I became a victim of the politics of lies, falsehoods, and fake news when I was accused of being a communist in the last five years although in the earlier 50 years nobody made that accusation, just like I was accused of causing the May 13, 1969 riots although nobody made that accusation in the four decades after 1969


(Versi BM)

I was in Seremban yesterday for the launching ceremony by the Transport Minister and DAP Secretary-General Anthony Loke to rename Jalan Temiang in Seremban to Jalan Dr. Chen Man Hin

I was 25 years old and Dr. Chen was 42 years old when the DAP was registered 57 years ago in 1966, and we set out on the journey to start DAP’s Malaysian Dream where Malaysians regardless of race, religion and region, were united to prove to the world that a Third World country could practise parliamentary democracy, the rule of law and good governance principles to become a progressive and prosperous country and be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

I was editor of the DAP publication, the Rocket, and I can still remember that in 1966, Dr. Chen Man Hin crossed swords with a person who later became Prime Minister twice for 24 years or 40 per cent of Malaysian history since Independence in 1957 and I carried their writings in the Rocket in 1966.

Dr. Chen, though China-born, became a towering Malaysian, serving all Malaysians regardless of race and religion, whether in his medical profession or in politics, as he initiated the Malaysian Dream for Malaysian unity and purpose, while his antagonist became a Towering Malay who ended up by losing his parliamentary deposit in the 15th General Election.

Dr. Chen advised me not to return to Kuala Lumpur when I was stranded in Singapore for three days after the May 13, 1969 riots from May 15-17, 1969 as I was on the ISA blacklist and would be arrested.

I was in Kota Kinabalu when the May 13, 1969 riots took place in Kuala Lumpur. I was speaking at a public rally in Kota Kinabalu when someone said from the back of the stage that there had been riots in Kuala Lumpur.

On the morning on May 14, I was banned from Sabah not because of the May 13, 1969 riots but because of my public rally speech the night before attacking the then Sabah Chief Minister, Tun Mustapha for his excesses and abuses of power.

I missed the 3 pm flight from Kota Kinabalu on May 14, 1969 as I was late, and it was fortunate that I missed the flight, as a posse of Bajau horsemen had gone to the Kota Kinabalu Airport to “finish me off” for my attacks on Tun Mustapha, but were shoo-ed away by the Special Branch.

I took the 3 pm flight out of Kota Kinabalu on May 15, but as the curfew was on at the Subang International Airport, I was stranded in Singapore for three days.

During those three days, I maintained contact with party leaders and family members, and they all advised me, including Dr. Chen, not to return as I was on the Internal Security Act (ISA) “blacklist” and would be arrested on my return.

I felt otherwise, as I felt I should be back with the people who had just elected me as MP for Bandar Melaka to share with their ordeal.

This I did on May 18, 1969 against the advice of Dr Chen and other party leaders as well as my family members and was arrested at the Subang International Airport and started my first ISA detention.

I must thank the former Inspector-General of Police, Tun Hanif Omar, for getting the document of my statement I made to the police while in police custody at the Kuala Selangor Police Station lock-up under the Internal Security Act declassified when I sued him for defamation.

The 54-year-old document stated my commitment to the Malaysian Dream of uniting a multi-ethnic, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural nation by giving to all Malaysians an equal stake under the Malaysian sun and why communism is inappropriate solution to Malaysia’s problems.

And yet I became a victim of the politics of lies, falsehoods, and fake news and I was accused of being a communist in the last five years although in the earlier 50 years nobody made that accusation, just like I was accused of causing the May 13, 1969 riots although nobody made that accusation in the first four decades after 1969.

But these lies, falsehoods, and fake news cannot be substantiated because as they are purely lies, falsehoods, and fake news, which no honest, responsible and respected political leader would have any association.

In fact, during my detention in Muar, I wrote a letter to the then Prime Minister, Tunku Abdul Rahman on August 4, 1969 where I said:

“The May 10 General Elections result was a defeat for the Alliance Party. But it was a graver blow to the MCP.

“During the general elections campaign, the MCP and open auxiliaries campaigned for a boycott of elections to discredit parliamentary democracy and to prepare the political base for its second armed insurrection.

“The people rejected the MCP line and came out solidly to vote. This proved that the people had faith in the democratic process to peacefully bring about the changes they want.

“The result of May 10 was the people’s verdict for democracy, as against the MCP campaign. There was joy and expectancy after the results, not to deprive anyone of his rights, but at the new hope to work for a more just, equal, and fulfilling society.

“The May 13 disturbances and the subsequent events, however, had greatly undermined the people’s faith in democracy.”

