which included the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn, who were also UMNO Presidents) — constitutional monarchy; parliamentary democracy; separation of powers; rule of law; an independent judiciary; Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths in the country; Malay as the national language and the sustenance and preservation of other languages; special provision for the Malays and the natives of Sabah and Sarawak to abolish poverty and development backwardness and the legitimate interests of other communities; good governance with public integrity and minimum of corruption; a clean and honest government; meritocracy; respect for human rights; an end to the various injustices and inequalities in the country; a world-class economic, educational, health and social system; and national unity, understanding and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

With the current salient points in Ekonomi Madani, Anwar has set the country on track for Malaysia to rise again and become a great world-class nation punching above its weight instead of continuing in the trajectory of the last few decades of national decline losing to one country after another. We have already lost out to Singapore, Taiwan, South Korea, Hong Kong, Vietnam; are we going to lose out to Indonesia, China, and India, and even worse, are we to end up as a failed, divided, and corrupt state like Sri Lanka?

The Perikatan Nasional has no agenda to make Malaysia great again.

This is why the six state polls on August 12 is so important — it is once in-a-century opportunity to decide whether Malaysia rises or falls, whether Malayia can rise again to be a great world- class nation or be condemned to end up as a divided, failed, and corrupt state.

I am retired from front-line politics — from the DAP, and Pakatan leadership politics. I am in full support of the DAP as the new DAP leadership under Anthony Loke is moving in the right direction.

But one cannot fully retire from politics, unless we leave this world, as politics influence every facet of one’s life.

I do not believe in cutting myself from the world and I have been pondering on my new post-retirement plans – one of which is the role Penang can play in Malaysia.

Penang today after the Pakatan Harapan came into power in 2008 is very different the days when a Prime Minister called it “Darul Sampah”.

It has won international awards and recognition for its food, beaches, nature, and historical heritage. It was listed by many as a Must Visit City.

In 2008, George Town, was inscribed as a UNESCO World Heritage Site and in 2021, Penang Hill was designated as a UNESCO Biosphere Reserve.

But could Penang do more

I believe so.

Penang should be the front-line state to enable Malaysia to be the role model of the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony, and provide the intellectual leadership for such a transformation.

This is the greatest challenge in Penang and Malaysia.

The greatest international problem is how to ensure that China and the United States do not go to war.

There are also global problems like climate change and environmental degradation, cybersecurity and digital threats, the era of AI, and many new problems which the people of Penang and Malaysia can give their perspectives and contributions.

These are some of my concerns, which should be concern of more and more people in Penang and Malaysia.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at Penang Medical Practitioners Society (PMPS) Fellowship Dinner at Royale Chulan Ballroom on Saturday, 29th July 2023 at 7.30 pm)


Pulau Pinang perlu menjadi negeri barisan hadapan untuk membolehkan Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia

Saya berada di pusat penamaan Seri Delima pagi ini bersama dengan calon Pakatan Harapan, Connie Tan, dan saya terfikir mengenai kali pertama saya menyertai politik kira-kira enam dekad yang lepas.

Pasukan sokongan penamaan Connie Tan adalah lebih besar berbanding dengan pasukan sokongan penamaan saya semasa saya bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya parlimen kerusi Bandar Melaka pada tahun 1969, ada beberapa ratus orang pagi ini berbanding dengan hanya beberapa puluh yang bersama saya di Melaka pada tahun 1969.

Saya nampak banyak wajah-wajah muda, menunjukkan harapan dan visi mereka untuk sebuah Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih baik.

Semasa saya mengambil keputusan untuk menyertai politik pada tahun 1965 ketika mana saya berusia 24 tahun, bertentangan dengan nasihat rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga, dengan meninggalkan peluang kerjaya dengan pendapatan empat angka untuk seorang yang tidak ada ijazah universiti, saya hanya didorong oleh idealisme ketika itu — untuk mengejar Impian Malaysia.

Kami mahukan kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan dan kami mahukan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dari kepelbagaian kaum, bahasa, agama, dan budaya kita, seperti yang saya nyatakan dalam perbahasan awam saya dengan Profesor Naguib Al-Attas pada bulan November 1968 mengenai budaya Malaysia.

Melihat kepada golongan muda hari ini, saya terfikir sama ada enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini akan menunjukkan satu gelombang baharu, bukannya gelombang hijau, sebaliknya gelombang golongan muda, supaya legasi yang akan diwarisi anak-anak dan cucu-cucu kita bukanlah sebuah Malaysia yang gagal, berpecah belah, dan korup, sebaliknya sebuah Malaysia yang akan bangkit semula selepas 12 Ogos 2023 untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial, sukan, atau hiburan, mencapai lebih dari jangkaan dunia terhadapnya.

Kita mahu menang semula dalam Piala Thomas, mencapai kecemerlangan dalam sukan Olimpik dan Paralimpik, dan bukan sahaja memenangi anugerah Oscar, tetapi juga anugerah Nobel.

