The August 12 state polls will not only decide the further development and prosperity of Penang and the other five states but whether Malaysia can rise again as a great world-class nation.
If PH-BN coalition suffer reverses in the six state polls, Malaysia will return to the trajectory of the last few decades of national decline, losing out to one nation after another and heading towards a sad fate — a divided, failed and corrupt nation.
There will be no reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia our founding fathers have written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara (which included the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn, who were also UMNO Presidents) — constitutional monarchy; parliamentary democracy; separation of powers; rule of law; an independent judiciary; Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths in the country, Malay as the national language and the sustenance and preservation of other languages; special provision for the Malays and the natives of Sabah and Sarawak to abolish poverty and development backwardness and the legitimate interests of other communities; good governance with public integrity and minimum of corruption; a clean and honest government; meritocracy; respect for human rights; an end to the various injustices and inequalities in the country; a world-class economic, educational, health and social system; and national unity, understanding and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.
Today, the Prime Minister, Anwar Ibrahim announced the economic vision of his government’s “Ekonomi Madani”, which among others, aims to achieve for Malaysia the top 25th position in the annual Transparency International Perception Corruption Index, which is more ambitious than Abdullah Badawi’s National Integrity Plan (NIP) (2003–2008) which had aimed to place Malaysia among the top 30 least corrupt nations in the world by 2008.
But the NIP was a dismal failure and Malaysia attracted infamy, ignominy, and iniquity, and became the worst case of kleptocracy in the world, and under the premiership of Muhyiddin Yassin, Malaysia fell to No. 61th rank out of 180 countries.
All Malaysians, regardless of race, religion or region, must support the objectives of Ekonomi Madani for a non-corrupt, progressive, and competitive economy which, in terms of nominal gross domestic product, could rank Malaysia as No. 30 instead of the present rank of 35 as the biggest economies in the world, and place Malaysia as the top 12th competitive country instead of the current rank of 27 in the IMD World Competitiveness Index.
Anwar’s Ekonomi Madani also aims to place Malaysia among the top 25 countries in the UN Human Development Index instead of the present rank of 62.
Perikatan Nasional of Bersatu and PAS do not promise to make Malaysia great again but will return to the trajectory of a divided, failed, and corrupt state, and this is itself enough reason for Malaysian voters, thinking of the interests of their children and children’s children, to ensure major victories for the PH-BN coalition in the six state polls on August 12.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Thursday, 27th July 2023)
12 Ogos bukan sahaja menentukan kadar kemajuan dan kemakmuran di Pulau Pinang dan lima negeri lain, tetapi juga sama ada Malaysia boleh bangkit semula sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia
Pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos bukan sahaja menentukan kadar kemajuan dan kemakmuran di Pulau Pinang dan lima negeri lain, tetapi juga sama ada Malaysia boleh bangkit semula sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Sekiranya gabungan PH-BN mengalami kekalahan dalam enam pilihan raya negeri ini, Malaysia akan kembali ke arah hala tuju kemerosotan yang disaksikan kita dalam beberapa dekad yang lepas, di mana kita terus ditinggalkan di belakang satu demi satu negara dan menghala ke satu takdir yang menyedihkan — sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.
Tidak akan ada usaha untuk menetapkan semula dan mengembalikan semula negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah negara Malaysia yang majmuk yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein, yang juga merupakan Presiden UMNO) negara ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pemeliharaan serta pengayaan bahasa-bahasa lain, kedudukan khas orang Melayu dan Orang Asal Sabah dan Sarawak untuk menghapuskan kemiskinan dan kemunduruan serta kepentingan sah komuniti-komuniti lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan visi ekonomi kerajaannya, “Ekonomi Madani”, yang antaranya bercita-cita untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 25 negara teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International, yang merupakan satu matlamat yang lebih bercita-cita tinggi berbanding dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) 2003–2008 yang diumumkan Abdullah Badawi yang menyasarkan Malaysia berada dalam kalangan 30 negara paling kurang korup menjelang 2008.
Namun, PIN ini telah menjadi satu kegagalan dan Malaysia sebaliknya dimalukan di seluruh dunia sebagai contoh kes kleptokrasi terburuk, dan di bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin, negara kita jatuh ke tempat ke-61 dari 180 buah negara.
Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, perlu menyokong matlamat Ekonomi Madani ini untuk menikmati sebuah ekonomi yang tidak korup, progresif, dan mampan, yang berada di tempat ke-30 dan bukannya ke-35 seperti sedia ada dari segi saiz kasar ekonomi, dan untuk Malaysia berada dalam kalangan 12 negara terbaik dunia dari segi produktiviti berbanding dengan tempat ke-27 sekarang dalam indeks Daya Saing Dunia IMD.
Rancangan Ekonomi Madani Anwar juga menyasarkan untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 25 negara teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB berbanding dengan tempat semasa di tempat ke-62.
Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional tidak berjanji untuk menjadikan Malaysia hebat sekali lagi, sebaliknya mereka akan mengembalikan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dan perkara ini sahaja pun sudah cukup untuk para pengundi Malaysia, demi kepentingan dan masa hadapan anak-anak dan cucu-cucu mereka, untuk memastikan adanya kemenangan besar untuk gabungan PH-BN dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.
(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Khamis, 27 Julai 2023)