Yet I became a victim of being accused of being a communist and even caused the May 13, 1969 riots.

The naming of a road after Dr. Chen Man Hin is most befitting.

Dr. Chen dreamt the Malaysian Dream and Malaysia can only succeed if all Malaysians dream the Malaysian Dream, not a Malay Dream, a Chinese Dream, an Indian Dream, Kadazan Dream or Dayak Dream.

Justice, freedom, equality and progress must be for all Malaysians, regardless of race, religion or region, if Malaysia is not slide down the slippery slope to a failed, divided and kleptocratic state.

Dr. Chen fought the fight for all Malaysians for five decades without asking anything in return for himself.

A five-term MP for Seremban, Dr. Chen should be a model for all Malaysians, regardless of race, religion or region if Malaysia wants to become a world-class great nation.

Malaysia needs more Dr. Chen Man Hins if the country is to achieve its potential and become a world-class great nation.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Friday, 19th May 2023)


Saya telah menjadi mangsa politik penipuan, fitnah, dan berita palsu apabila saya dituduh sebagai seorang komunis dalam lima tahun yang lepas walaupun untuk 50 tahun sebelum itu, tidak ada sesiapa pun yang menuduh saya sebegitu, seperti mana saya dituduh sebagai menyebabkan rusuhan Mei 13 1969 walaupun tidak ada sesiapa pun membuat pertuduhan seperti itu dalam empat dekad selepas 1969

Saya berada di Seremban semalam di majlis pelancaran oleh Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, untuk menamakan semula Jalan Temiang di Seremban kepada Jalan Dr. Chen Man Hin.

Saya berusia 25 tahun dan Dr. Chen berusia 42 tahun ketika DAP didaftarkan 57 tahun yang lepas pada tahun 1966, dan kami memulakan perjalanan untuk mengejar Impian Malaysia DAP di mana semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, bersatu padu untuk membuktikan kepada dunia yang sebuah negara dunia ketiga mampu mengamalkan demokrasi berparlimen, mempertahankan kedaulatan undang-undang, dan prinsip tadbir urus yang baik untuk menjadi sebuah negara yang progresif dan makmur dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dah keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Saya merupakan editor kepada penerbitan DAP, Rocket, dan saya masih ingat lagi pada tahun 1966, Dr. Chen Man Hin, bertarung dengan individu yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali selama 24 tahun, atau 40 peratus dari sejarah Malaysia sejak kemerdekaan, dan saya menerbitkan penulisan-penulisan mereka dalam Rocket pada tahun 1966.

Dr. Chen, walaupun dilahirkan di China, menjadi seorang tokoh rakyat Malaysia, yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mereka, sama ada dalam bidang perubatan mahupun dalam politik, di mana dia memulakan Impian Malaysia untuk mencapai perpaduan dan matlamat Malaysia, manakala pihak lawannya pula menjadi seorang pejuang Melayu yang akhirnya berhadapan dengan kehilangan deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Dr. Chen menasihatkan saya untuk tidak kembali ke Kuala Lumpur ketika saya tersekat dalam perjalanan di Singapura selama tiga hari selepas rusuhan 13 Mei 1969 di antara 15 hingga 17 Mei 1969 kerana saya berada dalam senarai hitam ISA dan akan ditahan.

Saya berada di Kota Kinabalu semasa rusuhan Mei 13 1969 terjadi di Kuala Lumpur. Saya sedang bercakap dalam satu perhimpunan awam di Kota Kinabalu apabila ada seseorang memberitahu dari bahagian belakang pentas yang telah berlakunya rusuhan di Kuala Lumpur.

Pada pagi 14 Mei, saya diharamkan dari Sabah bukan kerana rusuhan 13 Mei 1969, sebaliknya kerana ucapan perhimpunan awam saya pada malam sebelumnya telah menyerang Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha, mengenai pembaziran dan salah guna kuasanya.

Saya telah terlepas penerbangan jam 3 petang dari Kota Kinabalu pada 14 Mei 1969 kerana saya terlewat dan saya bernasib baik kerana terlepas penerbangan ini memandangkan ada sekumpulan pejuang Bajau telah ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk “menamatkan saya” kerana serangan saya terhadap Tun Mustapha tetapi mereka telah dihalau oleh Cawangan Khas.

Saya ambil penerbangan pukul 3 petang dari Kota Kinabalu pada 15 Mei, tetapi kerana perintah berkurung dikenakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, saya tersekat di Singapura selama tiga hari.