Mungkinkah untuk kita capai semua ini?

Singapura hebat pada hari ini kerana rakyat Malaysia.

Kita tidak mahu terjadinya Diaspora Malaysia kedua selepas di mana kira-kira dua juta rakyat Malaysia tersebar ke seluruh dunia dalam Diaspora Malaysia pertama untuk menjadikan negara lain yang hebat.

Kita mahu rakyat Malaysia, tidak kiralah kaum, agama, atau dari kawasan mana sekalipun, untuk kekal di Malaysia dan berusaha bersama membangkitkan Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, mencapai lebih dari jangkaan dunia terhadapnya.

Dalam melancarkan Ekonomi Madani pada hari Khamis, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyenaraikan visi ekonominya untuk negara yang merangkumi beberapa perkara yang menonjol seperti berikut:

  • Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
  • Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.

Saya sendiri percaya bahawa ada beberapa perkara yang menonjol dalam Ekonomi Madani yang tidak disertakan di sini, tetapi persoalan yang penting sekarang adalah sama ada Malaysia boleh ditetapkan semula hala tujunya dan dikembalikan kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah negara Malaysia yang majmuk yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein, yang juga merupakan Presiden UMNO) negara ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pemeliharaan serta pengayaan bahasa-bahasa lain, kedudukan khas orang Melayu dan Orang Asal Sabah dan Sarawak untuk menghapuskan kemiskinan dan kemunduruan serta kepentingan sah komuniti-komuniti lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Dengan visi-visi Ekonomi Madani ini, Anwar telah meletakkan negara kita dalam hala tuju untuk bangkit semula menjadi sebuah negara hebat yang berjaya mencapai lebih dari apa yang dijangkakan darinya dan bukannya terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain seperti dalam beberapa dekad yang lepas. Kita telah pun ditinggalkan di belakang Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, Vietnam; adakah kita bakal ditinggalkan di belakang Indonesia, China, dan India, atau lebih buruk lagi, menerima nasib sebagai sebuah negara yang gagal dan berpecah belah seperti Sri Lanka?

Perikatan Nasional tidak ada sebarang agenda untuk menjadikan Malaysia hebat sekali lagi.

Kerana inilah enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini amat penting — kerana ia merupakan satu peluang sekali dalam seabad untuk menentukan sama ada Malaysia akan bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia atau terus merosot menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.

Saya sudah bersara dari politik barisan hadapan — dari pimpinan politik DAP mahupun Pakatan Harapan. Saya menyokong penuh DAP memandangkan pimpinan DAP di bawah Anthony Loke sedang bergerak dalam hala tuju yang betul.

Tetapi, seseorang itu tidak mungkin dapat bersara sepenuhnya dari politik, melainkan kita meninggalkan dunia ini, kerana politik memberikan kesan kepada setiap aspek kehidupan hari kita.

Saya tidak merancang untuk memutuskan hubungan saya dengan dunia dan saya telah memikirkan rancangan pasca-persaraan saya — mengenai peranan yang dapat dimainkan oleh Pulau Pinang di Malaysia.

Pulau Pinang hari ini selepas ditadbir Pakatan Harapan sejak 2008 sangat berbeza dengan Pulau Pinang pada era di mana seorang Perdana Menteri telah menggelar negeri ini sebagai “Darul Sampah”.

Negeri ini telah memenangi anugerah antarabangsa dan pengiktirafan untuk makanan, pantai, alam semula jadi, dan warisan bersejarahnya. Ramai yang menyenaraikan Pulau Pinang sebagai Bandar Mesti Lawat.

Pada tahun 2008, George Town diisytiharkan sebagai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan pada tahun 2021 Bukit Pulau Pinang diisytiharkan sebagai Rizab Biosfera UNESCO.

Tetapi, Pulau Pinang boleh capai banyak lagi.

Saya percaya begini.

Pulau Pinang perlu menjadi negeri barisan hadapan untuk membolehkan Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Inilah cabaran terbesar untuk Pulau Pinang dan malaysia.

Cabaran terbesar di peringkat antarabangsa pada hari ini adalah untuk memastikan yang China dan Amerika Syarikat tidak berperang.

Terdapat juga masalah-masalah global seperti perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar, ancaman keselamatan siber dan digital, era kecerdasan buatan (AI), dan pelbagai masalah-masalah baharu yang mana rakyat Pulau Pinang dan Malaysia boleh berikan sumbangan dengan perspektif mereka.

Inilah sesetengah kegusaran saya yang sepatutnya juga menjadi kegusaran lebih ramai rakyat di Pulau Pinang dan Malaysia.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di Majlis Makan Malam Persahabatan Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang (PMPS) di Royale Chulan Ballroom pada hari Sabtu, 29 Julai 2023 jam 7:30 malam)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.