The communists want me to lose in the 1969 General Election but they failed as they launched an election boycott yet half a century later I am accused of being a communist


(Versi BM)

I was in Klang last night with Klang DAP leaders and members in a dinner organised by DAP veteran Tee Boon Hock to mark the conferment of Tan Sri award on me.

The first time I visited Klang was 57 years ago to organise branches for the DAP but all those from Klang who attended were not born yet.

The DAP MP for Klang, Ganabatirau A/L Veraman was born in 1973 while the State Assemblyman for Banting, Lau Weng San, was born in 1979. Both Ganabatirau and Weng San were at the dinner.

In the 1969 general elections, DAP won three State Assembly seats in Klang and nearly won the Klang parliamentary seat as the Alliance winning candidate won with a majority of only 485 votes.

The May 13, 1969 racial riots were a permanent scar and reminder of Malaysians that the alternative to the original nation-building principles for a plural Malaysia which the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers who were also UMNO Presidents) had written into the Malaysian Constitution was chaos, national decline and a failed and divided state.

I was accused of causing the May 13, 1969 racial riots, but I was never in Kuala Lumpur when the riots broke out, as I had gone to Kota Kinabalu on the morning of May 13, 1969 to help in the election campaign of the independent candidates in Sabah.

I am also accused of being a communist. In actual fact, the communists wanted me to lose in the 1969 general election but they failed, as they have launched an election boycott campaign.

This was why during my first Internal Security Act (ISA) detention in Muar in 1969, I wrote to the then Prime Minister, Tunku Abdul Rahman on August 4, 1969 where I said:

“The May 10 General Elections result was a defeat for the Alliance Party. But it was a graver blow to the MCP.

“During the general election campaign, the MCP and open auxiliaries campaigned for a boycott of elections to discredit parliamentary democracy and to prepare the political base for its second armed insurrection.

“The result of the May 10 was the people’s verdict for democracy as against the MCP campaign.”

Yet half a century later, I am accused of being a communist — a wild and preposterous allegation that PAS President, Hadi Awang, has not been able to substantiate despite being challenged repeatedly.

There are extremist and irresponsible political forces in the country which are trying to polarise race and religious relations in the country, creating enormous division in the country which can only result in continued national decline and the fate of a failed and divided state.

This is why the Yang di Pertuan Aong has advised all Malaysians to maintain political stability and restore national unity for Malaysians to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony.

The Anwar unity government has given Malaysians an unique opportunity to reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths in the country, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

Malaysians, regardless of race, religion or region, must not waste this opportunity for a national reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia — for such an opportunity is unlikely to present itself for a second time.

The choice for Malaysians is stark and clear — Malaysia as a failed and divided state or Malaysia producing world champions again and a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony.

Can Malaysia contribute to world peace and harmony by preventing a clash of civilisations?

I believe Malaysia can do so. But it will depend on the outcome of the six state general elections.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Monday, 12th June 2023)


Pihak komunis mahu saya kalah dalam Pilihan Raya Umum 1969 tetapi mereka telah gagal selepas mereka melancarkan kempen boikot pilihan raya, namun setengah abad kemudian saya pula dituduh sebagai seorang komunis

Saya berada di Klang semalam bersama dengan para pemimpin DAP Klang dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh veteran DAP, Tee Boon Hock, sempena penganugerahan darjah Tan Sri kepada saya pada minggu lepas.

Kali pertama saya ke Klang adalah 57 tahun lepas untuk menyusun cawangan-cawangan DAP tetapi semua yang hadir dari Klang hari ini belum dilahirkan ketika itu.

Ahli Parlimen DAP untuk Klang, Ganabatirau A/L Veraman dilahirkan pada tahun 1973 manakala Ahli Dewan Undangan Negeri Banting, Lau Weng San, dilahirkan pada tahun 1979. Kedua-dua Ganabatirau dan Weng San hadir pada majlis ini.

Dalam pilihan raya umum 1969, DAP telah memenangi tiga kerusi DUN di Klang dan hampir memenangi kerusi parliman Klang, di mana calon Perikatan menang majoriti hanya sebanyak 485 undi.

Rusuhan perkauman 13 Mei 1969 telah menjadi parut kekal dan peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa alternatif kepada prinsip-prinsip asal pembinaan sebuah Malaysia majmuk — yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal yang semuanya juga merupakan Presiden UMNO) ke dalam Perlembagaan — adalah kekecohan, kemunduran, dan sebuah negara yang berpecah belah dan gagal.

Saya dituduh sebagai kononnya mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969, tetapi saya tidak pun berada di Kuala Lumpur semasa rusuhan ini terjadi, memandangkan saya telah ke Kota Kinabalu pada pagi 13 Mei 1969 untuk membantu kempen pilihan raya calon bebas di Sabah.

Saya juga telah dituduh sebagai seorang komunis. Sedangkan pihak komunis mahu saya untuk kalah dalam pilihan raya umum 1969 tetapi mereka telah gagal kerana mereka melancarkan kempen untuk memboikot pilihan raya.

Kerana inilah, semasa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pertama saya di Muar pada tahun 1969, saya telah menulis kepada Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman, pada 4 Ogos 1969 di mana saya katakan:

“Keputusan Pilihan Raya Umum 10 Mei adalah halangan bagi Parti Perikatan. Tetapi perkara ini merupakan satu tamparan yang lebih hebat kepada PKM.

“Semasa kempen pilihan raya umum, PKM dan jentera-jentera partinya telah berkempen supaya rakyat memboikot pilihan raya untuk merendahkan keyakinan kepada demokrasi berparlimen dan mempersiapkan latar belakang politik untuk memulakan pemberontakan bersenjata keduanya.

“10 Mei menunjukkan pilihan rakyat untuk demokrasi, menolak kempen PKM.”

Namun, setengah abad kemudian, saya dituduh sebagai menjadi seorang komunis — satu tuduhan liar dan tidak masuk akal yang gagal dibuktikan oleh Presiden PAS, Hadi Awang, walaupun selepas dicabar berkali-kali.

Terdapat kuasa-kuasa politik yang bersifat ekstremis dan tidak bertanggungjawab dalam negara yang cuba untuk mempolarisasi hubungan antara kaum dan agama, mewujudkan perpecahan dalam negara yang hanya akan membawa kepada kemerosotan negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpecah belah dan gagal.

Kerana inilah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah bertitah kepada semua rakyat Malaysia untuk mengekalkan kestabilan politik dan mengembalikan semula perpaduan nasional supaya kita dapat menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Kerajaan Perpaduan Anwar telah memberikan rakyat Malaysia satu peluang unik untuk kita tetapkan semula dan kembalikan negara kepada prinsip-prinsip pembinaan negara Malaysian yang majmuk — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, tidak boleh membazirkan peluang ini kerana peluang unik sebegini tidak akan muncul untuk kali kedua.

Pilihan yang ada di hadapan rakyat Malaysia pada hari ini sangat jelas — Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dan berpecah belah atau Malaysia yang melahirkan juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Bolehkah Malaysia menyumbang kepada keamanan dan keharmonian dunia dengan mengelakkan dari terjadinya pertembungan antara tamadun?

Saya percaya Malaysia boleh, tetapi perkara ini akan bergantung kepada keputusan dari enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Isnin, 12 Jun 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.