Dalam tiga hari ini, saya sering berhubung dengan para pemimpin parti dan ahli keluarga dan mereka semua menasihati saya, termasuklah Dr. Chen, untuk tidak kembali memandangkan saya berada dalam “senarai hitam” Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan akan ditahan sejurus pulang.

Saya merasakan sebaliknya memandangkan saya berasa yang perlu pulang untuk bersama dengan rakyat yang baru saja memilih saya sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka untuk berkongsi masalah yang dihadapi mereka.

Perkara inilah yang saya lakukan pada 18 Mei 1969, melawan nasihat dari Dr. Chen dan para pemimpin parti yang lain, dan juga nasihat dari ahli-ahli keluarga sendiri, saya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan memulakan penahanan pertama saya di bawah ISA.

Saya perlu berterima kasih kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, kerana mendapatkan dokumen kenyataan yang dibuat saya kepada pihak Polis semasa berada dalam tahanan lokap Balai Polis Kuala Selangor di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika saya menyamannya untuk fitnah.

Dokumen berusia 54 tahun ini menyatakan komitmen saya terhadap Impian Malaysia untuk menyatukan sebuah negara berbilang etnik, bahasa, agama, dan budaya dengan memberikan semua rakyat Malaysia taruhan yang sama di bawah mentari Malaysia dan mengapa komunisme adalah penyelesaian yang tidak sesuai untuk masalah di Malaysia.

Namun, saya tetap menjadi mangsa politik penipuan, fitnah, dan berita palsu, dan saya telah dituduh sebagai seorang komunis dalam lima tahun yang lepas walaupun untuk 50 tahun sebelum itu, tidak ada sesiapa pun yang membuat tuduhan seperti itu. Sama seperti apabila saya dituduh sebagai mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 sedangkan tidak ada sesiapa pun menuduh saya berbuat demikian dalam empat dekad selepas 1969.

Namun, penipuan, fitnah, dan berita palsu ini semuanya tidak dapat dibuktikan kerana ianya hanyalah penipuan, fitnah, dan berita palsu semata-mata, yang patutnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mana-mana pemimpin politik yang jujur, bertanggungjawab, dan dihormati.

Malah, semasa saya ditahan di Muar, saya telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman, pada 4 Ogos 1969 di mana saya mengatakan:

“Keputusan Pilihan Raya Umum 10 Mei adalah halangan bagi Parti Perikatan. Tetapi perkara ini merupakan satu tamparan yang lebih hebat kepada PKM (Parti Komunis Malaya).

“Semasa kempen pilihan raya umum, PKM dan jentera-jentera partinya telah berkempen supaya rakyat memboikot pilihan raya untuk merendahkan keyakinan kepada demokrasi berparlimen dan mempersiapkan latar belakang politik untuk memulakan pemberontakan bersenjata keduanya.

“Rakyat umum telah menolak apa yang dibawa oleh PKM ini dan keluar mengundi beramai-ramai. Perkara ini membuktikan bahawa rakyat masih percaya dalam proses demokrasi untuk membawa perubahan secara aman yang mereka mahukan.

“10 Mei menunjukkan pilihan rakyat untuk demokrasi, menolak kempen PKM. Terdapat kegembiraan selepas pilihan raya ini, bukan untuk menghalang sesiapa daripada mendapat haknya, tetapi untuk berusaha membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama.

“Namun, kejadian 13 Mei dan kejadian-kejadian selepasnya telah merendahkan keyakinan rakyat kepada demokrasi”.

Tetapi, saya masih menjadi mangsa dituduh sebagai komunis, malah dituduh juga sebagai menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969.

Penamaan jalan sempena Dr. Chen Man Hin ini memang bertepatan.

Dr. Chen mengimpikan Impian Malaysia dan Malaysia hanya boleh berjaya sekiranya semua rakyat Malaysia mengimpikan Impian Malaysia, bukannya Impian Melayu, Impian Cina, Impian India, Impian Kadazan, atau Impian Dayak.

Keadilan, kebebasan, kesaksamaan, dan kemajuan perlulah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, sekiranya kita tidak mahu melihat Malaysia terjunam ke arah menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik.

Dr. Chen berjuang demi semua rakyat Malaysia selama lima dekad tanpa meminta apa-apa balasan untuk dirinya sendiri.

Sebagai Ahli Parlimen Seremban selama lima penggal, Dr. Chen patut menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, sekiranya Malaysia ingin menjadi sebuah negara hebat yang bertaraf dunia.

Malaysia memerlukan lebih ramai tokoh seperti Dr. Chen Man Hin sekiranya kita ingin memenuhi potensi negara kita menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Jumaat, 19 Mei 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.